Khamis, 30 Oktober 2014

Apabila mula merasa CINTA :)

BismiLLAHir Rahmanir Rahim
ALLAHumma Solli `Ala Saydina Muhammad


TUHAN apabila memberi CINTAnya, DIA akan bagi 'cukup-cukup' dulu pada hambanya.
DIA akan menghambat hambanya sungguh-sungguh bagi jadi dan lahir satu perkara yang namanya CINTA.

Tapi, hambanya kadang-kadang terfikir; 'mengapa aku dipilih?' tetapi dia terlupa 'kenapa aku dipilih?'.

Ayat yang kelihatan sama, tetapi berbeza pada maksudnya.

MENGAPA | KENAPA

Jika 'mengapa' persoalannya seolah mempertikai tindakan TUHAN, 'mengapa aku yang dipilih?'..

Akan tetapi jika 'kenapa' itu seumpama akan datang rasa muhasabah pada diri apa yang diri telah lakukan sebelum itu sehingga diuji ketika ini.

Ajaibnya jika kita belajar beradab dengan TUHAN..manis sungguh CINTA itu..

p/s : Tersenyum panjang ^_____________*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...