Sabtu, 28 Ogos 2010

Usrah:Tarbiyyah Ruhiyyah Dalam Harakah Islamiyyah


MUQADDIMAH

Dalam merentasi perjuangan Islam para pejuangnya dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Mereka harus meneliti di mana kedudukan diri mereka dalam persoalan iltizam dan commitment terhadap Islam supaya mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam FirmanNya yang bermaksud:

“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” (Surah Al-Baqarah : ayat 44)

Oleh itu bagi pendokong-pendokong gerakan Islam, Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan satu perkara yang penting di dalam merealisasikan kerja-kerja dakwah dan perjuangannya. Mereka yang selalu menekankan tarbiyyah ruhiyyah yang diberikan oleh Allah akan kekuatan dan roh perjuangan untuk terus cekal dan istiqomah di dalam perjuangan ini. Di dapati dalam Sirah bahawa rasulullah saw bersama-sama para sahabatnya membangunkan agama Islam dalam keadaan lemah dan sedikit pada awalnya tetapi mereka mampu untuk menjadi kuasa yang digeruni oleh musush-musuh Islam kerana tarbiyyah yang Rasululah saw terapkan, iaitu Tarbiyyah aqidah dan Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadikan mnereka golongan yang tidak pernah gentar dengan kekuatan musuh yang jauh berkali-akli ganda. Inilah istimewanya Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadi asset kepada jamaah untuk mendapat kekuatan baru mendepani musuh-musuh Islam dari pelbagai peringkat.

Orang-orang yang benar-benar rugi menurut neraca Islam di hari Akhirat ialah orang-orang yang rugi dan tidak dapat menyelamat dirinya dari seksaan sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya. Sebaliknya orang-orang yang beruntung mengikut neraca Islam ialah orang-orang yang dapat menyelamatakan dirinya dari seksaan Allah di Hari Akhirat kelak.

Bukankah kita telah mendengar Firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beirman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak akmu lakukan” Surah As-Soff : 2-3)

Justeru dibentangkan beberapa cirri-ciri keimanan yang dapat dijadikan panduan oleh ahli-ahli jamaah supaya sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah swt di dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang mendatang.


TARBIYYAH RUHIYYAH

Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan tarbiyyah Rabbaniyyah kepada para anbiya’ sebagai persiapan untuk memikul tugas menyampaikan da’wah Islamiyyah dan konsep pentarbiyyahan ini mestilah menjadi panduan kepada rijal hizbullah yang merupakan pewaris anbiya’. Di antara halangan-halangan kepada pendokong gerakan Islam ialah lemahnya aspek ‘tazkiyatunnafs’ di dalam diri mereka. Oleh kerana itu menjadi kewajipan untuk menghidupkan kembali pengabdian kepada Allah melalui ibadat-ibadat hati. Agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek lahiruiyyah tetapi ianya juga mementingkan aspek ruhaniyyah, tanpa ada kesinambungan di antara kedua-dua aspek ini agama Islam tidak akan tertegak. Yang dimaksudkan dengan Tarbiyyah Ruhiyyah ialah penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya dengan tauhid kepada Allah dengan berpandukan kepada sunnah Rasul saw.

KEPENTINGAN TARBIYYAH RUHIYYAH

Tarbiyyah Ruhiyyah amat penting kepada penyokong gerakan Islam kerana ianya menjadi benteng kepada cabaran-cabaran yang akan ditempuhnya. Tanpanya boleh menjerumuskannya ke dalam golongan orang-orang yang gugur di dalam jalan da’wah. Oleh itu daie mestilah melengkapkan dirinya dengan proses pentarbiyyahan seperti berikut:

  • Ilmu
    Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah, dalam erti kata Tarbiyyah Ruhiyyah, kerana proses pengabdian kepada Allah memerlukan kepada tafsiran-tafsiran ilmu yang benar. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang menjadikan hidup mereka terarah dan terbimbing. Oleh itu para dair perlulah melengkapkan diri dengan aspek keilmuan agar mereka sentiasa terdidik dan mampu membedakan antara kehendak syiatan dan juga kehendak Allah swt. Ilmu mestilah diambil mdan dipelajari dari guru yang mursyid, yang mampu menjjadikan kata-katanya sebagai perbuatan dan amalan harian hidup mereka.

  • Amal di medan (menyampaikan)
    Ilmu yang dipeoleh perlu disebarluaskan dan disampaikan melalui medan dakwah. Kadang-kadang ramai yang terpedaya dengan

CIRI-CIRI KEIMANAN

Di dalam surah At-Taubah Allah swt menerangkan tentang cirri tersebut di dalam firmanNya:

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (melawat), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang mukmin itu” (Surah At Taubah ayat 112).

1. At-Taibun (orang yang bertaubat).
Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri para daie ialah taubat. Para daie dan pejuang Islam haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat- apa sahaja bentuknya daripada musuh-musuh mereka. Dosa-dosa yang dilakukan oleh diri mereka lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh mereka sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolong dalam ‘amal maksiat (dan sudah tentu akan berlaku) mereka hendaklah bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt sebagai menyahut seruan Allah swt yang terkandung di dalam firmanNya:

“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang bertaqwa” (Surah Ali Imran : ayat 133)

Kecenderungan bertaubat menyerah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya adalah sifat utama yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah swt:

“Orang-orang yang apabila mengerjakan perbauatan keji atau menganiaya diri sendii lantas mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa merek- dan siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui” (Surah Ali Imran: ayat 135)

Keperluan para daie mengawal dirinya dari melakukan maksiat hendaklah meliputi dosa-dosa kecil kerana membiasakan diri memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil akan mendorong para pejuang Islam melakukan dosa-dosa besar pula. Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya”

untuk mewujudkan sifat Ta’ibun para daie dan ahli-ahli jamaah hendaklah mempunyai saat-saat di mana ia dapat berbicara dengan dirinya, menilai, mengkritik, dan membersihkannya daripada karat-karat dosa. Dengan cara ini ia telah menyahut panggilan Allah dalam firmanNya:

“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah megilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan jalan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan seseungguhnya rugilah orang-orng yang mengotorinya”. (Surah Al-Syams: ayat 7-10)

Sehubungan dengan itu para ulama’ berpendapat bahawa bertaubat dari setiap dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat dan dosa itu ialah di antara manusia dengan Allah swt maka taubat memerlukan tiga syarat, manakala dosa terhadap manusia memerlukan empat syarat iaitu:-
i. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.
ii. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.
iii. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.
iv. Memohon kerelaan dari orang-orang yang ia pernah zalimi / atau memulangkan hak yang pernah diambilnya. (sekiranya ia bersalah kepada manusia)

2. Al-Abidun

Satu lagi sifat yang harus menjadi amalan para anggota jamaah adalah suka beribadat kepada Allah. Manusia-manusia abid ialah mereka yang beribadah kepada Allah dalam setiap gerak-geri dan tindak tanduk, begitu juga dengan perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagaimana Firman Allah swt:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” ( surah Az-Zariyat : ayat 56)

Apabila Allah telah menjadi matlamat kita, sasaran ibadah kita, arah dan matlamat hidup kita maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahNya dalam setiap urusan hidup. Dengan tindak tanduk seperti ini memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan kehidupan seluruhnya tergolong dalam ibadah kepada Allah Azzawajalla, sesuai dengan pengakuan:

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam” (Surah Al An’am: ayat 162)

Apabila berhadapan dengan keterangan yang pasti dari nas maka tidak ada ruang untuk berijtihad. Di hadapan ketentuan syariat yang pasti tiada tempat untuk hawa nafsu. Sesuatu hukum yang ditetapkan oleh Allah swt tidak wajar lagi untuk sesiapa pun berdolak dalik lagi mengenainya.

Ini juga bererti segala tindak tanduk dalam kehidupan manusia samaada dalam konteks individu ataupun dalam hubungan dengan orang lain hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya.

Dengan pengertian yang menyeluruh seperti ini kita dapat beribadah kepada Allah dalam seluruh urusan hidup kita. Dalam pengertian seperti ini juga tidur menjadi ibadah, bekerja menjadi ibadah, berumah tangga, berjalan, mengajar, semuanya mengikut peraturan yang diredhaiNya.

3. Al-Hamidun
Al-Hamidun ialah golongan manusia yang hati-hati mereka sangat peka terhadap nikmat Allah kepada mereka. Lidah-lidah mereka menyatakan kesyukuran dan pujian terhadapnya sedangkan anggota tubuh badan pula mengajukan pengorbanan bagi mencari keredhaan Allah.

Siapakah yang lebih patut dan lebih wajar dari para penda’wah untuk mengucapkan kesyukuran terhadap Allah. Bukankah mereka orang-orang yang mendapat nikmat hidayah dan nikmat iman. Firman Allah swt:

“Tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu laksana cahaya yang denganNya Kami tunjuki siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (Surah Al-Syura: ayat 52)

Sesungguhnya nikmat Allah terhadap hambaNya tidak dapat dihitung. Segala sesuatu di dalam alam semesta, segala sesuatu yang dimiliki oleh manusia dan segala sesuatu yang wujud dalam kehidupan menjadi bukti terhadap nikmat Allah yang amat banyak. Allah swt berfirman:

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu daripadanya pada hari qiamat dengan sebenar-benarnya”. (Surah Nuh : Ayat 15-18)

Memang segala nikmat ini dan lain-lain lagi yang memenuhi alam semesta menjadi bukti atas kemurahan dan pemberian Allah serta kasih-sayangnya terhadap hamba-hambaNya. Penyataan terima kasih dan syukur terhadap nikmat itu hanya dapat disempurnakan apabila seseorang itu mempergunakan segala nikmat itu dalam amal-amal yang diredhai oleh Allah yang memberi nikmat tersebut.

Inilah perintah Allah swt di dalam banyak ayat-ayat Qur’an, antaranya:

“Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu” (Surah Al Baqarah: ayat 152)

Allah akan meredhai seseorang hambaNya yang memakan sesuatu makanan kemudian ia bersyukur di atas nikmat makanan itu atau hambaNya yang meminum sesuatu minuman kemudian ia bersyukur atas nikmat minuman itu.

Para pendakwah seharusnya memuji dan mensyukuri Allah di dalam masa senang dan susah, di dalam kesempitan dan kemewahan, sehingga mereka termasuk di dalam golongan manusia yang dinyatakan oleh Rasulullah saw sebagai:

“Amat menakjubkan keadaan hidup orang-orang mukmin (dimana) seluruh urusannya membuat kebaikan bagi dirinya. Sekiranya ia mendapat kegembiraan ia bersyukur, maka ia mendapat kebajikan dengannya. Sekiranya ia ditimpa kesusahan dari ujian dan bencana ia bersabar maka ia mendapat kebaikan darinya. Keadaan ini tidak ada di dalam kehidupan manusia lain kecuali bagi orang mukmin sahaja”

4. Al-Saihun
Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan para mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Allah berfirman:

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka” (Surah Ali Imran: ayat 190-191)

Alangkah perlunya para daie kepada pengembaraan meneroka dan menjelajah alam semesta yang luas terbentang, angkasa lepas dan galaksi bintang-bintang yang memperlihatkan kepada mereka itu betapa keagungan dan kebesaran kekuasaan Allah. Ini tentunya dapat mendorong mereka untuk mentaati Alah dan beribadah kepadaNya.

Alangkah perlunya para daie mengembara kepada pengembaran-pengembaraan meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam. Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran ianya kekal hingga hari kiamat. Firman Allah swt:

“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)

Apabila seorang daie meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, pada air, udara, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pasti ia melihat keagungan dan kebesaran Allah dalam perbezaan bahasa-bahasa manusia, warna kulit, perangai kecenderungan, keinginan dan rupa paras. Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi. Begitu juga keimanannya akan semakin mendalam.

5. Al-Raqiun dan As-Sajidun (orang yang rukuk dan sujud)

Manusia yang sering rukuk dan sujud ialah golongan yang mengambil berat soal-soal ibadah mengukuhkan dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Mereka ialah orang-orang yang begitu memelihara solatnya samada dalam saat berdiri, duduk, atau mengiring mereka menjadikan ibadat sebagai bekalan. Firman Allah swt:

“(mereka yang mendapat pancaran Nur Ilahi)- ialah “laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan solat dan (dari) membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana pada hari itu hati dan penglihatan menjadi gentar dan gemuruh” (Surah An Nur : ayat 37)

Para pendakwah terutamanya pada zaman ini amat perlu mempunyai hubungan dengan Allah sesuai dengan tangungjawab yang dipikul dan cabaran-cabaran besar yang merintangi perjalanan. Kemenangan golongan Al Salaf Al Saleh dan berkembangnya da’wah yang dibawa oleh mereka adalah hasil kekuatan hubungan mereka terhadap agama Allah. Begitu juga kerapnya amalan-amalan mereka dalam melaksnakan amalan-amalan sunat apatah lagi amalan fardhu yang diwajibkan. Allah swt berfirman:

“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Az Zariyat: ayat 17-18)

6. Al-Amiru bil Ma’ruf Wanahu Anil Mungkar
Amar Ma’ruf nahi mungkar merupakan tugas utama orang mukmin. Seseorang muslim tidak akan menjadi muslim sebenarnya selama ia tidak melaksanakan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarganya, dan masyarakat. Jika tugas-tugas ini diabaikan bagaimanakah para daie akan dapat meletakkan dirinya sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan, pembimbing dan juga sebagai pemimpin.

Amar ma’ruf adalah suatu taklif rabbani (tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah) sebelum ianya menjadi taklif haraki. Taklif rabbani dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung” (Surah Ali Imran : ayat 104)

Disamping itu di dalam hadith-hadith nabawi pula terdapat banyak keterangan-keterangan yang memperkukuh dan memperjelaskan lagi keterangan Al-Qur’an tentang kewajipan berdakwah amar ma’ruf nahi mungkar, nasihat dan ingat mengingati supaya mengikut kebenaran. Umpamanya sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (perkataannya) dan jika ia tidak mampu (juga) maka hendaklah (membenci dan menolak) dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. Dan selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji sawi” (Riwayat Muslim)

Rasulullah saw begitu menekankan keperluan melaksanakan tugas ini yang dianggap sebagai kunci kedamaian dan kebahagiaan masyarakat. Rasulullah saw bersabda:

“Demi Allah yang diriku berada dalam kekuasaanNya hendaklah kamu meyuruh yang ma’ruf, melarang kemungkaran (jika tiada) Allah akan menimpakan ke atas kamu siksanya kemudian kamu berdoa kepadaNya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan”

Hakikatnya banyak sekali dalil-dalil daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan. Sebenarnya tujuan Allah dan RasulNya menyuruh kepada perkara yang sedemikian tidak lain supaya membina kesejahteraan umat manusia, supaya manusia hidup dalam rukun damai dan saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.

Justeru para daie harus menyedari bahawa di antara syarat penting menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar, ialah perlunya mereka menjadi qudwah hasanah contoh tentang da’wah yang menjadi seruannya kepada orang ramai. Menjadi qudwah kepada perkara yang disuruh orang melakukannya dan di dalam perkara yang dilarang orang lain meneruskannya. Sekiranya amalnya berbeza dari kata-katanya maka sia-sialah amalnya dan hilanglah ganjaran untuknya.

7. Wal Hafizuna LiHududillah
Mereka ialah golongan yang berjuang untuik melaksanakan perintah-perintah Allah terhadap diri, dan masyarakatnya. Sekiranya perintah-perintah Allah tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam maka usaha dan perjuangan menegakkan pemerintahan Islam dan memelihara hukum-hukum Allah menjadi satu perkara yang wajib.

Kehidupan para daie hendaklah berlangsung di dalam dua landasan yang seimbang dalam usaha menegakkan hukum-hukum Allah.

Landasan pertama – Ia hendaklah menegakkan hukum-hukum Allah dalam dirinya dan terhadap persekitarannya sedaya yang mungkin. Itulah tanggungjawab individu orang yang mukmin baik laki-laki mahupun perempuan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Alah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka; ialah ucapan, “Kami mendengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Surah AnNur ayat 51)

“Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan tida (pula) bagi perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, dalam kesesatan yang amat nyata” (Surah Al-Ahzab : ayat 36)

Landasan kedua- Para daie hendaklah segera bekerja bagi mencapai matlamat menegakkan dan memelihara hukum-hukum Allah secara keseluruhannya. Iaitu dengan menegakkan Daulah Islamiyyah yang melaksanakan hukum-hukum Allah di dalam pemerintahan. Ini adalah kewajipan dan tanggungjawab ‘amal jamaiy’ yang tidak akan gugur wajibnya dari pundak orang-orang Islam sehinggalah ia terlaksana dan matlamatnya tercapai ataupun para pendokongnya menjadi syuhada’. Allah menegaskan :

“Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau (hai Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Surah An Nisa : ayat 65)

Sumber:Usrah Online:http://dppwp.wordpress.com/usrah-2/

Al-Haqirah:Manusia berbangga dengan tarbiayah jasmani yang mereka perolehi tetapi hakikatnya jiwa tandus dan gersang~AllhummahFazna bainana wa baina maa`si zohiran wa batinan~Allumma Amin~

Selasa, 24 Ogos 2010

Nikah Khitbah satu Alternatif


Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

Al-Haqirah : Ramadhan telah masuk ke minggu pertengahan yang disebut oleh nabi ~Ditengahnya Maghfirah~.Moga kita sama-sama bermohon agar mendapat maghfirahnya...AMIN~

Sabtu, 14 Ogos 2010

2 iklan untuk dikongsi

Allahumma Jama"na jam'an marhuma

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Alhamdulillah segala puji baginya kerana dengan nikmat dan kesempatan ini dapat saya bertemu menghadapi ramadhan sekali lagi.
Kali ini saya berkesempatan berpuasa di ardhul kinanah kembali.

Berpuasa di Mesir amat sibuk.
Begitulah yang boleh saya gambarkan kepada sahabat-sahabat.Kebiasaannya ramadhan badan bukan merasa letih kerana penatnya berpuasa,seingat saya,sedari tahun satu dahulu saya akan merasa letih dibulan ramadhan tatkala kedatangan syikh Nuruddin memberi pengisian pengajian dibulan ramadhan.Tetapi itulah saat yang paling manis bagi saya sepanjang berada di bumi khinanah ini.Duduk dihalaqah ilmu-Rudhatul Jannah.

Bagi sahabat-sahabat yang masih belum mengetahui,bahawa daurah kitab Tafsir Jailani yang disyarah oleh sy. Rohimuddin karangan Syyidi Abdul Kadir Jailani sedang dijalankan dirumah Terengganu di Hayyu Asyir.Kelas bermula dari jam 7 pagi sehingga jam 10 lebih kurang.
Pada sahabat yang masih tidak mengetahui,anda akan disajikan an dihidangkan dengan santapan yang sangat indah sekali.Tiada perkara yang akan dapat anda fikirkan selain dari Allah.Masya-Allah..segala apa yang diajar dari cara kita memandang sehinggalah kita pergi syikh rohimuddin sentiasa mengingatkan kita tentang Allah....Allah....


Iklan diatas pula selepas Asar.Jadual ada disediakan,bertempat di Rumah Kedah Hayyu Sabik.
Sedari tahun satu saya disini kalimat agung dari syikh Nuruddin saya tanam dalam hati:

"Jangan sampai kita yang dapat hidup berlingkar dengan ulama` disini tetapi masih tidak dapat mengaji ,bertemu,berhalaqah dan mengambil istifadhah dengan mereka,sesungguhnya kita ini Tolibul ilmi yang RUGI.RUGI.RUGI~

Satu lagi kalam azimat yang saya pegang dari guru saya ust syed:
'Jangan sampai hati ini Allah langsung tidak gerakkan ke halaqah-halaqah bersama ulama',tidak diberi hidayah, Nauzubillah moga kita tidak termasuk dalam golongan ini~

Bila anda bersama halaqah ulama',anda akan merasakan satu nikmat yang paling manis,yang tidak dapat anda kecapi dan rasai dimana-mana.Tiada yang indah didunia ini selain berada di riadhul jannah(taman-taman syurga).

Mesti ada yang tertanya Azhar pula bagaimana sepanjang bulan ramadhan ini?
Azhar setiap kali ramadhan akan tawaquf(berhenti seketika).syikh Ahmad kata:syahrul Quran..Yallah Iqrahu(bacalah Alquran)

Moga hati kita bersama sentiasa diberi hidayah Allah mendekatkan diri kemajlis-majlis begini.
Nauzubillah andai langsung tidak terusik hati untuk menghadirkan diri.RUGI.RUGI.

Nauzubillah juga pada sesiapa yang menganggap ianya pergi hanya untuk mengisi masa lapang.RUGI.RUGI.
Para ulama` amat membenci andai dikalangan kita hanya hadir dikelas-kelas mengisi masa lapang bukannya rutin wajib dan taqwim harian kita.Moga kita sama-sama akan mengambil jalan yang satu, iaitu istiqomah.Wa qaramah istiqomah(dan karomah itu letaknya pada istiqomah)

kemudian iklan yang saya ambil dari blog ust Nasruddin Tantawi.
Bagi sahabat-sahabat di malaysia.
Layari laman web ini untuk perinciannya..
http://episodeperjuangan.blogspot.com/


Al-Haqirah:Allahumma jama`na jam`am marhumah.

Isnin, 9 Ogos 2010

Ahad, 8 Ogos 2010

Dont`t break your fast with Israel dates!!


Bismillahirrahmannirrahim, Salam Mubarak dan selamat menyambut bulan Ramadhan yg bakal menjelang tiba, dalam kita sibuk menjalankan tanggungjawab dan menunaikan puasa hendaklah kita berhati-hati dalam berbelanja terutama dalam membeli buah KURMA kerana didapati dalam pasaran sekarang terdapat KURMA yang berasal dr ISRAEL Laknatullah.

Bercetak jenama Jordan River itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini. Kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

*Sumber : www.bestweh.org
* : freeourmind@fb

Al-Haqirah : `Makanlah kamu dari hasil yang baik-baik`

Rabu, 4 Ogos 2010

Repost>>MURTAD:Malaysia bukan menjamin selamatnya aqidah umat islam.

Akidahmu Akidahku jua…



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Apa yang anda dapat gambarkan atau merasakan andai suatu hari anak anda datang kepada anda lalu berkata:

`Mak saya sudah kristian..`


Bagai gugur jantung mendengar ayat sebegitu dilemparkan kepada seorang anak yang telah ditatang bagai minyak yang penuh.Mungkin masih tertnya-tanya si ibu sama ada ianya penyataan atau persolan daripada anaknya.

Hendak disalahkan siapa?dimana silapnya?


Masih ingatkah pada kes Aisyah Bukhari?

Berlatarbelakangkan pendidikan agama, dididik dalam biah keluarga yang beragama,lalu dimana silapnya sehinggakan tergamak menukar agama kristian?


Begitu juga kisah hartina Haji Kamaruddin,

Anak manja peniaga sate yang hidup sentiasa bertawakal kepada Allah bagi mencari rezeki,tidak cukup lagikah ianya menunjukkan betapa agama itu dipraktikan dalam kehidupan keluarga supaya menjadi contoh kepada anak-anak.

Persoalan yang sama ditimbulkan..

Lalu dimana silapnya sehingga tergamak menukar agama hindu?


Ini adalah segelintir kes-kes murtad yang menjadi sensasi dan menggemparkan yang dipampang di dada-dada akhbar.Sebenarnya berpuluh ribu kes murtad sama ada yang disijilkan dan tidak disijilkan.

Perlu diingat, kes-kes yang melibatkan aqidah umat islam adalah perkara yang teramat sensitive yang perlu diberikan perhatian penuh, baik dari pemimpin Negara, organisasi-organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, malah individu perseorangan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


MENCARI KEPIMPINAN SAIDINA ABU BAKAR.

Satu sirah yang masyhur dikalangan kita bagaimana, perkara pertama yang dilaksanakan oleh Saidina Abu Bakar setelah dibaiah menjadi khalifah adalah memerangi golongan murtad.


Mafhum yang boleh kita ambil adalah menyelamatkan akidah umat islam adalah perkara pertama yang perlu pemimpin Malaysia perkara yang perlu utamakan berbanding sibuk menaikkan barangan dengan alasan ianya penyelarasan subsidi dan judi bola yang mengarut untuk dilaksanakan.


Miskipun kerajaan akan ditentang oleh banyak pihak,perlunya kerajaan berpendirian teguh mempertahankan aqidah islam.Sepertimana Saidina Abu Bakar dalam berijihad miskipun bercanggah pendapat dengan dengan kibar sahabat yang lain.


Apa nilai dan kedudukan pihak-pihak lain yang mahu menentang berbanding kedudukan dan kefahaman kibar sahabt lain dalam memahami Islam sebenar-benarnya?


Akan tetapi Saidina Abu Bakar bertegas dalam ucapannya yang terkenal:

"Sekiranya aku ketahui diseberang sana ada seorang Islam yang murtad, nescaya aku
akan kerahkan tentera Islam memeranginya.”

Demikian ketegasan Saidina Abu Bakar dalam menangani gejala murtad.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Negara Malaysia-Negara Islam??Tapi Aqidah islam belum tentu terjamin.

Begitulah perupamaan yang boleh saya berikan.Sikap acuh tak acuh pimpinan Negara dalam menangani isu ini amat-amat mendukacitakan.Pertembungan antara undang-undang islam dan undang-undang sivil menjadikan Negara mengunci mulut dan mengikat tangan dari bertindak mempertahankan aqidah umat islam sendiri.


Sepatutnya undang-undang ciptaan manusia inilah yang boleh dilawan, tetap hal yang berlaku sebaliknya.

Dalam kes Judi bola, boleh pula undang-undang islam itu mereka bersuara dan bertidak melawan dengan apa yang telah termaktub dalam Al-quran.

Mana yang sepatutnya dilawan dan ditawan?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Undang-undang tak masuk akal yang mudah ditukar kembali!!

Rata-rata kes dari ahli keluarga dalam tuntutan mengembalikan akidah anak mereka ke dalam agama asal akan dibawa kepada Mahkamah Rendah Syariah.Setelah keputusan diperolehi sudah tentu kes dimenangi oleh keluarga yang menuntut.selesai sudah permasaalahan kes.


Yang menjadi ironik dan nonsesnse adalah ketika tuntutan cuba dibawa ke Mahkamah Tinggi oleh pihak-pihak tertentu.Dan Mahkamah tinggi dengan kuasa perundangan dibawah akta< Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan.> terpaksa akur dengan undang-undang buatan manusia itu, seterusnya meluluskan penukaran aqidah ini.Nonsense!!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Cadangan penggubalan undang-undang baru

Mungkin ada yang mengatakan, agak mudah mengungkapkan tetapi agak sukar dilakukan.

Tetapi syariat islam perlu diletakkan di tempat yang paling tertinggi.Andai Mahkamah Tinggi itu tinggi dengan undang-undang dan akta yang ianya sahaja berhak mensabitkan keputusan, sesungguhnya Islam itu berganda-ganda tingginya dan menjadi kewajipan umat islam untuk mengikut dan mematuhi undang-undang dan hukum yang telah termaktub oleh Allah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kerajaan perlu meneliti beberapa perkara.Antaranya:

1)Apa-apa sahaja keputusan yang telah disabitkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah yang melibatkan agama islam, kes tidak boleh dibicarakan di mahkamah Tinggi.Ianya dianggap menghina,mencabar dan merendahkan kedudukan dan kebolehupayaan institusi Mahkamah Rendah Syariah dalam menangani kes tersebut.


2)Menggubal akta<Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan.> Dikecualikan dalam kes tuntutan penukaran agama dan diserahkan kepada ahli keluarga sebagai hakim dalam menilai saudara mereka sendiri.Dan Ahli keluarga tetap akan dikenakan hukuman andai melibatkan nyawa mana-mana pihak.


3)Mewujudkan satu akta baru yang dinamakan AKTA MURTAD.Dibawah akta ini penukar agama akan diletakkan dibawah jabatan keagamaan Negara.Samaada dikurung atau di kuarintin bagi menghadapi sesi kauseling mengembalikan aqidahnya dan kefahamnya berkaitan agama islam.

Andai penukar agama tetap mahu menganut agama selain islam, hukuman berat akan dikenakan.Pancung(undang-undang Allah), sebatan ataupun dipenjara.


4) Penguatkuasaan dan meneguhkan lagi Perlembagaan dibawah Artikel 11(4), kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Artikel 11(4) bermakna orang bukan Islam tidak boleh memurtadkan orang Islam.


5)Jabatan Pendaftaran Negara perlu mengambil berat dan sensitive dalam kes-kes penukaran title Islam pada kad pengenalan dan perlu melaporkan pada pihak yang berwajib.Tindakan akan dikenakan pada pegawai-pegawai JPN yang cuba menyembunyikan penukaran ini.


6)Mana-mana pihak, NGO dan Badan Berkanun yang masuk campur dalam urusan pengadilan berhubung kes ini akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat.


7)Badan NGO diminta memainkan peranan berkempen secara besar-besaran menghapuskan gejala murtad bagi menyelamatkan aqidah umat islam.


8)Individu yang melihat lelaki/perempuan yang beragama islam tetapi mempunyai tanda-tanda telah menukar agamanya antaranya:


i)Berpasangan dengan pemuda/pemudi yang bukan beragama islam

ii)Memakai salib dan tanda agama-agama lain , aksesori ataupun tatu

iii)Memasuki gereja

iv)Tindakan dan tingkah laku menampakkan seperti bukan beragama islam lagi


dan beberapa ciri lagi yang boleh mendatangkan keraguan aqidah islamnya, diharap dapat memainkan peranan dari segi:


a)Menegur dan memberi nasihat

b)Menghubungi ahli keluarganya(andai mengenali)

c)Menghubungi Badan Berwajip setelah memastikan kedudukannya.


Jelas disini, peranan menjaga aqidah umat islam perlu dimainkan baik dari peringkat kepimpinan Negara terutamanya sehinggalah individu perseorangan.Kerajaan Malaysia perlu tegas dalam menangani gejala ini.Hilangnya keperibadian muslim pada generasi yang akan datang adalah kerana syabab(muda/mudi) yang telah rosak aqidahnya.SAVE OUR AQIDAH!!!!



Al-Haqirah:SAVE OUR AQIDAH!!!!

Selasa, 3 Ogos 2010

Satu lagi penghinaan bersempena 11 Sept






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang.

Sekali lagi penghinaan kesucian Islam bakal di cemari pada tarikh 11 Sept.Di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat kini seorang paderi bernama Terry Jones sedang berkempen `Hari Membakar Quran`~Laknatullah padanya~antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010 akan datang.

Kempen ini bukan sahaja tidak dihalang oleh pihak berkuasa tempatan dan pemimpin negara tersebut, malah dia telah di temu bual di TV CNN mempromosikan kempennya Nauzubillah...

boleh dilihat~http://edition.cnn.com/2010/US/07/29/florida.burn.quran.day/index.html#fbid=YF9UoM9phfF

Antara petikan dia dalam CNN:

"We believe that Islam is of the devil, that it's causing billions of people to go to hell, it is a deceptive religion, it is a violent religion and that is proven many, many times,"
Pastor Terry Jones told CNN's Rick Sanchez earlier this week.

Berita lanjut boleh melayari http://thelastcrusade.org/tag/pastor-terry-jones/.

T-shirt tertera
“Islam is of the Devil” turut dijual berserta barangan lain.

ketika ini dia sedang berkempen besar-besaran malah penghinaan demi penghinaan sedang di canang, antara petikan ayat dia:

The church launched a YouTube channel to disseminate its messages.

"I mean ask yourself, have you ever really seen a really happy Muslim? As they're on the way to Mecca? As they gather together in the mosque on the floor? Does it look like a real religion of joy?" Jones asks in one of his YouTube posts.

"No, to me it looks like a religion of the devil."

~MOHON SENSITEVITI UMAT ISLAM~


Dia juga meminta orang ramai menghantar dan membawa seberapa banyak naskhah Al-Quran dan di download dari internet bagi membawa seberapa banyak naskhah untuk dibakar.
~hati ini terdetik...Moga Allah membakar dia sebelum hari tersebut~

Dalam kotak ingatan saya,belum pernah perkara penghinaan ini dapat dihentikan pada hari yang dirancang kafir laknatullah.Karikatur demi karikatur Rasulullah di buat melalui media cetak atau pun elektronik belum pernah dapat dihalang hampir 2 bilion umat islam diseluruh dunia.Walaupun berjuta-juta domostrasi dan memorendum di tujukan kepada kedutaan negara yang terbabit,perkara tersebut tetap dilacarkan.Moga-moga kali ini Allah tunjukkan kuasa:





Al-Haqirah:Ya Allah Selamatkan Islam~

PERKESO tarik saham di carlsberg

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Ya, dari lafaz pembuka pelbagai perkara boleh kita amati dan syukuri.Dia Maha Pemurah memberi rezeki kepada hambanya.Setiap nilai titik peluh yang datang dari sumber yang halal bakal menjana ekonomi islam.Dan bakal menjana generasi islam sempurna.

Maka Dia Maha penyayang, yang akan melindungi harta-harta dari kelembah kemaksiatan.
Dia Maha Penyayang, yang akan menghalakan hati-hati manusia yang semakin hanyut ternoda kelembah kemaksiatan dengan menarik kembali ke padaNya.

Begitulah perkembangan umat islam dan non-Muslim terkini di Malaysia.Penarikan kembali saham PERKESO pada syarikat carlsberg adalah satu-satu perkara dari berbilion-bilion sifat Pemurah dan PenyayangNya.

Alhamdulillah satu tidakan yang amat-amat terpuji.
Masakan tidak, wang caruman hasil titik peluh rayat Malaysia di samaratakan untuk dilaburkan baik dari orang islam dan non-Muslim.Wang yang dilaburkan bakal menjana pertumbuhan ekonomi dan generasi Islam akan datang telah dicemari dengan pelaburan haram.

Moga-moga syarikat-syarikat lain, owner orang islam terutamanya menarik juga saham-saham di syarikat-sayrikat haram.Duit halal pemangkin generasi sihat.And especially saham berjuta-juta di kasino terbesar di Malaysia yang nun di puncak gunung di Pahang.Moga-moga Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Moga satu persatu kempem PAS: Anti-zina,arak dan pergaulan bebas termasuk rasuah dan taknak Judi.. disambut baik oleh orang islam dan non-muslim.Amin.



Al-Haqirah:Malaysiaku oh tanahairku...
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...