Isnin, 26 April 2010

25 April-Cuti (Mesir) yang bukan untuk dirai

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Hari ini cuti.(DiMesir).Cuti ini bukan sebarang cuti,tetapi cuti inilah adalah hari memperingati pembebasan gurun sinai dari tangan Israel.Genap 28 tahun bermula 25 April 1982.Israel mengundurkan tentera dari bumi sinai.


Adakah kerana Israel mengaku kalah?

Tidak,kemenangan Mesir yang bukan untuk dirai.Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Anwar Sadat pada 26 Mac 1979.Dan perjanjian (Hutang darah palestin) kononnya antara Arab-Israel sebetulnya tidak diiktiraf oleh Bangsa-bangsa Arab.Anwar Sadat yang melihat perjanjian ini bagi menjaga kepentingan sendiri sebenarnya telah berhutang beribu-ribu darah rakyat Palestin sehingga kini.Kemenangan yang dianggap satu kemegahan.
Dan akhirnya hutang yang kononnya megah bagi Anwar Sadat ini telah dibayar dengan berdas-das tembakan oleh askar Mesir semasa perarakan yang merasakan kemenangan ini mengkhianati dunia islam dengan israel laknatullah.Dan hasilnya pengunduran tentera israel dari bumi sinai pada 25 april 1982.


Fakta Perjanjian Kem David 26 Mac 1979


*Masyarakat islam menyifatkan dengan menandatangani perjanjian ini,ianya sebenarnya menyokong tindakan susulan israel melebarkan rampasan tanah rakyat Palestin dan seterusnya mengetepikan hak rakyat Palesti yang telah dijajah sejak 1948.


*Dengan menandatangani perjanjian ini,ianya sebenarnya menghancurkan segala usaha dunia Arab dalam perang 6 hari keatas tentera israel pada 10 jun 1967.Yang pada ketika itu Dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967.Gabungan tiga negara Arab Mesir,Jordan Dan syiria.Dan ketiga-tiga negara itu mendapat bantuan dari Iraq,Kuwait,Arab saudi,Sudan dan Aljazair.

*Kesan utama hasil dari perjanjian ini melebarkan penjajahan israel keatas bumi Palestin.
Mesir yang merupakan satu-satunya pintu darat menghubungkan rakyat Palestin dengan dunia luar menutup laluan keluar masuk disempadan itu.Dan akhirnya menyebabkan rakyat Palestin terpenjara diantara 2 penghalang dibumi sendiri.sempadan Mesir-Palestin.Tembok Haram Israel.

*Mesir yang mengikat perjanjian damai ini sebagai alasan berdiam diri terhadap setiap tindakan dan kemaraan israel di bumi Palestin.

*Meskipun Mesir berjaya mendapat kembali Semenanjung sinai dari tangan israel,ianya sebenarnya telah membuka ruang penggunaan Terusan Suez bagi kemaraan tentera israel kebumi Palestin.

*Sehingga kehari ini,Perjanjian ini menjadi sebab utama kegagalan dan sekatan setiap bantuan kemanusiaan,makanan,pakaian dan ubat-ubatan kepada rakyat palestin memandangkan mesir satu-satunya sempadan darat palestin bagi menyalurkan bantuan ini.


Ucapan husni Mubarak
Semalam sabtu,Presiden Mesir Hosni Mubarak, mengatakan dalam ucapannya yang ditayangkan TV Mesir bahawa dia menginginkan perdamaian dengan Israel dan terikat komitmen pada perdamaian itu.
“Kami menginginkan perdamaian dan terikat komitmen padanya selama Israel menyambut keinginan kami dengan keinginan pula dan komitmen dengan komitmen,” kata Mubarak, ketika perucap kepada rakyat Mesir pada peringatan ke-28 pembebasan Gurun Sinai.
(Boleh taklik sendiri..)

Al-Haqirah : Ikhtibar.sejarah pasti berulang...

Khamis, 1 April 2010

kisah si pengembala kambing


Pada suatu hari...
seorang pengembala kambing membawa kambingnya berjalan melalui sebatang jalan yang lurus.Dikiri dan kanan jalan terdapat pelbagai tanaman yang enak-enak sedang membuahkan hasil.Jauh sekali untuk memandang kearah tanaman,kerana takut dan patuh kepada tuannya kambing-kambing itu tetap setia berada dibelakang barisan tuannya.

sampai suatu ketika,Si pengembala kambing itu mengantuk lalu tidur dan berselubung 7 lapis selimut.Dengan peluang keemasan yang ada,kambing-kambing itu segera meluru kearah tanamam-tanaman itu.Maka berseronoklah makan dan merosakkan tanaman itu.

Kemudian...seorang pemuda melalui jalan itu. seraya menjerit..
`Hei kambing...`
lalu dia memasuki kawasan tanaman untuk menagkap kambing-kambing itu.kemudia diletak di tengah jalan.seterusnya dia memasuki kawasan tanaman dan menangkap seekor lagi sedang yang dijalan yang telah ditangkap kembali berlari memasuki tanaman.Begitulah keadaan seterusnya.

Beberapa ketika....datang pemuda kedua.
`hei buat apa?`
`ni tangkap kambing.kambing-kambing telah merosakkan tanaman orang`
`ok.aku tolong`
pemuda kedua pun melakukan perbuatan seumpama pemuda pertama.Tetapi hasilnya juga sama seperti pemuda pertama.Kambing yang telah ditangkap dan diletakkan di tengah jalan kembali meluru kearah tanamam sedang mereka sibuk menagkap kambing yang lain.

kemuadian..lalu seorang alim dijalan itu.
`wahai pemuda-pemuda.apa yang kalian sedang lakukan?`
`Kami sedang menagkap kambing.kerana kambing-kambing ini telah merosakkan tanaman orang`
`tidakkah kalian sedar bahawa kalian juga telah masuk kekawasan tanaman dan merosakkan tanaman-tanam itu seperti kambing?`

Lalu orang alim itu berjalan kearah si pengembala dan mengejutkan sipengembala itu tadi.
`hei,bangun..kambing-kambing kamu sedang merosakkan tanam orang`
Terkial-kial si pengembala kambing bangun.
Lalu dia bertepuk tangan `tap.tap` Berlari semua kambing meluru kearah tuannya. kedua-dua pemuda tadi tercengang-cengang.

taklikan....
si pengembala kambing : hati kita yang telah di selimut dengan 7 lapisan nafsu

Nafsu terbahagi kepada 7 iaitu :Nafsu Amarah,Nafsu Lauwwamah,Nafsu Marhamah,Nafsu Mutmainnah,Nafsu Raudhiyyah,Nafsu Kamilah,dan Nafsu Mardiyyah.


kambing :Umpama anggota-anggota badan kita yang akan mengikut dan terjerumus kelembah hawa nafsu andai tidak bersatu bersama hati yang dipenuhi cahaya keimanan.


2 taman dan sebatang jalan di tengah-tengahnya :Jalan yang lurus yang telah disedikan untuk kita yang dihiasi disekelilingnya hawa nfsu dan nikmat dunia yang sementara dan melalaikan.Kerana tidurnya hati yang beriman seluruh anggota mudah terjerumus kearah kemaksiatan dan jauh dari Allah.


2 org pemuda : seumpaan diri kita yang kononnya ingin mengislah masyrakat tetapi sebenarnya menyebabkan masyarakat semakin rosak dan kita juga turut terpalit bersama mereka.Begitu juga perumpamaan pemuda kedua,tanpa mengetahui manhaj sebenar kita hanya mengikut dengan penuh semangat turut sera kemedan perjuangan.Sedangkan tiada pemahaman yang betul.Semangat semata-mata,hanya mengikut orang sekeliling berjuang terus berjuang tanpa maqasid sebenar.


Orang alim : Umpama mursyid,menyedarkan hati-hati agar kembali kejalan yang lurus.


Muhasabah bersama...

kita biasa mendengar `Nahnu warathatul ambiaya``ta`murunabil ma`ruf watanhauna `annil munkar`.


Tapi adakah kita sedar bahawa kita sendiri kadang-kadang yang menyebabkan orang sekeliling melarikan diri dari kita dan akhirnya lebih lagi membuat kemungkaran seperti perbuatan kedua-dua orang pemuda tadi.Kononnya ingin mengislah akan tetapi sama membuat kerosakan.


seumpama seorang ibu yang menyuruh anaknya menunaikan solat.Dibentak,dimarah dan dipukul anak itu kerana keengganan nya menunaikan sembahyang.Tapi adakah ibu tadi sedar bahawa dia tidak pernah mengajar anaknya cara berwuduk.cara sembahyang dengan betul,cara bacaan-bacaan didalam solat.Maka siapa yang lebih berbuat kemungkaran?


Begitu juga kita,kononnya ingin mengislah masyrakat kearah daulah islamiah,akan tetapi kerana tidak kena cara,uslub dan pembawakan Da`ie yang sebenar sebenarnya yang menyebabkan mereka lebih lagi ingin lari dari kita.maka siapa yang lebih membuat kemungkaran?


Maka ianya sebagai muhasabah diri saya terutamanya bahawa dakwah itu definisi yang universel.Boleh juga disimpul dengan beberapa perkara:




  1. Mursyid :supaya pegangan kita tidak menyimpang dan sentiasa ada yang akan menegur setiap perbuatan kita.Berguru dengan buku-buku semata-mata adalah salah.


  2. Ilmu :Hanya ilmu senjata setiap keadaan.


  3. Amal :sudah tentu pengalaman sebagai salah satu amalan zahiriah.Ilmu yang tidak diamalankan laksana pokok yang tidak berbuah.yang tidak mendatangkan manfaat kepada orang lain.

Dan akhir sekali,Penda`ie perlulah faham dan tamam 5 prinsip dakwah:


  1. Penda`ie


  2. Mad`u`


  3. Maudu`


  4. Method dakwah


  5. Uslub dakwah

semoga ianya memberi manfaat bersama.



Al-Haqirah:`udu` nafsik.summa ghairuk.(dakwah diri kamu dahulu kemudian yang lain)
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...