Sabtu, 3 Julai 2010

Rejab Bulan Aluan Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran dengan nikmat umur yang masih panjang ini bersua kembali bulan Rejab yang dinanti.

Kebiasaannya Rejab saya dan rakan-rakan sedari bangku sekolah lagi,kami akan sentiasa mengingatkan rakan-rakan agar tidak terlepas berpuasa pada hari pertama rejab.<Rindu kawan-kawan sekolah…..>.

kemudian kami seterusnya akan berpuasa,malah ada kalanya berpuasa selama sebulan rejab.

Seronok mengingatkan waktu ketika itu.waktu-waktu iman masih belum ternoda dari segala macam maksiat zahir dan batin,waktu itu iman masih belum tercalar dengan perkara-perkara syubhah dan

sebagainya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Iman itu YAZID wa YANQUS.

Hati itu qulub(hati) wa quliba(berbolak balik)begitulah perumpaman yang perlu kita ketahui.kadang-kadang hati ingin mengerjakan amalan dan sebagainya.akan tetapi ia berbolak balik,sering bermain dengan halangan dan tembok nafsu syaitan.

Seakan ayat-ayat yang dilontarkan seakan sama sahaja dikalangan kita

~larat ke aku hendak berpuasa hari ini?

~ishh hari ni ada janji dah nak beli barang,nnti tak larat nak jalan ke.Takpelah rejab sebulan esoklah puasa.


Begitulah mainan hati dikala hati berkehendakkan kepada mengerjakan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.


Pesanan berharga Guruku..

Saya pernah mengajukan pertanyaan kepada beberapa orang guru berkaitan amalan seseorang yang semakin merosot dari masa ke semasa.


Ust syed:Jangan kita menjadi seseorang yang bila semakin dewasa semakin berkurangan amalan.sangat rugilah kita.sepatutnya bila semkin dewasa,amalan itu kena lebih ditingkatkan.ilmu semkin banyak amal semakin berkurangan.itu menunjukkan ilmu yang kita perolehi tiada samarah(hasil).maka dari situ kita boleh bermuhasabah tahap keikhlasan kita menuntut ilmu dan tahap keikhlasan kita dalam mengerjakan ibadah.Sama ada riak dan sebagainya.


Sy.`imanuddin ~Ma min syai afthol wa ahsan illa amalan billah.a`lalllah.ma`allah.lillah
(Apakah amalan yang terbaik selain amalan hanya kerana
Allah,bersama Alllah,semata-mata kerana Allah dan untuk Allah)


Sy.Ahmad Hajain~`Iman manusia bertambah dan berkurang.Ia sesuatu yang biasa berlaku.Cara yang terbaik adalah dengan muhasabah dan menghisab antara kita dengan Allah.Andai kita merasakan betapa kita ini haqir dan hina,maka sepatutnya kita akan sentiasa menambah amalan.



Satu perkara yang amat saya kagumi bagaimana mereka seolah-olah mempunyai `keep in touch` apa bila saya mengajukan pertanyaan:

Doa apa yang boleh membuatkan kita istiqomah dalam beribadat.

Mereka menjawab doa yang diajar Habibuna kepada Mu`az bin jabal:


`اللهم اعنى على ذكرك وشكر وحسن عبادتك`



Allah.Allah.seakan berbunga dan bersemangat kembali meniti hari-hari beribadah kepadaMu.Ya Allah.


Mengapa semakin berkurangnya Amalan?

Satu persoalan yang perlu kita koreksi kembali diri kita.

Sering kita mendengar bagaimana meningkatkan amalan.Persoalan ini lebih kepada mukmin yang asalnya kurang beramalan dan ingin menambahkan amalan.

Maka,bagaimana pula pada insan yang sedari awal kuat amalannya akan tetapi mula berkurangnya amalan dari semasa ke semasa.

Setelah saya teliti dan mengkaji berdasarkan fenomena yang berlaku terhadap diri yang haqir ini,sahabat-sahabat dan yang diceritakan dari guru-guru saya,sebab utama mengapa semakin kurangnya amalan seseorang mukmin itu.jawapannya:MAKANAN

1.Makanan Dalaman

2.Makanan Luaran


Sila check kembali segala bentuk makanan yang anda makan.

1.Makanan Dalaman-Zikir,Quran,Solat sunnat,Qiam,Muhasabah,wirid dan sbg.
2.Makanan Luaran-
Apa sahaja bentuk makanan yang masuk kedalam perut berserta sumber dan cara pembuatan makan itu


Maka boleh dikatakan,Makanan dalaman itu sebagai penguat dan pengikat amalan kita untuk hari-hari seterusnya.Tanpa makan yang berterusan iman semakin lama berdenyut lemah,dan semakin lemah.

Sering diri merasakan malas dan sukarnya melakukan amalan secara berterusan.


Ulama` menyebut tanda mereka yang letih istiqomah dalam melakukan amalan adalah mereka yang beramal kerana sesuatu.Tidak kira samaada kerana seseorang,kerana ganjaran dan sebagainya.

Ulama` tasauf menganggap hatta andai kita beramal kerana hendakkan balasan baik dan syurga ianya termasuk didalam syirik khafi!!!

~Nauzubilla Ya Rabb~


Allah,Allah…Semakin takut dan kerdil rasa diri ini.Takut andai amalan kita sebelum-sebelum ini tidak ditulis LILLAHITA`ALA~



الحلال بين و الحرام بين وبينهما امور المتشابهات


Manakala,makan Luaran pula saya mengeyorkan sahaba-sahabat menolak segala bentuk makanan berunsur syubhat dan menjana ekonomi yahudi.Dalam pada kita membantu diri menambah amalan,jangan kita lupa pada saudara-saudara kita yang mengharap sokongan dan dokongan kita selama ini.AYUH BOIKOT YAHUDI!!!















INGAT!!!:Istiqamah itu Karamah dari Allah.Berbahagialah siapa yang mendapatnya..


aL-hAqirah:Recycle Iman menyambut Ramadhan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...