Sabtu, 31 Mac 2012

Mencipta satu dimensi BARU..

Bismillah..Innahamdulillah..

Sudah lama bertapa merawat `Roh dan Jasad` rupanya..Blog ini seakan usang ditinggalkan sejauh mana kenangan lalu..

Meninggalkan Ardhul Kinanah hampir setahun yang lalu melayari bahtera kapal perjuangan berkemudikan Islam ini terasa hidup amat-amat memberi erti..

Sehinggakan..Titipan doa sehari-harian agar saki-baki nafas yang tersisa dinyawa ini aku infa`kan untuk perjuangan menegakkan Kalimah Nya..Insya-Allah..

Terasa masa semakin pantas berlalu, sedangkan perancangan dan rencana tersusun dengan banyaknya, akan tetapi berapa banyak telah tertunai lantaran kekangan masa dan kekangan nafsu sering memenjara diri. Sehinggaka keletihan didinihari sehari-harian kadang-kadang dipujuk dengan pujukan kesabaran jauh dilubuk hati inilah jalan pilihanku sehingga mati..Insya-Allah.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Mencipta dimensi BARU..

Mungkin ramai tertanya-tanya..
adakah diri ini mampu untuk mencipta sesuatu yang baru?
hebatkah sehinggakan boleh menghasilkan sesuatu yang orang lain tidak pernah terfikir?

Allah berfirman :
'Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggakan dia mengubah nasibnya sendiri"

Jelas ayat diatas satu motivasi merungkai kekusutan dan `kerendahan` semangat kita.

~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*
QANA`AH itu perlu..tapi...

Qana`ah : Rasa cukup dengan apa yang ada.

Memang benar..qana`ah tu perlu tetapi pada keadaan dan tahap yang tertentu.
Jika seharian kita duduk dijalanan..kita akan melihat betapa ramainya manusia yang gemar akan gaya hidup "sekadarnya /cukup apa yang ada".

Perkara ini amat berbeza sekali jika kita duduk di restaurant hotel-hotel dan melihat `golongan busnessan` sedang bersembang dan berkata-kata..

Secara automatiknya..kedua-dua alam ini akan melahirkan 2 natijah yang berbeza..

natijah A : Rasa biasa-biasa sahaja. Mereka sama dan lebih kurang dengan kita.
natijah B : Rasa terbangun dan terangsang dengan satu dimensi ciptaan baru memburu hasrat.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Wal-Hasil..

Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok.

maka..keluarlah dari dimensi kamu...

p/s : sebab suka duduk dengan ulama`..nak berjuang bersama ulama`..;)Allahumma Ameen~
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...