Isnin, 6 Disember 2010

Lazzatul Ibadah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Saya adaptasikan tajuk kali ini dari kitab yang saya milikan.Semoga kitab ini gembira dan sentiasa berdoa agar saya akan menghabiskan bacaan dengannya.Amin~


Kisah deria dan pemiliknya.

Seorang pembuat kek membuat kek coklat yang sangat sedap berbentuk hati.Lalu di suakan kepada 3 orang pelanggan yang setia berkunjung ke kedainya dan amat-amat dia cintai, supaya pelanggan yang dikasihi tadi menikmati kek hati yang istimewa buatannya.



Pelanggan Pertama seorang pakar dalam bidang masakan, apabila memakan sesudu kek lalu berkata :

Saya merasakan satu kesedapan dan keenakan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.Ini adalah kek yang sangat sedap sekali.


Pelanggan kedua pula terus mencuba apabila mendengar kata pelanggan pertama tadi.Kemudian dia mencuba untuk kali kedua barulah dia menggangguk dan bersetuju dengan apa yang dikata oleh pelanggan pertama tadi.

Lalu dia memberikan pandangan : Setelah mencuba beberapa kali, baru saya memahami dan menikmati kata-kata yang di gambarkan bahawa kek ini sungguh enak.


Lantas pelanggan ketiga teruja dan terus menyuapkan sepotong kek ke mulutnya.Lalu dia mencuba untuk kali ke dua, ke tiga, dan ke empat bagi mendapatkan rasa yang sama.Setelah beberapa ketika, barulah dia mengangguk dan membenarkan apa yang dikata kedua-dua pelanggan itu tadi.



Intipati kisah:


1) Si pembuat kek saya gelarkan Dia sebagai (musonni`) pencipta.Iaitu ALLAH.sesungguhnya Allah telah menciptakan kelazatan itu sama sahaja bagi setiap makhluk.Yang membezakan adalah deria kenikmatan setiap makhluk bagi merasai kelazatan ibadah itu sendiri.Ianya bergantung kepada tahap keimanan dan ke abdian makhluknya.


Ke Pemurahan Allah sebagai pencipta menciptakan satu bentuk wasilah kepada makhluknya supaya dapat sendiri merasai kelazatan ibadah meskipun Dia sendiri tidak memerlukan dan tidak berkehendakkan perkara tersebut.Andai dia tidak mencipta sesuatu, tetap sahaja Allah adalah yang Maha Tinggi dan Maha Agung lagi maha Memiliki setiap perkara.


Kecintaan kepada kekasihnya dibalas dengan satu kenikmatan iaitu kelazatan ibadah yang diberikan kepada hambanya yang setia.Seperti kesetiaan pelanggan-pelanggan tadi terhadap kedai itu.ALLLAHHHHU AKBAR…


2) Kek berbentuk hati adalah lambang kecintaan Sang Pencipta kepada hambanya yang setia yang tidak jemu berkunjung diatas tikar sejadahnya, sujud mengharapkan ke ampuanan dan keredhaan dariNya.Semoga kekasih hatinya tidak jemu berkujung kembali, lalu diciptakan kepadanya satu wasilah iaitu satu kelazatan bagi membalas cintaNya kepada hambanya.


Hati juga melambangkan satu tempat yang suci dimana diisi dengan keimanan dan kecintaan yang hakiki.

Rasulullah berkata :

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


3) Pelangan pertama : Nyata sekali kedudukan iman didalam hatinya yang telah tersendiri menyebabkan dirinya dapat merasai satu kelazatan ibadah yang dia nikmati dari amal yang dia lakukan walaupun sedikit perbuatannya.Melalui kepakarannya dan kefahamannya menjadi penyebab utama kelazatan ibadah itu dapat dirasai setiap kali dia melakukan ibadah.


Biasanya contoh bagi pelanggan pertama tadi amat sesuai bagi gambaran para Alim dan mujahid dan yang setaraf dengannya, yang memahami maksud ibadah dan rahsia Allah dari segi nikmatNya yang tidak terhingga.


Pelanggan kedua pula : adalah mukmin yang berada di martabat sederhana.Dia mungkin perlu menambah sedikit amalan, kefahaman dan keikhlasan supaya dapat sama menikmati kelazatan ibadah seperti Pelanggan pertama.


Bagi pelanggan ketiga pula bolehlah digambarkan seperti kebanyakan dari kalangan kita sendiri yang sentiasa terhijab dengan dosa-dosa yang menyebabkan kita perlu berusaha lebih berbanding pelanggan pertama dan kedua bagi mendapatkan kelazatan melakukan ibadah.


Kelazatan ibadah….

Bukan banyaknya amalan yang melambangkan darjat keimanan bagi mencapai darjat yang tinggi tetapi bagaimana kefahaman dan keikhlasan kita dalam melakukan setiap amalan.Situasi pelanggan pertama dan ketiga perlu dijadikan ikhtibar kepada kita dalam mencari dan mendapatkan kelazatan ibadah.


Kegopohan pelanggan ketiga dalam menikmati kelazatan kerana melihat perlakuan pelanggan pertama dan hasil/thamarah ketika merasai kelazatan ibadahnya menyebabkan rasa nikmat dan lazzat itu tidak sampai dalam sanubarinya.Menjadi kelaziman bagi setiap makhluk sentiasa ingin mendapatkan nikmat yang sama di perolehi oleh makhluk Allah yang lain, malah lebih lagi.Sedangkan ilmu dan kefahaman antara mereka berada di tahap yang berbeza.


Mengenal dan mendalami Islam dengan sebenar-benarnya adalah menjadi satu jambatan utama agar kita dapat menimbulkan keikhlasan beribadah kepada Allah.Di sini, perlakuan yang disebut sebagai batu loncatan tidak boleh diguna pakai.Kefahaman yang sebenar berkaitan ubudiyyah/pengabdian perlu diiringi dengan ilmu, pembelajaran dan guru.


Nyata sekali, kelazatan yang mereka di tempat pertama tadi dalam merasai kelazatan ibadah adalah hasil dari peringkat-peringkat ilmu dan kefahaman yang telah dilaluinya berkaitan ubudiyyah dan keikhlasannya kepada Allah.


Maka 3 perkara utama yang perlu di titikberatkan:


1) I1. Ilmu - Berusaha mendalami Islam dalam menambahkan kefahaman dan kecintaan kepada khaliqnya.


2) 2. Keikhlasan – Ikhlas adalah thamarah/hasil dari kefahaman dan kecintaan kepada Allah.Ikhlaslah kunci utama dalam melakukan ibadah.Ikhlas adalah roh ibadah.


333. Guru/Murabbi – Pentingnya kita mendalami Islam itu dengan di bimbing dan mendampingi alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidang ini.Ramainya di kalangan kita menjadikan buku dan internet sebagai guru dan murabbi.Maka fikir-fikirkanlah…


Perbezaan Alim dan Abid.

Orang yang Alim lebih ditakuti dari Abid yang banyak melakukan ibadah.Yang dimaksudkan dengan abid adalah mereka yang mengerjakan ibadah semata-mata tanpa mengetahui hukum dan kafahamannya.Perkara sebegini biasanya terjadi dikalangan kita.


Walhasil, semoga setiap amalan yang kita lakukan mungkn di situ kurangnya pendalaman agama disebabkan faktor-faktor luaran menjadkan kita kesempitan dalam mendalami Islam dapat di lihat oleh Allah sebagai satu jalan mendekatkan diri kepadaNya.


”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani.



Ibadah bukan solat semata-mata.

Masaalah utama yang di letakkan dalam akal fikiran masyarakat kita dalam menterjemahkan ibadah dengan perkara-perkara yang terdapat di Rukun Islam semata-mata, solat, puasa, haji dan sebagainya.Perlu diingatkan sentiasa di dalam benak hati kita bahawa, ibadah itu bukannya hanya terletak pada perkara tersebut, malahan ibadah mencakupu segala aspek perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah.


Contohnya:Makan kerana Allah=Dengan makan menjadikan tenaga untuk melakukan ibadah seterusnya.Maka makan ini juga dikatakan sebagai ibadah.


Menaip blog kerana Allah = Saya menaip blog semata-mata ingin berkongsi maklumat yang dapat mendekatkan diri saya dan pembaca disisi Allah.Maka menaip ini di kira sebagai Ibadah.


Banyak sebenarnya contoh-contoh lain yang di ambil kira sebagai ibadah.Walaupun sebesar zarah amalan anda, tetapi di sertakan ke ikhlasan kepadaNya sesunggunya pasti anda dapat merasakan kelazatan ibadah itu..Wallau `a`lam.



Al-Haqirah : Sukarnya mendapatkan lazzatul ibadah..sukar juga mendapat kek coklat yang sedap di mesir...;(

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...