Ahad, 31 Oktober 2010

Ralat : Mencari kebenaran kedutaan Mesir di Malaysia

 -->
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Segala puji bagiNya yang memudahkan urusan dan perjalanan kami mencari kebenaran disebalik apa yang disembunyikan oleh hamba-hambanya.
Minggu ini adalah minggu terakhir saya di Gombak, selaku Warden KUIZM.Rasa keberatan ingin meninggalkan adik-adik ini memandangkan masih banyak amanah yang masih belum dilunaskan, yang sepatutnya di berikan kepada adik-adik harapan-harapan agama ini.Apa pun perjuangan hidup perlu diteruskan, Peluang begini di harap Allah akan bukankan kembali dimasa akan datang.

Alamat asal tapak :
Embassy Of The Arab Republic Of Egypt, 28 Lingkungan U Thant, Off Jalan U Thant, 55000 KL.


Akhirnya dengan tunjuk arah terbaru… inilah hasilnya:


Kedutaan ini rupanya telah berpindah sejak 5 tahun yang lalu. Saya sempat bersembang sebentar bersama pegawai kedutaan itu.Alamat terbaru :
Embassy Of The Arab Republic Of Egypt, No 12 Jalan Ru, Off Jalan Ampang Hilir, 55000 KL.
Bagaimana pengangkutan kesana yang paling mudah bagi sesiapa yang ingin membuat urusan di kedutaan Mesir ini..:
Anda perlu menaiki LRT dan turun di stesion JELATEK, dan anda perlu mendapatkan texi kearah jalan Ru.Kedutaan betul2 di penghabisan jalan.Dan pondok polis berada di hadapannya. Boleh la melawat untuk siasatan dan bukti lanjut k…:)



Al-Haqirah :Berfikir: mentafsir :

Sabtu, 23 Oktober 2010

Program Intensif Saudara Baru

Alhamdulillah,Segala puji baginya atas kesempatan waktu yang diberikan dapat saya melukis dan menyerikan hidup ini dengan dakwah dan islam agar dapat dimanfaatkan kepada orang lain.Selesai sudah Program Intensif Sudara kita selama 5 hari bermula 16hb(sabtu) sehingga 20hb(rabu) di Pantai Remis,Jeram bersama MAIS.Terima kasih kepada Bhg. Pembangunan Insan(BPI) Shah Alam kerana memberi mandat kepercayaaan sekali lagi selaku Fasilator untuk kali ke-3.Rasa seronok,teruja dan terharu apabila saya diajak sekali lagi terlibat berprogram bersama mualaf sekali.

Wajah-wajah bersih dan sejuk menambahkan keimanan dalam hati.Subur iman bersama mereka.Acap kali diri ini berfikir, bagaimana mereka memeluk islam kerana islam agama sebenar sedangkan ramainya orang islam murtad kejalan kesesatan.Ya Allah berikan hidayah kepada mereka~

Mungkin beberapa corat-coret kami-fasi-fasi bersama mualaf saya paparkan supaya dapat menarik minat orang yang mahu masuk islam, sudah tentu anda akan didedahkan dengan pengajaran dan pengenalan islam yang mudah, dan juga kpada orang islam agar dapat membantu menambahkan keimanan serta menjadi da`e yang dapat mengajak kearah islam sebenar.


Hari pertama (16/10/2010-sabtu)

Sekitar Pendaftaran



LDK 1(Huruf Hija`iyyah)

Berlatih menulis huruf jawi buat kali pertama, bagi memudahkan mereka mengenal dan menyebut huruf-huruf Al-Quran dimasa akan datang.


Hari ke-2(17/10/2010-ahad)

LDK 2,3,(Toharaoh-tayamum,istinjak,wuduk dan mandi hadas)

Berlatih menggunakan bahan(tanah)moden dan asal dan cara mencari tanah sebenar)


LDK 4(Bacaan dalam solat)

Peserta sedang menghafal surah Al-Fatihah…

LDK 5(Pergerakan dalam solat)

Latihan pergerakan solat dalam bentuk solat jemaah)


Hari ke-3(18/10/2010-isnin)

LDK 6(Kisah-kisah nabi)

Bercerita berkaitan sirah bagi memperkenalkan nabi dan rasul dan bagaimana penyebaran islam yang ia adalah agama sebenar dari Allah.

Begitulah aktiviti aktiviti yang melibatkan kami sebagai Fasi.Penat dan sampai hilang suara, tapi amanah ini seronok dan amat teruja sekali.Aktiviti lain-lain diteruskan hari-hari selepasnya.


LDK(Kembara dan Kuiz)

Pelepasan kembara dan mencari check point.

Check poin saya kali ini-Huruf hijaiyyah:


Dah tengok,hafal kemudian tuliskan

Antara check poin lain adalah wuduk,kisah-kisah nabi dan sebagainya.Tentu sekali apa yang telah diajar sepangjang program dan istinjak adalah yang paling kelakar sekali bagi menguji kefahaman peserta berkaitan benda kesat.Macam-macam alat yang dibawa dan ditunjukkan.hrrmmm


Malamnya adalah Kuiz


Hari ke-4(19/10/2010-selasa)

Hari penentu: Ujian penilaian:Lisan dan bertulis.



Akhirnya tugas kami sebagai fasi, menanda kertas-kertas jawapan:


Antara candit-candit lain:

Riadah dan Checken Dance..:)


Solat berjemaah.



2 Big Boss BPI,MAIS melawat check point saya.Ust Suhaimi dan Ust Anuar Haq...huhuhu takut gak.




Antara wajah-wajah yang terpancar nur hidayah dari Ilahi.


2 Big Boss program kali ini:Ust Noor Lee(Ketua fasi) dan Ust Daniel Tan(Ketua Jurulatih)



Wajah fasi-fasi dan uriusetia hari terakhir, ceria,letih dan menyeronokkan...


Tentu sekali program dipenuhi ceramah-ceramah yang diisi oleh panel-panel yang hebat, berkaitan Solat-solat fardhu,Rukun Islam, Rukun Iman dan beberapa slot lagi.



Apapun, terima kasih kepada MAIS Bhg Pembangunan Insan(BPI) Kerana memberikan saya peluang sekali lagi,Terutama Ust Anuar haq dan fasi-fasi yang amat-amat menyeronokkan.Tidak janggal bersama kalian.Rasa seperti keluarga besar dan sahabat seperjuangan.Seronok cara dakwah yang ditunjukkan.Dan harapan diberi peluang sekali lagi dan berkali-kali seterusnya dimasa akan datang.:)


Al-Haqirah: Menyambung amanah Allah seminggu lebih lagi di KUIZM,Gombak sebelum pulang menyambung pengajian ditahun Akhir di Mesir…Rindu Mesir..Rindu maSyaikh…:)


Khamis, 14 Oktober 2010

Bermula satu amanah baru dariNya~


Hampir seminggu berada di Taman melewar.Menjaga Adik-adik Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad.(KUIZM).Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran dengan pentaklifan baru ini.Satu Amanah berharga yang saya hargai.Berkhidmat untuk jemaah.

Bagi sahabat-sahabat yang belum mengetahui, Kolej ini baru pertama kali di buka pendaftarannya pada bulan lalu.I`Allah ada kelapangan saya paparkan sedikit kenangan minggu orentasi kami bersama sahabat-sahabat mesir yang menjadi fasi bagi generasi pertama ini.

Mengambil alih bangunan Markaz Pas Pusat di Taman Melewar yang telah berpindah ke Lorong Haji Taib sekarang ini,Menjadi satu harapan Pas Pusat dengan tertubuhnya Kolej ini sebagai wasilah penyambung perjuangan dan tarbiah Pas Pusat untuk generasai yang akan datang.

Agak gementar menerima pentaklifan ini , diri ini punyai kelemahan berlipat ganda, mungkin sahabat-sahabat ada beberapa cadangan yang boleh kita kongsi bersama bagi menyemarakkan tarbiah dan semangat perjuangan agar dapat ditanam dalam diri adik-adik ini.

Kebanyakan mereka berusia sekitar 16-25 tahun bakal mendukung peranan sebagai pelapis perjuangan Pas akan datang.Pastinya mereka ini sedia berkorban dan berkhidmat memandangkan KUIZM terletak betul-betul dibawah naungan Pas Pusat.
Mohon doa kalian menyemarakkan roh-roh mujahid dan mujahidah disini agar keberkatan dan rahmat Allah melingkari hari-hari mereka disini.

Kunjungan Ketua Muslimat PAS,Umi Salbiah amat-amat kami hargai,dan sapaan salam Ukhuwah dari Nisa` kawasan Batu amat-amat kami nantikan.I`Allah usrah dan Program nisa` Batu akan dimeriahkan dengan kehadiran adik-adik akhawat KUIZM ini.Terima kasih semua.

Tit.Tit.satu sms masuk.Tapi hati ini berduka cita setelah membacanya.Jemputan Usrah malam esok (Jumaan)dari wakil Nisa` Kuala Langat, tempat kelahiranku terpaksa di tolak memandang kan amanah baru ini mengharapkan khidmat di kawasan ini.Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Nisa` Kuala langat, saya amat-amat menghargai undangan kalian.I`Allah di kawasan ini saya akan melibatkan diri dikawasan `sementara` ini, Nisa` Batu bersama ketua nisa` kak syutina telah kami ketemui.Terima kasih semua.Saya menjemput sahabat-sahabat nisa` untuk datang menziarahi adik-adik KUIZM dikawasan ini.I`Allah kami sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan anda.

Al-Haqirah:Balasan SMS Nisa` K.Langat:`Tak mengapa,Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung`~Rasa terharu sngat:'(

Ahad, 10 Oktober 2010

Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain

alt

Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik.

Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.

Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?

Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah?

Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.

Dimanakah malu seorang muslimah?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."

Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?

Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.

Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?

Wahai muslimah,

Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.

Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." -Riwayat al-Thabarani

Sebahagian pembaca silap faham dengan berita yang dibawa. Teguran yang kami ingin tekankan adalah muslimat yang menjerit-jerit ketika konsert.

Ayat "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik" adalah ayat pendahuluan.

Penekanan berita ini adalah "bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?" sepertimana tajuk berita "apabila muslimah terjerit-jerit semasa konsert Maher Zain."

Namun bagi mengelakkan salah faham akan datang, ayat pendahuluan disunting menjadi "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik."

Kami mencadangkan agar untuk konsert-konsert Islam seperti ini, para penganjur atau artis itu sendiri perlu mengingatkan penonton agar menjaga akhlak.

Moga-moga konsert seumpama itu mampu melahirkan keinsafan di kalangan penonton dan bukan sekadar menjadi medan melepaskan rindu kepada artis. -Editor

Pesanan Editor
*Summber :http://www.iluvislam.com
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...