Isnin, 4 Ogos 2014

Bagaimana mengintai hati yang mati...

BismiLLahirrahmannirrahim
ALLahumma Solli `Ala Sayyidina Muhammad..


Saban hari lambakan hiburan dilayarkan di hadapan mata, seolah ianya bukan lagi perhiasa zinniyyah kehidupan, akan tetapi kehendak dan keperluan. Jika satu hari tanpanya seakan jiwa kosong..sedari alunan muzik hingga ke lakonan layar, seakan menjadi kewajipan hamparan mata sehari-hari..dan akhirnya mekar iman dalam hati semakin layu dan menguncup..


NOTA HARI INI

Jika hari ini, jiwa sukar untuk berzikir, intai-intai hati..
adakah telah mati jiwa ini..

Jika hari ini, lafaz zikir SubhanaLLah Wal HamduliLLah Wala ilaa hailaLLah Allahu Akbar usai solat seperti air yang mengalir deras tanpa rasa..intai-intailah hati..
adakah mungkin telah mati jiwa ini..

Jika hari ini, waktu solat seumpama batu bebanan terhadap diri, intai-intai hati..
adakah mungkin telah mati jiwa ini..

Jika hari ini, keberatan menadah Al-Quran, mengalun ayat-ayat Allah itu juga sukar dilakukan, intai-intailah hati..
adakah mungkin telah mati jiwa ini..

Jika hari ini, segera menukar siaran rancangan agama kepada yang lain, intai-intailah hati..
adakah mungkin telah mati jiwa ini..

Jika hari ini, jiwa sering resah gundah gulana, intai-intailah hati..
adakah mungkin telah mati jiwa ini..

Allah..pemilik dan pencipta hati..
adakah mungkin telah mati jiwa ini..
Ampunkan kami..
Redhaii kami..


link : http://www.youtube.com/watch?v=l6kM-J0KVhU

p/s : Meniti hari menuju ilahi adalah sukar dan penuh onak duri..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...