Isnin, 22 Disember 2008

LINA JOY....


Kes Lina Joy -

Lina Joy gagal dalam rayuan terakhir untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ dari kad pengenalannya. Keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan yang menegaskan keputusan
Jabatan Pendaftaran untuk tidak membenarkan perkataan Islam dipotong adalah muktamad.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.
Lina adalah penganut Islam yang murtad setelah membuat pengumuman keluar dari Islam, serta menukar namanya daripada Azalina Jailani kepada Lina Joy .


KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA

Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes Murtad Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur,

serta,
(2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;

1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan oleh Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang dijalankan dengan rapi.
2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.
3. Kehadiran untuk kedua program diharapkan sepenuhnya & menjadi fardhu kifayah untuk bertindak.

LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang terlibat.

2. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.

3. 3 faktor yang telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan
perkataan Melayu, iaitu;
Bercakap Melayu
Beramal dengan budaya Melayu

4. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

5. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1. Nama asal: Azlina Jelani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.

2. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

3. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

4. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.


FAKTA KES

1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam.

2. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
(untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak).

3. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.

4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad),
dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

5. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah.

6. Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan pembela kepada Lina Joy.

7. Pada awalnya ketiga Hakim yang mendengar kes.
Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh Hakim yang terlibat.

8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

10. Isu Mahkamah Syariah sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah sudah tidak relevent.

a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

b. Semua badan-badan Islam tidak relebvent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.


MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.

2. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

3. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang bergama Islam.

4. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar yang mana ia mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.

5. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

6. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

7. www.becketfund.com menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

8. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
Majlis Peguam (Bar Council)
Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh.
Malaysian Women Power Organization
National Council of Women Organization
All Women Action Society
Sister in Islam
Women Health Organization
Women Council of Change
Women Developmen for Change
Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)

9. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a sub-sivilience to constitution…”


TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

Antara ahli jawatankuasa yang dilantik adalah;
Dato Dr Zaiton Osman
Dato Abu Zahar
Dato AinuddinZulkifli Nordin
Tuan Haji Mohd Buruk
Pak Wan Chik Marican,
Peguambela bagi Pihak Negara Baharuddin
Sabki YusufRadhi,
Setiausaha NGO Melayu Zainddin Ismail
Kamar Ainiah
Zainur Ridaun
Shamsuriya
Azril AbimRaja Mustafa


2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

3. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini. Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya. Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku.
Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm.
Semua dijemput hadir

5. Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.

8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

ttp://pemudabukitkatil.blogspot.com/2006/07/kes-murtad-azlina-jelani-lina-joy.html



Kesan Kes Lina Joy kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan

Implikasi Kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara & Kerajaan Persekutuan di hadapan Mahkamah Persekutuan

Hakim:
Tun Ahmad Fairuz bin Sheikh Halim
Datuk Allaudin Sheriff
Datuk Richard Malanjun

Permohonan untuk pemansuhan (deletion) perkataan “ISLAM” sebagai agama dalam kad pengenalan Lina Joy.
Permohonan ini ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Isu:

Samada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan.
Ini adalah kes pertama isu Artikel 11(1) dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan.
Kes ini menarik perhatian ramai dan Lina Joy menerima sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain).


Kesan kepada status dan peranan “ISLAM” di dalam Malaysia.

1. Artikel 3 : Islam sebagai Agama Persekutuan akan tidak bermakna sama sekali kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain.

2. Mengikut Perlembagaan, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain. Contoh, Artikel 12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain akan terhapus.

3. Artikel 11(4), kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kes Lina Joy dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam.

4. Artikel 160 — MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan kes Lina Joy bermakna membuka ruang untuk bangsa Melayu dihapuskan. Ini juga bermakna orang Melayu yang dibenarkan murtad secara automatis melupuskan status, hak-hak dan keistimewaannya sebagai Melayu.


Kesan kepada Institusi-institusi di bawah naungan Raja-raja Melayu

1. Kes Lina Joy mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja¬raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

2. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.

3. Seseorang Melayu Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsiran dia sendiri, dan tidak ada mana-mana institusi seperti Majiis Raja-raja, Majiis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam dll. tidak ada hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan Agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mana-mana individu beragama Islam seperti berkhalwat, berzina, minum arak dsb.


http://www.abim.org.my/component/content/article/28-artikel-pilihan/92-kesan-kes-lina-joy-kepada-artikel-11



LALU APA TINDAKAN KITA!!!!
APA PERANAN KITA!!!!



p/s :Perjuangan asasi VS Perjuangan Islam??????

Sabtu, 1 November 2008

Masa

Salam...
nampak gaya macam tak de respon je dari mana-mana pihak...
tak pe-tak pe orang tak kenal lagi...
:[...

Dah dua keluaran berbentuk bahan ilmiah..la ni nak tulis sempoi-sempoi pulak..
saya ni bukanlah skema sangat :D....
Alkisahhhh..
hidup di bumi mesir ni letih..
selalu mengadu dengan guru yang mengajar saya...
`penat istiqomah letih mujahadah`...
saya akan minta sume mualim-mualim saya untuk doakan kekal istiqomah agar tak futur di tengah jalan...

Alhamdulillah bukanlah bagus sangat tapi rasa hidup dekat sini berguna dan terisi tanpa ada sebarang sebarang masa yang tidak di gunakan untuk tiada sebarang aktiviti...

Saya suka mulakan hari dengan hari ahad sebab hari tu hari pertama minggu kuliah di buka...
Lepas subuh kelas di rumah BKAN.Kemuadian keMadrasah Imam Syafi`e anjuran PMRAM.itulah jaduah tetap bermulanya hari-hari dalam 1 minggu...

Ke mudian p kuliah sampai hampir asar.kemudian menuju `kuliah` Masjid Al-Azhar pulak.Pas asar kalau hari Ahad ada kelas dengan Syaikh Ahmad Hajain.dari pas Asar sampai pas Isya`.Kitab IHYA` ULUMUDDIN,HASYIAH BAIJURI,dan terbaru IQNA` bab muamalat selepas Isya`.

3 Hari spend masa untuk diri .Kerja persatuan.N pulun kitab kuliah.Saya di taklif sebagai Timb. Unit R n D(Resource and Develop) Dibawah Badan Pendidikan PMRAM.Letih ooo...Nak pikir macam mana nak bantu tingkatkan akademik bersama-sama.Insya`Allah akan mula baca kitab usul fiqh dengan sorang guru ni.

hari khamis pulak pas Asar ada kelas ALFIAT IBNU MALIK(SYARAH IBNU A`QIL) di Masjid Al-Azhar.La ni tengah cuba nak istiqomah p halaqoh zikir Sykh Yusuf Kanada pas Isya` pulak....

Hari jumaat pulak pagi ada Liqo`.WAJIB P TAU... medan curah ilmu ....
kalau sempat ziarah Maqam Imam Syafi`e....Pas solat Jumaat kelas dengan sy.Ahmad lagi kitab IQNA`. Sampai.... asar.

Hari Santu pulak kelas SOHEH BUKHARI sampai zohor.Pas Zohor kelas Sy. Ahmad lagi.Kitab Taj al-usul(kitab yang kumpulkan hadis-hadis dari sunan sittah suma ikut bab),kemudian kitab Usul fiqh dan Baijuri...

Habis seminggu saya sepanjang berada di bumi mesir ini...
Ni letih baru balik dari kelas la ni...
nak kongsi bersama pembaca-pembaca

NABI bersabda Orang yang Muflis di Akhirat kelak adalah orang yang tak nak mengambil (kesenangan/kebaikan) yang ada di depan mata...

Tak kira di mana sahabat-sahabat berada isilah masa lapang sebelum sempit...
gunakan masa muda sebelum tua...
k..
jihad fi sabillilh.....

salam......

Rabu, 15 Oktober 2008

Dia Pewaris Muhammadi(Bhg 2)

Salam,
Menyambung catatan saya berkaitan 'Mencari Pewaris Muhammadi'.....

Catitan saya bermula dengan kisah seorang Mujahid .
maka di mana kesinambungan antara mencari pewaris muhammadi denagn seorang pejuang mujahid.
Adakan hanya keinginan mati fi sabilillah,menegakkan maruah islam atau hanya sebagai memenuhi tuntutan...
Bukanlah ingin bercerita berkaitan peperangan dan pertempuran sebenarantara pedang dan pedang tapi waqi` sekarang bukanlah menjadi medan pertempuran utama ketika ini pada peperangan rialiti tapi pada peperangan hissi dan maknawi....

Saya ingin mengaitkan dengan tolibul ilmi
Maka apa kaitan dengan tolibul ilmi?

Seorang Mujahid sejati yang ingin bertempur haruslah dia mengetahui posisi mana yang terbaik harus dia berdiri.
sebagai panglima yang gagah berani atau pemanah yang handal.Setiap satu sudut dia berdiri amat-amat menyumbang kepada kemenangan pesukan walaupun hanya prebet yang tidak di kenali.
Seharusnya sebelum menjadi panglima berkuda yang handal ataupun pemanah tepat melepaskan anak panah dari busurnya,maka dia perlulah mempersiapkan diri dan mengetahui kelemahan dan kekuatan diri dan lawan disamping tahu akan teknik-teknik yang berkesan.
Maka penting bagi dia mencari guru @ mursyid yang melatih teknik sebenar menjadi penempur hakiki dan maknawi.
Maka janganlah disibuk asyik memikirkan zinnah-zinnah perhiasan diri.Pedang emas bertakhta permata mahupun baju besi di saluti perak)....


Di sini saya menggariskan 5 perkara utama yang ingin saya ketengahkan sepanjang catitan tadi...

1)Posisi dai` kita dalam masyarakat.
2)Pengetahuan & Malakah Ilmu.
3)Teknik yang berkesan.
4)Petunjuk Mursyid
5)Zinnah duniawi(harta pangkat & wanita).


Dimana saya perkatakan???Bila????
bacalah sekali lagi.... ;)
Fatahallahualaik....
salam

Rabu, 24 September 2008

Mencari Pewaris Muhammadi


Alhamdulillah.Jazakumullahukahiran Kathira.A`la Muhammadin S.A.W. wa ahluhu kaira.
terlaksana sudah hajat memiliki blog peribadi sebagai makanisme medan dakwah moden.
Bermulanya tapak perjuanagn dalam dunia dakwah setelah sekian lama terkapai mencari medan pertempuran mana paling sesuai untuk saya mula melangkah hayunan pertama.
Saya mula dengan tinta semangat mujahid kepada siapa yang merasakan dia layak di gelar pewaris muhammadi.
Sekarang sedang hangat dengan kes di Palastin dan Mesir.Ayuh semua kita doa mujahid-mujahid islam terus mempertahankan islam.ALLAHUAKBAR
Maka siapa yang saya maksudkan `pewaris Muhammadi`.........
Apa yang dimaksudkan dengan pewaris Muhammadi.......
(bersambung....)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...