Sabtu, 11 April 2009

20 Fakta Wanita…..

20 Fakta Wanita…..

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.....

2. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

3. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5 Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
.
6. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

7. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

8. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

9. Wanita selalu tergolong manusia halus, lembut dan beremosi…jaga-jaga…

10.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan, tetapi dia tidak bisa melupakannya

11 Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya

12.. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya..

13. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang lelaki.

14. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

15. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

16.. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

17 Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi seorang wanita.

18. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan

19.. Jangan menyalahkan perasaan wanita kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai lelaki.

20.Sesungguhnya wanita paling mudah memasuki syurga dan paling banyak menghuni neraka.


Al-Haqir :untuk keluaran akan datang saya cuba muatkan berkaitan wanita dan kedudukanya di sisi islam.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...