seorang pengembala kambing membawa kambingnya berjalan melalui sebatang jalan yang lurus.Dikiri dan kanan jalan terdapat pelbagai tanaman yang enak-enak sedang membuahkan hasil.Jauh sekali untuk memandang kearah tanaman,kerana takut dan patuh kepada tuannya kambing-kambing itu tetap setia berada dibelakang barisan tuannya.
sampai suatu ketika,Si pengembala kambing itu mengantuk lalu tidur dan berselubung 7 lapis selimut.Dengan peluang keemasan yang ada,kambing-kambing itu segera meluru kearah tanamam-tanaman itu.Maka berseronoklah makan dan merosakkan tanaman itu.
Kemudian...seorang pemuda melalui jalan itu. seraya menjerit..
`Hei kambing...`
lalu dia memasuki kawasan tanaman untuk menagkap kambing-kambing itu.kemudia diletak di tengah jalan.seterusnya dia memasuki kawasan tanaman dan menangkap seekor lagi sedang yang dijalan yang telah ditangkap kembali berlari memasuki tanaman.Begitulah keadaan seterusnya.
Beberapa ketika....datang pemuda kedua.
`hei buat apa?`
`ni tangkap kambing.kambing-kambing telah merosakkan tanaman orang`
`ok.aku tolong`
pemuda kedua pun melakukan perbuatan seumpama pemuda pertama.Tetapi hasilnya juga sama seperti pemuda pertama.Kambing yang telah ditangkap dan diletakkan di tengah jalan kembali meluru kearah tanamam sedang mereka sibuk menagkap kambing yang lain.
kemuadian..lalu seorang alim dijalan itu.
`wahai pemuda-pemuda.apa yang kalian sedang lakukan?`
`Kami sedang menagkap kambing.kerana kambing-kambing ini telah merosakkan tanaman orang`
`tidakkah kalian sedar bahawa kalian juga telah masuk kekawasan tanaman dan merosakkan tanaman-tanam itu seperti kambing?`
Lalu orang alim itu berjalan kearah si pengembala dan mengejutkan sipengembala itu tadi.
`hei,bangun..kambing-kambing kamu sedang merosakkan tanam orang`
Terkial-kial si pengembala kambing bangun.
Lalu dia bertepuk tangan `tap.tap` Berlari semua kambing meluru kearah tuannya. kedua-dua pemuda tadi tercengang-cengang.
taklikan....
si pengembala kambing : hati kita yang telah di selimut dengan 7 lapisan nafsu
Nafsu terbahagi kepada 7 iaitu :Nafsu Amarah,Nafsu Lauwwamah,Nafsu Marhamah,Nafsu Mutmainnah,Nafsu Raudhiyyah,Nafsu Kamilah,dan Nafsu Mardiyyah.
kambing :Umpama anggota-anggota badan kita yang akan mengikut dan terjerumus kelembah hawa nafsu andai tidak bersatu bersama hati yang dipenuhi cahaya keimanan.
2 taman dan sebatang jalan di tengah-tengahnya :Jalan yang lurus yang telah disedikan untuk kita yang dihiasi disekelilingnya hawa nfsu dan nikmat dunia yang sementara dan melalaikan.Kerana tidurnya hati yang beriman seluruh anggota mudah terjerumus kearah kemaksiatan dan jauh dari Allah.
2 org pemuda : seumpaan diri kita yang kononnya ingin mengislah masyrakat tetapi sebenarnya menyebabkan masyarakat semakin rosak dan kita juga turut terpalit bersama mereka.Begitu juga perumpamaan pemuda kedua,tanpa mengetahui manhaj sebenar kita hanya mengikut dengan penuh semangat turut sera kemedan perjuangan.Sedangkan tiada pemahaman yang betul.Semangat semata-mata,hanya mengikut orang sekeliling berjuang terus berjuang tanpa maqasid sebenar.
Orang alim : Umpama mursyid,menyedarkan hati-hati agar kembali kejalan yang lurus.
Muhasabah bersama...
kita biasa mendengar `Nahnu warathatul ambiaya``ta`murunabil ma`ruf watanhauna `annil munkar`.
Tapi adakah kita sedar bahawa kita sendiri kadang-kadang yang menyebabkan orang sekeliling melarikan diri dari kita dan akhirnya lebih lagi membuat kemungkaran seperti perbuatan kedua-dua orang pemuda tadi.Kononnya ingin mengislah akan tetapi sama membuat kerosakan.
seumpama seorang ibu yang menyuruh anaknya menunaikan solat.Dibentak,dimarah dan dipukul anak itu kerana keengganan nya menunaikan sembahyang.Tapi adakah ibu tadi sedar bahawa dia tidak pernah mengajar anaknya cara berwuduk.cara sembahyang dengan betul,cara bacaan-bacaan didalam solat.Maka siapa yang lebih berbuat kemungkaran?
Begitu juga kita,kononnya ingin mengislah masyrakat kearah daulah islamiah,akan tetapi kerana tidak kena cara,uslub dan pembawakan Da`ie yang sebenar sebenarnya yang menyebabkan mereka lebih lagi ingin lari dari kita.maka siapa yang lebih membuat kemungkaran?
Maka ianya sebagai muhasabah diri saya terutamanya bahawa dakwah itu definisi yang universel.Boleh juga disimpul dengan beberapa perkara:
- Mursyid :supaya pegangan kita tidak menyimpang dan sentiasa ada yang akan menegur setiap perbuatan kita.Berguru dengan buku-buku semata-mata adalah salah.
- Ilmu :Hanya ilmu senjata setiap keadaan.
- Amal :sudah tentu pengalaman sebagai salah satu amalan zahiriah.Ilmu yang tidak diamalankan laksana pokok yang tidak berbuah.yang tidak mendatangkan manfaat kepada orang lain.
Dan akhir sekali,Penda`ie perlulah faham dan tamam 5 prinsip dakwah:
- Penda`ie
- Mad`u`
- Maudu`
- Method dakwah
- Uslub dakwah
semoga ianya memberi manfaat bersama.
4 ulasan:
Assalamualaikum:
Allahu Allah..sebuah kisah yang mendalam maksudnya bagi yang sentiasa mahu berfikir..Mabruk min ahlihi wa mabruk a'laiki :)
Ya, rosaknya masyarakat kerana tiadanya ulamak yang murabbi begitu juga rosaknya masyarakat dengan ramainya ulamak tetapi tidak bersifat murabbi..
Pejuang agama Allah ta'ala yang hanya berlandaskan semangat semata-mata tanpa menitikberatkan ilmu cukup ana khuatirkan apabila Islam yang mahu dibawanya bukanlah kehendak Allah taa'la tetapi hanyalah Islam pada ideologi si pembawa(pejuang tersebut)..
P/S: ana teringat dan sangat suka apabila Syeikh Ahmad Al-Hajin sangat meraikan dan tidak memperkecilkan soalan-soalan dari seorang pak cik yang turut sama dalam halaqah pengajian di Masjid Al-Azhar walaupun soalan-soalan adanya lucu tapi sangat diambil berat serta diberi jalan penyelesaian oleh Syeikh Ahmad Al-Hajin(contoh ulamak murabbi bagi ana)..
Salam.
syeikh seorang yang tawadu`.Buktinya..walaupun lebih hebat dari kita tapi syeikh tetap minta ank muridnya doakannya.Itulah murabbi.contoh qudwah hasanah.Murabbi yang mudah didekati dan setia mendengar...
BarakaAllahu,wa Barik umruhu,wadkhulhu ma`a Aulia`i solihin..Amin...
salam..
kalau ada kisah2 yang menarik lagi, harap dapat kongsi yer..=)
InsyaAllah.
Moga Ilmu dan Ilham dariNya kita sama-sama kongsi
Catat Ulasan