Rabu, 5 September 2012

Bila nafsu terus membisu

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Selesai sudah kita keluar dari Madrasah Ramadhan. Terasa Ramadhan sangat Istimewa dan teramat Istimewa.. Jika bulan-bulan lain, mungkin amal ibadah kita sekadar 2 ke 3 bintang sahaja..tetapi Masya-Allah bila tiba Ramadhan terasa seolah dipinjamkan Allah suatu kekuatan melonjakkan tangga amal ibadah yang boleh mencecah 10 bintang hebatnya!!!.. Masya-Allah..Terima kasih Allah..

Sukar sebenarnya bagi mengekalkan momentum ibadah, kadang-kadang tercari-cari sendiri dimana hilangnya kekuatan dan semangat Ramadhan-Ramadhan yang lalu..

mungkin sedikit kata-kata semangat yang Allah telah pinjamkan sebentar cuma ini untuk anda memilih antara terus termenung berfikir kemana hilangnya momentum-momentum semangat  tersebut atau terus berusaha melawan nafsu..

" Allah akan memilih insan istimewa ketika mana hamba tersebut mahu berusaha menjadi terISTIMEWA disisi Allah "

" Fitrah nafsu itu memang tidak mahu kepada ketaatan, oleh itu samaada kamu mahu berdiam bisu bersama nafsu atau membisukan nafsu dan terus melakukan ketaatan "

" Semangat sahaja tidak cukup untuk suatu pengabdian, jam loceng berdering membangunkan tahajjud sahaja tidak cukup jika kamu tidak bangun mengambil wuduk dan berqiamulail, sedang kamu sendiri tidak sedar kamu telah dipilih Allah untuk berada dekat disisinya tetapi kamu yang mensiakan peluang tersebut dengan berpaling melayan nafsu mu "

mode : nak buang sawang;)..step by step...keep writing..^_^ AllahuAkhbar!!

Ahad, 20 November 2011

Sebuah kepercayaan


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Setiap degup jantung bergetar pabila mendengar namaMu..
Moga rasa cinta ini tidak Engkau padam
kerana ia adalah sebuah kepercayaan rasa cinta yang Engkau anugerahkan pada ku
akan aku tautkan, pautkan, ikatkan..berjanji setia..percaya dan menyerahkan semuanya pada tangan Mu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berjanji Setia

Menjadi pendengar setia bukanlah suatu perkara yang mudah
cuba menyelamai, memahami, meneliti dan merasa sakit bersama itu lah yang paling sukar sebenarnya.


`dia janji setia kak..` ucap seorang wanita muda kepada saya.
Senyuman terukir manis di bibir ini. Air mata juga turut mengalir memahami rasa dengannya.

`adik..pernah berjanji setia dengan Allah tak?? ketika mulakan perhubungan dulu..pernah berjanji dengan Allah untuk serahkan segala takdir pada Dia tak?? Setia manusia apalah ada dik..masakan suami isteri boleh berpisah, inikan pula sebuah ikatan janji..`

Air matanya bertambah laju. Sayu hati memandang..

`akak..letih tak terkira kak..` tersedu-sedu wanita manis itu mengadu di depan saya tempohari..masih segar, masih basah usapan tangan ini di pipinya..lantaran air mata sendiri jatuh bersama memahami dan merasai kesakitan yang dirasa..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam menunjukkan pukul 2 pagi..mengedit blog terbaru Dewan Muslimat di bawah Lajnah Tarbiyah PAS Pusat ..saya merasakan duduk di depan laptop ini berjam-jam lamanya..sedari malam semalam. Dari pra halaqah di Pejabat Agong..memanjang sehingga 3 pagi kami menyiapkan kerja-kerja tertunda untuk unit Tamrin, unit seketariat dan APSA..menyambung dari pukul 12 tengahari sehingga sekarang..
Masya-Allah..kekuatan itu bukan kepunyaan ku sebenanya..tetapi Allah yang beri..

Lantara merasa ingin mencoret sesuatu sebagai peringatan lelaki dan wanita..sebagai peringatan teruna dan dara, sebagai peringatan diri ini dan buat teman yang akan `dipilih` oleh Allah nanti..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebuah janji sebuah kepercayaan

Sepanjang saya pulang sedari Ramadhan yang lepas, seakan Allah sering mendatangkan kapada saya perihal cinta dua hamba, lelaki dan perempuan, teruna dan dara..hal gembira tentu sekali..hal sedih pasti ada..

Benarlah..wanita itu umpama kaca..mudah retak dan pecah berderai..
air mata dan kesabaran nikmat Allah ini memang wanita berada pada kelas tersendiri..

lalu...
Dan demi peringatan saya sebagai seorang wanita kepada kamu seorang lelaki :

Wahai lelaki,
Kita sama hamba,
kita sama dianugerahkan satu rasa
rasa ingin berteman dan berpasangan
lalu kamu mencari wanita sebaik khadijah
sedangkan engkau tidak sehebat Muhammad
lalu engkau dambakan wanita sehebat Fatimah
sedangkan malumu tidak sehebat Ali

Oleh itu,
hormati kami sebagai wanita
yang ingin mempertahankan mahkota kesucian agama
bantu kami..
dan...
tunggulah kami diakhir pintu mujahadah
pintu nurcahaya akad nikah denganmu


Wahai lelaki
sebuah kepercayaan telah kami beri
sebuah anugerah kami korbankan
untuk engkau mengerti
janji itu bukan murahan
nilainya tidak dapat dibayar ganti rugi
walau satu dunia engkau beri

Oleh itu..
Amanah dan setialah pada sebuah janji
kerana itu sahaja hadiah teristimewa
seorang wanita buat suaminya
didunia dan disyurga untuk kita kekal bersama


Wahai lelaki
kesetiaan kami bukan mainan
kesabaran kami bukan pertaruhan
kerana iman dan ketaqwaan telah kami letakkan
dari Allah engkau didatangkan
lalu mujahadah ujian Allah di hadapan kami selama ini


Oleh itu
Hargai kepercayaan kami
selamilah kesabaran kami
rasai selalu penantian kami
kerana kami percaya Allah yang mendatangkan
Seorang lelaki yang akan menjaga agama dan masa depan kami


Wahai lelaki
Andai kami dipilih kerana agama kami
untuk membantu masa depan kamu
berjalan seiring di medan perjuangan kamu
lalu hormati pendirian kami
lalu fahami peraturan kami
lalu selami batasan kami dan kamu

Oleh itu,
kami akan hadiahkan kepada kamu
sebuah janji setia,
sebuah penantian yang tidak sia-sia
untuk kami menjadi teman sejati yang akan setia hanya milik kamu


cuma..
percayalah,
yakin dengan nama Tuhan kita..
dan setialah..
Maka hargai anugerah kami


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

betullah kata orang : penantian satu penyiksaan
tapi rupanya sabar itu ada ganjaran..
lalu sebagai manusia :

sabarlah wanita dan lelaki..
ikatan itu ada batasan
pelayaran pernikahan kadang-kadang penuh onak dan duri..
andai kamu berjaya mengatasi
sebenarnya hadiah kebahagiaan Allah akan beri

dan setiap kamu ujian berbagai-bagi
tapi sebenarnya dari Tuhan yang satu
Untuk Allah beri peringatan
`Takutlah pada Aku...`

sabarlah wahai wanita,
yang dikhianati dan tidak di hargai
kerana pilihan Allah di atas setiap sesuatu
penantian mu, kesabaran mu, pengorbanan mu dan mjahadah mu
itu juga Allah yang beri...


Monolog : pilu dihiris itu hanya~Allah yang tahu~


~Mukim Tarbiah~
~Taman Melewar~


Ahad, 23 Januari 2011

10 : Al-Kalam~

Dengan Nama Allah Yan Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang amat berharga yang perlu dijaga oleh para da`e terutamanya dan pada muslimin dan muslimat secara umumnya.


1)Kalam hikmah : Diam yang lebih banyak dari berkata-kata.Satu tuntutan pada yang memahami bahawa hikmah itu salah satu ma`ifat Allah.

2)kalam Toyyib (kata-kata yang baik) : Satu tuntutan pada setiap individu muslim agar mengeluarkan kata-kata yang baik yang boleh membawa diri dan pendengarnya kearah mendekatkan diri kepada Allah.

3)Kalam Anbia` : kalam yang keluar dari pada bibir seorang nabi sebagai perantaraan dari Allah.(Wahyu).Dan ia adalah tuntutan wajib keatas setiap individu muslim mematuhi dan menjauhi larangannya.

4) Kalam Tawadu` : `…ooo..macam tu ke?` but in deep inside, he/her knowing already.

Dalam erti kata yang lain : menyembunyikan kepandaian dan kebijaksanaan sebagai hiasan ketawadukannya dengan ilmu.Dan sesungguhnya, perhiasan orang berilmu itu adalah tawadu`.

5)kalam kasih sayang : J..sesungguhnya kalam ini amat dituntut oleh Rasulullah kepada umatnya untuk dizahirkan kepada yang lain.Iaitu menunjukkan dan memberitahu kata-kata..`aku sayang kamu kerana Allah..`dalam hadisnya.(`Ana uhibbuk fiLLAH..)~But syaratnya..mesti sama jantina dan sejenis.N lafaz bermaksud halal.Not for lesbian or gay.

6)kalam munajat : saya paling suka kalam ini.Andai anda ingin mengetahui bentuk-bentuk kalam semacam ini, bolehla membaca kalam Hikam Ibnu A`toillah.Sungguh meruntun jiwa…Ya Rabbiiii.Ya iLAHIii…

7)Kalam Jidal(Perdebatan) : kalam ini kompleks difinisinya.Kdang-kadang manusia kata ini jidal.Kadang-kadang katanya, bertukar pendapat.Hati masing-masing Allah lagi tau kan..

Yang pasti orang islam kene mengusai kalam jenis ini bagi mempertahankan Islam dari dihina dan dipijak.Takbir!AllahuAkbar!

8)Kalam Ego dan Riak : `..ooo..saya dah tau dah tu…` but deep inside his/her heart, that firts time he/her even know.

Dalam erti kata yang lain : Bodoh sombong.

: menceritakan amalan dan kelebihan sebagai tanda memperlihatkan kelebihan dan keistimewaannya kepada orang lain.Nau`zubillah.

9)Kalam hinaan :`..dia tu memang macam tu..` Dengan bermaksud memberitahu keburukan orang yang dituju itu.Hati-hati..kadang-kadang kita tanpa sedar sering melontarkan bahasa-bahasa penghinaan seperti ini..Allahummah Fazna~

10)Kalam sia-sia : berkata-kata perkara yang tidak mendatangkan faedah.Malah ada jenis-jenis ini yang membawa kearah keburukan contohnya fitnah, mengumpat dan sebagainya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Daripada kesepuluh-sepuluh kalam diatas, kita dapat lihat sebenarnya jenis kalam yang baik adalah lebih banyak bentuk dan gayanya berbanding kalam yang tidak baik…

Lalu kenapa amanusia seringkali memilih untuk mengucapkan kalam yang tidak baik..

Dan perlu diingat setiap manusia sememangnya tidak sempurna.Kita bukan Nabi yang terjaga lidah dan hatinya dari perbuatan munkar..Lalu sebagai individu muslim, adalah wajib untuk menyembunyikan keburukan individu muslim yang lain.Hak dia untuk ditutup aib dan kelemahannya dan hak dia untuk diberi peluang berubah tanpa diungkit kesalahan-kesalan lalu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Seorang sufi apabila bermunajat beliau mengucapkan : Ya Ilahi jagalah lisan lidahku dan lisan hatiku dari pengucapan yang tidak sukai…

Lisan lidahku~:Kalam-kalam zahir yang dapat didengari pengucapannya yang berbentuk keburukan dan kerendahan martabat orang yang berkata-kata itu.

Lisan Hatiku : Ahli sufi mengganggap hati adalah satu kehidupan yang hidup sama seperti luaran.Padanya mempunyai taman-taman hiasan iaitu iman dan ketaqwaan.Padanya juga mempunyai kehidupan iaitu ilmu dan amalan sebagai makluk yang sentiasa tumbuh dan membiak.

Maka sangat penting bagi mereka menjaga hati dari perkara-perkara yang dapat merosakkan dan menggelapkan pancaran nur Ilahi ini.

Inzarlah dan berhati-hatilah, kerana kalam ini Allah mengetahuinya.Mungkin tinggi martabat kamu disisi manusia, tapi dengan sebab kehidupan hati begitu, anda adalah rendah martabat disisi Allah.Dan tidak ada mertabat yang rendah dan yang paling hina kecuali apabila telah dipandang rendah oleh Allah.Nau`zubillah


Allahummah Fazna Alsinatina, wa min baini qulubina…

Ya Allah, Engkau jagalah lisan-lisan kami dan apa yang ada dalam hati kami~aMeeN~


Kalam yang baik akan mendatangkan rahmat pada pemiliknya

Kalam yang buruk akan mendatangkan Laknat pada pemilikknya.

Dan kalam yang baik akan membawa pemiliknya ke syurga.

Dan kalam yang buruk akan membawa pemiliknya keneraka.Nau`zubillah Ya Rabb..



Al-Haqirah : Maaf andai diri ini pernah menggurismu kerana Lisanku ini…

Isnin, 6 Disember 2010

Lazzatul Ibadah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Saya adaptasikan tajuk kali ini dari kitab yang saya milikan.Semoga kitab ini gembira dan sentiasa berdoa agar saya akan menghabiskan bacaan dengannya.Amin~


Kisah deria dan pemiliknya.

Seorang pembuat kek membuat kek coklat yang sangat sedap berbentuk hati.Lalu di suakan kepada 3 orang pelanggan yang setia berkunjung ke kedainya dan amat-amat dia cintai, supaya pelanggan yang dikasihi tadi menikmati kek hati yang istimewa buatannya.



Pelanggan Pertama seorang pakar dalam bidang masakan, apabila memakan sesudu kek lalu berkata :

Saya merasakan satu kesedapan dan keenakan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.Ini adalah kek yang sangat sedap sekali.


Pelanggan kedua pula terus mencuba apabila mendengar kata pelanggan pertama tadi.Kemudian dia mencuba untuk kali kedua barulah dia menggangguk dan bersetuju dengan apa yang dikata oleh pelanggan pertama tadi.

Lalu dia memberikan pandangan : Setelah mencuba beberapa kali, baru saya memahami dan menikmati kata-kata yang di gambarkan bahawa kek ini sungguh enak.


Lantas pelanggan ketiga teruja dan terus menyuapkan sepotong kek ke mulutnya.Lalu dia mencuba untuk kali ke dua, ke tiga, dan ke empat bagi mendapatkan rasa yang sama.Setelah beberapa ketika, barulah dia mengangguk dan membenarkan apa yang dikata kedua-dua pelanggan itu tadi.



Intipati kisah:


1) Si pembuat kek saya gelarkan Dia sebagai (musonni`) pencipta.Iaitu ALLAH.sesungguhnya Allah telah menciptakan kelazatan itu sama sahaja bagi setiap makhluk.Yang membezakan adalah deria kenikmatan setiap makhluk bagi merasai kelazatan ibadah itu sendiri.Ianya bergantung kepada tahap keimanan dan ke abdian makhluknya.


Ke Pemurahan Allah sebagai pencipta menciptakan satu bentuk wasilah kepada makhluknya supaya dapat sendiri merasai kelazatan ibadah meskipun Dia sendiri tidak memerlukan dan tidak berkehendakkan perkara tersebut.Andai dia tidak mencipta sesuatu, tetap sahaja Allah adalah yang Maha Tinggi dan Maha Agung lagi maha Memiliki setiap perkara.


Kecintaan kepada kekasihnya dibalas dengan satu kenikmatan iaitu kelazatan ibadah yang diberikan kepada hambanya yang setia.Seperti kesetiaan pelanggan-pelanggan tadi terhadap kedai itu.ALLLAHHHHU AKBAR…


2) Kek berbentuk hati adalah lambang kecintaan Sang Pencipta kepada hambanya yang setia yang tidak jemu berkunjung diatas tikar sejadahnya, sujud mengharapkan ke ampuanan dan keredhaan dariNya.Semoga kekasih hatinya tidak jemu berkujung kembali, lalu diciptakan kepadanya satu wasilah iaitu satu kelazatan bagi membalas cintaNya kepada hambanya.


Hati juga melambangkan satu tempat yang suci dimana diisi dengan keimanan dan kecintaan yang hakiki.

Rasulullah berkata :

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


3) Pelangan pertama : Nyata sekali kedudukan iman didalam hatinya yang telah tersendiri menyebabkan dirinya dapat merasai satu kelazatan ibadah yang dia nikmati dari amal yang dia lakukan walaupun sedikit perbuatannya.Melalui kepakarannya dan kefahamannya menjadi penyebab utama kelazatan ibadah itu dapat dirasai setiap kali dia melakukan ibadah.


Biasanya contoh bagi pelanggan pertama tadi amat sesuai bagi gambaran para Alim dan mujahid dan yang setaraf dengannya, yang memahami maksud ibadah dan rahsia Allah dari segi nikmatNya yang tidak terhingga.


Pelanggan kedua pula : adalah mukmin yang berada di martabat sederhana.Dia mungkin perlu menambah sedikit amalan, kefahaman dan keikhlasan supaya dapat sama menikmati kelazatan ibadah seperti Pelanggan pertama.


Bagi pelanggan ketiga pula bolehlah digambarkan seperti kebanyakan dari kalangan kita sendiri yang sentiasa terhijab dengan dosa-dosa yang menyebabkan kita perlu berusaha lebih berbanding pelanggan pertama dan kedua bagi mendapatkan kelazatan melakukan ibadah.


Kelazatan ibadah….

Bukan banyaknya amalan yang melambangkan darjat keimanan bagi mencapai darjat yang tinggi tetapi bagaimana kefahaman dan keikhlasan kita dalam melakukan setiap amalan.Situasi pelanggan pertama dan ketiga perlu dijadikan ikhtibar kepada kita dalam mencari dan mendapatkan kelazatan ibadah.


Kegopohan pelanggan ketiga dalam menikmati kelazatan kerana melihat perlakuan pelanggan pertama dan hasil/thamarah ketika merasai kelazatan ibadahnya menyebabkan rasa nikmat dan lazzat itu tidak sampai dalam sanubarinya.Menjadi kelaziman bagi setiap makhluk sentiasa ingin mendapatkan nikmat yang sama di perolehi oleh makhluk Allah yang lain, malah lebih lagi.Sedangkan ilmu dan kefahaman antara mereka berada di tahap yang berbeza.


Mengenal dan mendalami Islam dengan sebenar-benarnya adalah menjadi satu jambatan utama agar kita dapat menimbulkan keikhlasan beribadah kepada Allah.Di sini, perlakuan yang disebut sebagai batu loncatan tidak boleh diguna pakai.Kefahaman yang sebenar berkaitan ubudiyyah/pengabdian perlu diiringi dengan ilmu, pembelajaran dan guru.


Nyata sekali, kelazatan yang mereka di tempat pertama tadi dalam merasai kelazatan ibadah adalah hasil dari peringkat-peringkat ilmu dan kefahaman yang telah dilaluinya berkaitan ubudiyyah dan keikhlasannya kepada Allah.


Maka 3 perkara utama yang perlu di titikberatkan:


1) I1. Ilmu - Berusaha mendalami Islam dalam menambahkan kefahaman dan kecintaan kepada khaliqnya.


2) 2. Keikhlasan – Ikhlas adalah thamarah/hasil dari kefahaman dan kecintaan kepada Allah.Ikhlaslah kunci utama dalam melakukan ibadah.Ikhlas adalah roh ibadah.


333. Guru/Murabbi – Pentingnya kita mendalami Islam itu dengan di bimbing dan mendampingi alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidang ini.Ramainya di kalangan kita menjadikan buku dan internet sebagai guru dan murabbi.Maka fikir-fikirkanlah…


Perbezaan Alim dan Abid.

Orang yang Alim lebih ditakuti dari Abid yang banyak melakukan ibadah.Yang dimaksudkan dengan abid adalah mereka yang mengerjakan ibadah semata-mata tanpa mengetahui hukum dan kafahamannya.Perkara sebegini biasanya terjadi dikalangan kita.


Walhasil, semoga setiap amalan yang kita lakukan mungkn di situ kurangnya pendalaman agama disebabkan faktor-faktor luaran menjadkan kita kesempitan dalam mendalami Islam dapat di lihat oleh Allah sebagai satu jalan mendekatkan diri kepadaNya.


”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani.



Ibadah bukan solat semata-mata.

Masaalah utama yang di letakkan dalam akal fikiran masyarakat kita dalam menterjemahkan ibadah dengan perkara-perkara yang terdapat di Rukun Islam semata-mata, solat, puasa, haji dan sebagainya.Perlu diingatkan sentiasa di dalam benak hati kita bahawa, ibadah itu bukannya hanya terletak pada perkara tersebut, malahan ibadah mencakupu segala aspek perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah.


Contohnya:Makan kerana Allah=Dengan makan menjadikan tenaga untuk melakukan ibadah seterusnya.Maka makan ini juga dikatakan sebagai ibadah.


Menaip blog kerana Allah = Saya menaip blog semata-mata ingin berkongsi maklumat yang dapat mendekatkan diri saya dan pembaca disisi Allah.Maka menaip ini di kira sebagai Ibadah.


Banyak sebenarnya contoh-contoh lain yang di ambil kira sebagai ibadah.Walaupun sebesar zarah amalan anda, tetapi di sertakan ke ikhlasan kepadaNya sesunggunya pasti anda dapat merasakan kelazatan ibadah itu..Wallau `a`lam.



Al-Haqirah : Sukarnya mendapatkan lazzatul ibadah..sukar juga mendapat kek coklat yang sedap di mesir...;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...