Selasa, 24 Jun 2014

Ramadhan : Persis Seorang Isteri Menanti Suami

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Solli`ala Sayyidina Muhammad

Kembali lagi Sang Ramadhan penuh keberkatan.

Ya, melalui sepotong doa yang diajar untuk diamalkan semenjak Rejab lagi :

"اَللهمَ بَارك لَنَا فى رَجَبَ وشَعْبَان و بَلِّغْنَا رَمَضَان"

"Ya Allah, Berkati kami di Bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami di Bulan Ramadhan"

Maka, telah hampir sang Ramadhan yang ditunggu, seumpama persis seorang isteri menanti suaminya yang sekian lama tidak pulang, atau yang telah keluar bekerja di lautan contohnya.

Pastinya punyai beberapa persiapan :
Jom saya kongsi 5 NOTE UTAMA Pack Ramadhan.

Jom kita recheck note list Ramadhan kita :

1. HATI : hati yang paling utama.
adakah HATI kita ini telah bersedia menerima kunjungan Sang Ramadhan?
Bagaimana 'RASA' ketika ini?
Seronok? Bahagia? Gembira? Tidak sabar?
Mesti lah seumpama sang isteri menanti sang suaminya..;)

Bermula dari hatilah, maka letaknya 1001 Cerita Ramadhan kita..

Hati tempat  adanya 'RASA' sang Ramadhan.
Hati tempat letaknya gelojak nafsu. Samada mampu di tahan atau terus dilepaskan.
Hati tempat wujudnya PENGHARAPAN kepada Allah, KEIMANAN dan PENGABDIAN.

Maka sebelum masuknya Ramadhan Hati mesti mau :

  • Clear hati dari sifat-sifat tidak baik.
  • Berazam meninggalkan yang tidak bermanfaat
  • Meminta maaf terutama kepada suami, ibubapa, anak-anak, teman dan sebagainya.
  • Terbitkan Rasa "Cinta" 
2. Kit Ramadhan ; iaitu Bag Tangan Ramadhan.
Jika bulan-bulan lain, Bag tangan kita ini hanya penuh dengan alatan solek, Tab pula sering dibuka whataap dan Facebook, maka apakata dibulan Ramadhan ini, tukar bag anda menjadi BAG TANGAN RAMADHAN atau nama lain KIT RAMADHAN.

Apa yang ada di dalamnya :
  • AL-QURAN; yang paling baik adalah Tafsir.
  • Download sofware Al-Quran bagi yang belum berbuat demikian. Nanti boleh dibuka dimana-mana, sambil menunggu Bus, LRT dan sebagainya. Ya lah mungkin ada manusia yang malu menjinjing Al-Quran dikhalayak Ramai..huhh. Tapi jika di Arab, menjinjing Al-Quran lumrah biasa dimana-mana.
  • Tasbih; Biji atau digital.
  • Minyak Wangi; Berwangi-wangia ketika menunaikan ibadah samada ketika solat atau sedang membaca Al-Quran. (Wanita cukup sekadar hidu sendiri ya).
  • Sugi dan alatan membersihkan diri yang kecil.
  • Sejadah kecil.
  • Buku-buku doa yang kecil.
  • Ma`athurat.
  • Telkung. (Bagi yang memakainya).
  • Seberkas kurma.
  • Lain-lain yang dirasakan perlu.

Mengapa adanya kit Ramadhan ini?
Kerana tanda kita bersedia beri`tikaf di masjid. Ramadhan di rumah berbeza dengan di masjid. Duduklah anda seantero dunia mana pun, pada bulan Ramadhan anda akan melihat Orang Mukmin memenuhi dan mengimarahkan masjid. Maka, jangan tidak hadir ke masjid. 

Kenapa perlu hadir ke masjid?
Kerana anda akan melihat bagaimana manusia bekejaran melakukan ibadah. Solat.Solat. Baca Al-Quran. dan terus membaca Al-Quran. Barulah ruh Ramadhan itu dapat dirasai.

Rasa cukup sekadar itu, mungkin boleh nanti kita kongsi dimasa akan datang "Cerita Cinta Ramadhan
".

Tahun ini AZAM! mengkhatam Al-Quran 3 kali pula, Tahun lepas 2 kali lebih sedikit. Jadi tahun ini mesti lebih baik dari tahun yang lepas. Barulah menjadi mukmin yang cemerlang..kan..kan..;) 

Moga Allah berkati waktu kita, umur kita, rezeki kita dibulan Ramadhan ini.

Allahumma Ameen.

p/s : Apa pula Azam Anda?



Selasa, 17 Jun 2014

Mari belajar beradab dengan Allah

BismiLLahhir Rahmannir Rahimm
Allahumma Solli `ala Sayyidina Muhammad


Setenang air mengalir
Seindah cahaya terpancar
Begitulah sehebat adab dipamir

Cinta sang suria
Sabar menanti rembulan
Kerana pantulan nur Cahaya
Pancaran adab penuh dijiwa


"أدّبنى ربّى فأحسن تأديبى""
 Allah S.W.T telah mendidikku dengan sebaik-baik didikan"

Dari sepotong hadis ini sahaja, cara Rasulullah s.a.w mengajar erti beradab dengan Allah.

1. Apa sahaja perkara perlu bersandar kepada Allah.
2. Setinggi mana menjadi 'tinggi' pemimpin mahupun penulis dikenali, jangan lupa Allah yang beri.
3.Amalkan ayat ini
" هذا من فضل رب"
Haza min fadhli Rabbi
( Ini semua datang daripada Allah
4. Melupakan pujian, mengingati kritikan yang mendatangkan kebaikan.
5. Amalkan selawat supaya Aura merendah diri Rasulullah s.a.w sebati dalam diri.
6. Sebenarnya, ketika mana kita merendah diri dengan manusia, kita sedang beradab dengan Allah.
Guru saya mengajar :" Kamu itu apaan, sebatang pen ini pun, belum tentu kamu bisa perolehi jika tidak kerana ALLAH"..Allah..

Jadi..tidak akan ada di atas muka bumi ini miliknya selain Allah. Bukan sahaja bumi, udara, nafas..cantik kita ini, pandai kita ini, hebat bicara kita ini, Ya malah jiwa dan Cinta kita ini juga milik Allah..

Beradablah dengan Allah dengah merasa tidak berpemilikan apa sahaja pun, seperti seorang rakyat jelata apabila bertemu raja, penuh adab dan tertib, pasti mendapat perhatian. Begitu juga Allah, Hamba yang paling berada pasti akan diberi perhatian.

Kealpaan Hamba beradab ketika berdoa
~~~~~~~~~~~`````````````~~~~~~~~~~~


Aturan doa Hamba beradab.

1. Dimulakan dengan Bertasbih.Bertahmid dan memuji Allah.
2. Selawat dan salam untuk kekasih Allah.
3. Seterusnya kepada Ahlil bait dan sahabat-sahabat Baginda r.a.
4. Mulakan dengan doa yang berbentuk taubat dan memohon keampunan.
5. Doa kepada ibubapa dan kemudian orang islam yang lain.
6. Menyusun doa dengan satu lafaz yang sama.
Jika dimula dengan "اللهم" susun yang bermula sama.
Jika bermula dengan " ربنا" susun semua dengan yang sama. ( tidak diselang seli)
Kerana itu bila kita membaca doa Qunut Lafaz antara keduanya tidak berselang seli bukan. Ulama' sebenarnya telah mengajar kita cara menyusun doa.

7. Mengambil rangkaian doa dari Al-Quran satu keutamaan.
kenapa?
kerana kita bukan sahaja mendapat pahala berdoa tetapi pahala membaca Alquran.
Begitu juga Rangkaian doa yang warid dari Hadis. Pun pahala membaca dan mengamalkan hadis/sunnah Nabi.
8. Menangis.menangis.Dan menangis.Alirkan air mata.
Jika tidak boleh kerana tidak faham berbahasa arab, Ulama' menyebut :"menangislah kerana tidak mampu untuk menangis" :-(
9.Jangan lupa menutup doa dengan Ayat ini :
"Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah, Wafil Aakhirati Hasanah, Waqina 'azaa bannar"
Ada hadis yang menyebut keutamaan membaca doa ini untuk sampainya doa kita kepada Allah.
10. Sekali lagi menutup doa dengan selawat ke atas Kekasih Allah, Rasulullah s.a.w.


p/s : Terus berdoa itu tanda orang sabar.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...