بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah. Selesai sudah kita keluar dari Madrasah Ramadhan. Terasa Ramadhan sangat Istimewa dan teramat Istimewa.. Jika bulan-bulan lain, mungkin amal ibadah kita sekadar 2 ke 3 bintang sahaja..tetapi Masya-Allah bila tiba Ramadhan terasa seolah dipinjamkan Allah suatu kekuatan melonjakkan tangga amal ibadah yang boleh mencecah 10 bintang hebatnya!!!.. Masya-Allah..Terima kasih Allah..
Sukar sebenarnya bagi mengekalkan momentum ibadah, kadang-kadang tercari-cari sendiri dimana hilangnya kekuatan dan semangat Ramadhan-Ramadhan yang lalu..
mungkin sedikit kata-kata semangat yang Allah telah pinjamkan sebentar cuma ini untuk anda memilih antara terus termenung berfikir kemana hilangnya momentum-momentum semangat tersebut atau terus berusaha melawan nafsu..
" Allah akan memilih insan istimewa ketika mana hamba tersebut mahu berusaha menjadi terISTIMEWA disisi Allah "
" Fitrah nafsu itu memang tidak mahu kepada ketaatan, oleh itu samaada kamu mahu berdiam bisu bersama nafsu atau membisukan nafsu dan terus melakukan ketaatan "
" Semangat sahaja tidak cukup untuk suatu pengabdian, jam loceng berdering membangunkan tahajjud sahaja tidak cukup jika kamu tidak bangun mengambil wuduk dan berqiamulail, sedang kamu sendiri tidak sedar kamu telah dipilih Allah untuk berada dekat disisinya tetapi kamu yang mensiakan peluang tersebut dengan berpaling melayan nafsu mu "
mode : nak buang sawang;)..step by step...keep writing..^_^ AllahuAkhbar!!