Qanaah itu menahan diri dari bersifat berlebih-lebihan.
Atau dengan kata modennya meterialistik dan hedonism
Redha pula merasa cukup dengan pemberian Allah
Di mana kita?
Nah itulah persoalan yang perlu kita koreksi didalam hati.
Dimana kedudukan hatiku.qanaah?redha?atau tiada satu pun?
Kenali saya.
Qanaah: Seorang pengarah ingin membeli sebuah kereta mahal.dia mampu untuk melunaskan bayaran seberapa segera akan tetapi dia sudah pun memiliki sebuah kereta yang berjenama juga.lalu,apa pilihan dia?
suatu hari ketika sedang menunggu dilampu isyarat dia melihat seorng tua dengan berbasikal tua melintas di hadapanya sambil membawa barangan yang banyak.lalu terdetik dihatinya `sesungguhnya cukuplah dengan apa yang aku miliki.aku bersyukur kepada Mu ya Allah.`
Redha : Seorang tua sedang duduk dihadapan tangga rumahnya.lalu memandang kearah basikal tuanya yang telah berkurun lamanya berbakti kepada mereka sekeluarga.`Alhamdulillah.aku bersyukur diatas setiap pemberian Mu ya Allah.Engkau lebih mengetahui setiap hambamu.`
Beza keduanya.
Qanaah biasanya akan hadir pada sifat hambanya yang mensyukuri nikmat kesenangan yang telah dikurniakan.
Redha pula berada pada mahal(kedudukan) hambanya yang bersyukur diatas setiap nikmat,musibah dan kesusahan yang datangnya daripada Allah.
Kedua-dua didikan jiwa menjadi pengisian jiwa-jiwa mereka yang soleh.
Lalu bagaimana mencari gelombang-gelombang suci ini di tengah-tengah kenikmatan dan kesenangan hidup abad ke 20 ini?
Lalu dimana untuk mencari zahrah-zahrah redha dengan pemberian Allah disaat orang sekeliling diulit kemewahan dan kesenangan.
واما من خاف مقام ربه ونهي النفس عن الهوى.فان الجنة هى المأوى
`Dan adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalmu…` (AnNaziaat-79)
Dimana kita?
Nah sekali lagi kita perlu koreksi kembali dimana letaknya kedudukan hati kita.
Boleh jadi dengan kesenangan kita kufur
dan boleh jadi dengan kefakiran kita kufur dengan menolak takdir yang Allah berikan.
Jalan menuju MURAQABAH dan DAKWAH.
Pentingnya menyemai benih-benih qanaah dan redha kerana ianya memperlihatkan kita untuk terus dalam bermujahadah dah mendekatkan diri pada Ilahi.sama ada melalui jalan Muraqabah atau pun jalan dakwah.
Andainya seorang abid itu sering merintih dan mengadu kepada Ilahi.pada suatu hari hatinya terdetik `aku ini sering bersujud kepadaMu.tetapi kesenangan yang kuharapkan mengapa sukar untuk engkau beri‘
Nah satu pengharapan balasan diatas setiap amal yang dilakukan.Adakah kita hamba yang diciptakan ini layak untuk meminta?
Begitu juga halnya pada jalan dakwah.Merintih sakit dan pedih diatas mehnah dengan mengharap Allah akan balas setiap perbuatan.Adakan hamba yang kerdil ini berhak untuk meminta balasan?
Tiadanya kedua-dua sifat inilah yang membawa kepada sang abid menjauhkan dan mengurangkan amalan.Dan sang pendakwah merasakan tiada gunanya berdakwah sedangkan hasil kesenangan tidak akan dirasai.
Nah untuk anda sekelian.sejauh mana hati anda boleh mempertahankan Qanaah dan Redha diatas setiap pemberian Allah.sama ada baik atau pun buruk.Kemewahan ataupun kesusahan.
Dimanakanku pujuk hati…
Fitrah manusia inginkan kesenangan,balasan baik dan kehidupan yang baik dilimpahi nikmat dan redha ilahi.lalu bagai mana akan kupujuk hati diatas setiap pemberian baik kesenangan dan kesusahan dari Allah?
Jawapanya.Al-quran melalui janji-janjinya.
Betapa banyaknya ayat-ayat yang Allah telah janjikan kepada sang hamba balasan yang akan diberi.Fahami maksud semuanya.
Meminta dan janji Allah.bezakan?
jadi sebagai hamba yang kerdil ini ,yang dijadikan Allah untuk beribadat kepadanya dekati Allah dengan jalan Muraqabah dan Dakwah dengan dihiasi sifat-sifat Qanaah dan Redha atas setiap pemberiannya.Moga—moga kita ditempatkan dikalangan para Auliya` Allah.Amin.
dan semoga ianya membuahkan karamah Istiqamah yang sukar untuk dikecapi hanya pada insan-insan yang di pilih Allah.
Al-Haqirah :`Payahnya mendidik hati sedangkan ia pandangan Ilahi…`