Khamis, 10 Julai 2014

FIQH BOIKOT BARANG ISRAEL

Bismillahirrahmannirrahim
Allahumma Solliala Sayyidina Muhammad.

Sirah zaman Rasulullah meriwayatkan satu siri pemulauan terhadap umat islam selama 3 tahun yang dilakukan oleh kaum Musyrikin Makkah. Hal ini tidak lain adalah kerana kebuntuan cara bagaimana untuk mengekang penyebaran dakwah islam yang disampaikan oleh Rasulullah.

Suatu memo ditulis secara rasmi dan ditampal di kaabah menyatakan beberapa perkara :
 1) Tidak dibenarkan sesiapa jua pun melakukan sebarang urusan, berjual beli dan berdagang dengan suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hashim serta sesiapa yang beriman dengan Muhammad dan agama Islam yang dibawa oleh Baginda.
2) Tidak dibenarkan sesiapa pun untuk bergaul terutamanya menjamu makanan kepada mereka.
3) Tidak dibenarkan sesiapa melakukan ikatan perkahwinan dengan mereka.
4) Tidak dibenarkan Nabi Muhammad dan seluruh keluarga dan pengikutnya membeli makanan dan mendapatkan apa jua bentuk bantuan dari luar Makkah.


Pemulauan terhadap ekonomi benar-benar memberi tekanan kepada Rasulullah dan Puak yang menyokong dakwah Baginda. Kerana tekanan tersebut, Lalu Rasulullah dan puak yang menyokong keluar membentuk satu penempatan dipinggir kota makkah bagi mengelak tekanan demi tekanan yang telah dilakukan di dalam kota Makkah.

Hebatnya dan Agungnya Allah mencukupkan keperluan, walaupun sehingga mereka hanya dapat makan sebilah carikan tamar sahaja untuk satu hari kerana terpaksa berkongsi makanan dengan yang lain. Dalam sirah dicatatkan apabila Rasulullah mendapat wahyu bahawa memo rasmi tersebut telah dimakan anai-anai, maka berakhirlah siri pemulauan dan pemboikotan terhadap Rasulullah dan Kaum yang menyokong baginda.

Jika orang Kaffir Musyrikin Makkah boleh untuk berterusan memulau dan memboikot Umat Islam, mengapa kita pada hari ini tidak mampu untuk memboikot barangan Israel.

Benar, kesukaran untuk mengelakkan dari pembelian barangan produk dari Israel kerana hampir keseluruhan keperluan asas dimiliki mereka, akan tetapi konsep ‘Tidak dapat semua, jangan tinggal semua’ perlu dijadikan pegangan. Jika terdapat pilihan yang lain, maka lebih utama untuk memilih yang lain. Apatah lagi lambakan pilihan bagi produk-produk pilihan yang banyak dipasaran ketika ini.

Sebagai contoh : Jenama ubat gigi keluaran orang islam seperti Mukmin dan sebagainya. Rangkaian restoran makanan segera seperti ‘Ramly Burger‘ atau yang semakin popular ‘Burger Bakar Abang Burn’.

Sedarkah anda dengan tekanan ekonomi terhadap barang keluaran syarikat Israel akan menyebabkan kurangnya cukai dan keuntungan kepada Negara laknatullah Zionis Israel dari melengkapkan, membaiki dan memperhebatkan persiapan senjata dan kelengkapan ketenteraan yang membolehkan mereka rakus menerjahkan bedilan bom dan tempakan senapang ke Rakyat Palastin.


Maka, Ayuh memboikot barangan yang memberi sumber kewangan kepada Negara zionis Israel laknatullah itu!!!

p/s : Ada banyak perkara boleh sabar, tetapi tidak ini!!

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...