Rabu, 11 Jun 2014

Episod Baru Kehidupan

BismiLLahirahmaNirrahim.
Allahumma Solli`ala Sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, bersyukur kepadanyaNya pada nikmat yang diberi tanpa menoleh dan memandang akan hinanya hamba ini kepada Tuhannya.

Waktu berputar-putar menginjakkan satu tempoh kepada Al-Haqirah perlu mencapai satu skop ruang lingkup dakwah yang lebih terbuka tidak kira lapisan umur, latarbelakang, politik, sosiobudaya dan mungkin sampai ke peringkat agama.

Berkenan menggunakan TagLine "KautharJiwa" dalam beberapa terbitan buku yang akan datang bukan berselindung mahupun sebagainya, tetapi tidak lebih Al-Haqirah memandang jauhnya lapangan dakwah terutama mencakupi lapangan dakwah pemikiran manusia masa kini yang terdiri daripada kepelbagaian fikrah dan amal.

Mendewasa dengan usia 27 tahun, berpengalaman selama lebih 3 tahun terlibat dalam lapangan dakwah dalam masyarakat sejak menuntut di Al-Azhar tercinta lagi, menjadi buah-buah kelebihan kepada Al-Haqirah untuk melangkah sederap kehadapan dalam aspek keterbukaan pemikiran dan lapangan dakwah.

Benar, ketika mana kita cuba mencipta satu sesuatu dimensi seolah-oleh terdapat satu tali atau renjatan disekeliling tubuh yang memantulkan lapangan-lapangan lain untuk diterokai.

Hal ini diperlihatkan ketika mana Al-Haqirah mula dipanggil memberi pengisian ilmiah berbentuk umum yang amat berbeza ketika mana memberi pengisian secara "mendalam". Meskipun para pendengar kuliah terdiri dikalangan muslimat/wanita juga, tetapi kepekaan terhadap ideologi dan pemikiran seakan membatasakan untuk mencipta sikap percaya dan dipercayai.

Sabda Rasulullah : "Ad-din Nasihah".
Maksuanya : Agama itu adalah nasihat.


AlHaqirah : Take Five

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...