Isnin, 1 Ogos 2011

Qiadah : Ikhlas cara Ikhwan Muslimin.




Pergerakan Ikwan Muslimin (IM) menjadi ikon dan suri teladan kepada gerakan-geraka lain kerana kejayaaan program pemerkasaan jntera jemaah melalui sistem tajnid (kaderisasi) yang berkesan.Dengan kata lain tanpa dinamik tarbiah, maka IM malah gerakan Islam lain akan menjadi lesu dan berpotensi berkubur dengan kehilangan pemimpin-pemimpin utama gerakan. Apatah lagi gerakan ini yang sangat dicemburui oleh musuh daripada kalangan orang-orang Islam yang dengki.


As-Syahid Hassan al-Banna telah meletakkan tarbiah sebagai asas dan elimen paling penting dalam gerakan. Beliau mengungkapnya dalam Risalah at-Ta`lim tentang pembinaan sahsiah dan jatidiri seorang pejuang. Dalam Risalah at-Ta`lim, As-Syahid menempatkan Ikhlas sebagai rukun kedua di antara rukun-rukun bai`ah setelah rukun al-fahm (pemahaman) yang didambakan tentang Islam, dalam bingkai Usul Isyrin ( Dua Puluh Prinsip) yang menjadi rujukan penting kepada ahli ferakan Islam di Seluruh dunia.


Menurut As-Syahid : Ikhlas adalah :Seorang Muslim yang mengarahkan ucapan, perbuatan, dan jihdnya hanya kerana Allah, mencapai keredhaanNya dan mendapat pahalaNya yang baik, tanpa memandang keuntungan dan kebendaan, kebaikan rupa, kehormatan, kepenatan berjuang, kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian dia menjadi seorang (jundi) fikrah dan aqidah, bukan tentera kesenangan”


Dalam tarbiahnya, Ikhwan sangat menekankan nilai-nilai mengikhlaskan diri dan benar-benar memperingatkan agar pendokongnya menghindari sifat suka menonjolkan diri yang jesturu acapkali menghancurkan perjuangan. Ikhlas akan memandu perjuangan yang terhampar dengan ujian yang sengit.


Diantara kesan daripada terbiah ini (meletakkan ikhlas di tempat tinggi) ialah munculnya sekian banyak pendokong yang tidak dikenali dalam jamaah Ikhwan Muslimin dengan kepelbagaian latar belakang, aktivis, ulama, profesional, belia dan orang tua. Semuanya berhimpun untuk menggapai redha Ilahi, sebagaimana yang disebut dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi : ”orang-orang yang berbakti, bertaqwa dan tersembunyi. Jika tidak hadir, mereka tidak dicari. Dan jika hadir,mereka tidak dikenali”


Sebagaimana mereka anggota Ikhwan memiliki sebahagian sifat kaum Ansar. Banyak yang hadir ketika menghadapi kesusahan, tetapi sedikit yang datang meraih keuntungan.


As-Syahid menekankan bahawa gerakan Islam harus berusaha mmberi bekalan kepada hati setelah menjaganya. Bekalan hati dapat diperolehi dengan sentiasa merasakan hubungan dengan Allah SWT, melalui zikir, bersyukur dan beribadah kpadaNya dengan cara terbaik. As-Syahid juga telah meninggalkan jariah yang besar kepada kita apabila menghimpunkan doa dan wirid Nabi SAW yang dinamakan sebagai Ma`thurat. Anggota-anggota pergerakan Islam Ikhwan dan seluruh dunia di waktu pagi dan petang mengamalkan wirid ini.


Maka, Tarbiah adalah tunjang jejuatan jemaah.Di antara unsur-unsur yang menjadi landasan tegaknya tarbiah rabbaniah di kalangan al-Ikhwan adalah ibadah kepada Allah SWT yang merupakan tujuan terbesar dari penciptaan manusia..


Sumber : Petikan dari : Pemuda Yang Merubah Dunia Islam.



Al-Haqirah : sedang bertatih perjuangan dunia realiti~

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...