Isnin, 15 Ogos 2011

Aura 15 Ramadhan


BismiLlah..Dengan Nama ALLAH..

Pejam celi-pejam celik masuk sudah rupanya 15 ramadhan.

Tak terasa puasa kali ini memandangkan setiap hari di kawasan taman Melewar ini pasti hujan rahmat turun saban petang.Andai tiada hujan..cukup redup dan mendung yang membuatkan tubuh tidak merasa letih dan lapar..


Tiba-tiba hati terkenang Ramadhan di bumi kinanah.Memang amat meletihkan, tetapi di waktu petangnya hujan juga..tetapi disebabkan hujan keberkatan diisi saban petang, membuatkan juga tubuh segar dan keletihan itu amat jarang dirasai krana ke kelas pengajian Sy. Nuruddin...Ibarat kata Maulana, tengok ulama` sebenarnya kita cas beteri, duduk kelas pengajian sebenarnya kita cas beteri..Beteri rohani...MasyaALLAH..rindu~



Sebenarnya teringin berkongsi sirah hebat pada sahabat-sahabat rahsia Islam tanggal 15 ramadhan ni...:


TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL


Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinanSultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.


PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.


Maka seharusnya umat islam tidak sekali-kali menganggap bulan puasa adalah bulan bercuti dan beristirehat dalam kita memperjuangkan dan menegakkan kalimah Allah. Sepanjang saya pulang dan menetap di Taman Melewar ini, tidak pernah sunyi prgram dan Liqo` Jemaah sedari minggu pertama.Sabtu dan Ahad pasti masa di isi dengan liqo`, halaqah, riadhah, prgram dan sebagainya..


Sebagai Muslim yang Power..tunjukkan pada dunia betapa sebenarnya bulan Ramadhan ini adalah bulan bekerja keras..ibadah jasmaniah dan ibadah Rohania yang kedua-duanya adalah bermatlamatkan Taqwa ilaLLAH~



Al-Haqirah : Pertempuran Nafsu lebih utama.Tundukkan Nafsu andai mahu tundukkan dunia pada Islam~

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...