Jumaat, 26 Ogos 2011

Tentatif Program Munajat PRU 13 ~ KUIZM





Jumaat, 26 Ogos 2011 /26 Ramadhan 1432H

9.00 mlm - 9.45 mlm : Solat Tarawih berjemaah

9.45 mlm - 9.50 mlm : Ucapan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
HJ Mohammad Noor Mohamad

10.00 mlm - 10.40 mlm : Ucapan Pengarah Program
Ustz Idris Ahmad mempengerusikan Majlis
(Live daripada Taman Melewar)

10.10 mlm - 10.40 mlm - Ucapan Ketua Dewan Ulama` PAS Pusat
YB Dato` HJ Harun Taib
(Live daripada Masjid Rusila)

10.40 mlm - 11.20 mlm - Ucapan Presiden PAS
YB Datuk Seri Tuan Guru HJ Abdul Hadi Awang
(Live daripada Masjid Rusila)

11.20 mlm -12.00 mlm - Ucapan Mursyidul Am PAS
YAB Tuan Guru Dato` Bentara Setia HJ Nik Aziz Nik Mat
(Live daripada Dewan Zulkifli Mohamad Kota Bharu)

3.00 PG -5.50 PG - MUNAJAT /QIAMULLAIL DI KUIZM



P/S : **sahabat2 Muslimat..kalau nak cari tempat penginapan inform awal..asrama muslimat KUIZM kosong.kebenaran pun telah saya prolehi....inbox msg k...

Isnin, 15 Ogos 2011

Aura 15 Ramadhan


BismiLlah..Dengan Nama ALLAH..

Pejam celi-pejam celik masuk sudah rupanya 15 ramadhan.

Tak terasa puasa kali ini memandangkan setiap hari di kawasan taman Melewar ini pasti hujan rahmat turun saban petang.Andai tiada hujan..cukup redup dan mendung yang membuatkan tubuh tidak merasa letih dan lapar..


Tiba-tiba hati terkenang Ramadhan di bumi kinanah.Memang amat meletihkan, tetapi di waktu petangnya hujan juga..tetapi disebabkan hujan keberkatan diisi saban petang, membuatkan juga tubuh segar dan keletihan itu amat jarang dirasai krana ke kelas pengajian Sy. Nuruddin...Ibarat kata Maulana, tengok ulama` sebenarnya kita cas beteri, duduk kelas pengajian sebenarnya kita cas beteri..Beteri rohani...MasyaALLAH..rindu~



Sebenarnya teringin berkongsi sirah hebat pada sahabat-sahabat rahsia Islam tanggal 15 ramadhan ni...:


TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL


Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinanSultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.


PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.


Maka seharusnya umat islam tidak sekali-kali menganggap bulan puasa adalah bulan bercuti dan beristirehat dalam kita memperjuangkan dan menegakkan kalimah Allah. Sepanjang saya pulang dan menetap di Taman Melewar ini, tidak pernah sunyi prgram dan Liqo` Jemaah sedari minggu pertama.Sabtu dan Ahad pasti masa di isi dengan liqo`, halaqah, riadhah, prgram dan sebagainya..


Sebagai Muslim yang Power..tunjukkan pada dunia betapa sebenarnya bulan Ramadhan ini adalah bulan bekerja keras..ibadah jasmaniah dan ibadah Rohania yang kedua-duanya adalah bermatlamatkan Taqwa ilaLLAH~



Al-Haqirah : Pertempuran Nafsu lebih utama.Tundukkan Nafsu andai mahu tundukkan dunia pada Islam~

Selasa, 9 Ogos 2011

Indahnya : ~Jamaah~


Retreat Lajnah Tarbiah DMPP 2011/2012



Epilog :


“Khairun awak jadi SU Unit Tamrin k..bawah kak Durrah” Ujar kak Mursyidah, SU Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).


Huhh..Menarik nafas dalam-dalam hati ini…Allahumma Yassir Umurlana ~ Allahumma Ameen


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Alhamdulillah, selesai sudah bengkel Retreat Tarbiyyah & Perkaderan DMPP 2011/2012, 6 dan 7 Ogos lalu. Saya sebenarnya amat-amat teruja apabila dilantik sebagai AJK Lajnah Tarbiah DMPP di bawah Unit Tamrin di bawah Yb Dr. Mariah selaku ketua Unit merangkap Exco Majlis Perbandaran Shah Alam, dan Ukhti senior saya, Sy. Durrah ElYahya selaku Timb. Ketua Unit.


Nampaknya tugas Jemaah semakin banyak..dan sememangnya kerja jemaah sekarang ini memang sangat –sangat memerlukan tenaga penggerak memandangkan jangkaan awal PRU 13 pada bulan September ini.


Tugas lain digalas sebagai Pembantu Am Pentadbiran di KUIZM, Taman Melewar merangkap membantu pihak Kolej mentarbiyyah mahsiswi-mahasiswi bagi mencapai Objektif Jemaah bagi melahirkan pelapis ilmuan yang muttaqin dan khasyien dan khafien.


Memang hajat hati sejak di Mesir lagi untuk berhijarah di Taman Melewar ini memandangkan tahun lalu saya menetap lebih sebulan di sini sebagai Warden di Kolej ini juga. Ibarat kata penduduk di sini, siapa yang tidak jatuh cinta apabila datang ke tanah Melewar ini.Tanahnya subur dan harmoni kerana kesan dari Markaz Tarbiyyah yang terpasak di sini sejak berkurun lamanya. Alhamdulillah Allah memaqbulkan hajat dan kehendak hati ini.



Kisah Al-Muhajirah ini dengna Al-Ansar Melewar.

Tiba di Bumi Malaysia pada hari ahad, 25.7.2011 yang lalu dengan membawa satu misi dan visi baru setelah melalui tempoh dan saat badai dan ribut yang telah di susun dariNya. Lalu, hati ini bersyukur atas ujian itu memandangkan RahmatMu sentiasa disisiku.Tidak pernahku merasa bertuhan sebegini dalam sebelum ini. Dan tidak pernah saya rasa betapa diri ini sehaqir-haqir hamba yang telah ditetapkan takdir dan ujian dariNya.Sunggah ~Hanya Allah yang tahu~.


Hari jumaat, 29.7.2011 pula, ke MAIS menghantar Resume bagi permohonan menjawat jawatan Panel Dakwah Mualaf memandangkan hampir dua tahun saya telah bersama MAIS menjadi fasilator berkursus bersama saudara-saudara baru. Alhamdulillah, selesai perbincangan beberapa perkara dan proses perlu saya lalui, seperti Temuduga Tauliah khusus mengajar dari JAIS memandangkan syarat utama mengajar agama di Negeri Selangor adalah memiliki Tauliah dari JAIS. Alhamdulillah…apabila selesai sudah urusan di Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan tandatangan sokongan ...sambil menuggu panggilan temuduga tauliah dari JAIS, saya ke KUIZM memenuhi pelawaan mengisi jawatan yang akan di kosongkan seorang sataf di sini.


What do you thing about our student?

If we whant you solve our problem, can you accept it?


Huhuhu...very scary...speking English and arabic and with a little broken malay J, 3 orang Panel dari pihak kolej menemuduga memandangkan ada 2 orang calon yang ingin mengisi kekosongan jawatan tersebut.


Alhamdulilah jawatan tersebut di serahkan kepada saya, tahulah saya sebab utama mengapa resume saya lebih dipandang dan tahulah saya akan harapan dari pihak kolej bagi membantu mentarbiyyah adik-adik ini mengikut acuan visi dan misi kolej memandangkan pengalaman saya sebagai Warden tahun lalu.


Tetapi bukan itu yang ingin saya ceritakan, ada kisah yang labih manis dan amat-amat sukar saya lupakan. Tentang betapa baiknya resident di Melewar ini sebagai Al-Ansar membantu AL-Muhajirah ini mencari tempat penginapan dan pengangkutan.


Saya tiba di Melewar pada hari ahad bersamaan 31.7.2011. Dua hari awal dari tarikh temuduga.Dengan bantuan Ukhti Nadia Abd Rahman, kami behubung beberapa nama yang di kenali di kawasan melewar ini..Setelah berhubung dengan beberapa nama, maka Uzh kamariah, Isteri Ust Idris Ahmad, Ketua Lajnah Tarbiah PAS Pusat menjemput saya menginap di rumahnya. Tq Uzh..


Hampir 4 hari berada di rumah mereka..tidak terasa janggal..tetapi saya yang janggal memandangkan bersahur semeja dengan ust Idris Ahmad..Tak tertelan setiap kunyahan yang di sua kemulut ini J..


Hari berikutnya saya ke wangsaMaju, menginap di rumah Senior tercinta ku..ukhti Durrah..TQ kak Durrah atas celoteh dan perkongsian pendapat. Saya memang amat-amat mengaguminya sejak pertama kali menyapanya pada 2006 di Rumah Selangor 201 lagi..


Indahnya perasaan ini…

Agaknya begitulah perasaan Muhajirin dahulu…ini baru sedikit apa yang saya rasa..memang penghijrahan itu membawa seribu satu Hikmah dan kebaikan..Moga kami sentiasa mendapat Rahmat dan pandangannya~Allahumma Ameen~



Al-Haqirah : Allah uji satu, Rupanya Allah nak bagi beribu ;)... Syukur Engkau pilih aku Ya Allah~Hanya Engkau yang tahu~




Isnin, 1 Ogos 2011

Qiadah : Ikhlas cara Ikhwan Muslimin.




Pergerakan Ikwan Muslimin (IM) menjadi ikon dan suri teladan kepada gerakan-geraka lain kerana kejayaaan program pemerkasaan jntera jemaah melalui sistem tajnid (kaderisasi) yang berkesan.Dengan kata lain tanpa dinamik tarbiah, maka IM malah gerakan Islam lain akan menjadi lesu dan berpotensi berkubur dengan kehilangan pemimpin-pemimpin utama gerakan. Apatah lagi gerakan ini yang sangat dicemburui oleh musuh daripada kalangan orang-orang Islam yang dengki.


As-Syahid Hassan al-Banna telah meletakkan tarbiah sebagai asas dan elimen paling penting dalam gerakan. Beliau mengungkapnya dalam Risalah at-Ta`lim tentang pembinaan sahsiah dan jatidiri seorang pejuang. Dalam Risalah at-Ta`lim, As-Syahid menempatkan Ikhlas sebagai rukun kedua di antara rukun-rukun bai`ah setelah rukun al-fahm (pemahaman) yang didambakan tentang Islam, dalam bingkai Usul Isyrin ( Dua Puluh Prinsip) yang menjadi rujukan penting kepada ahli ferakan Islam di Seluruh dunia.


Menurut As-Syahid : Ikhlas adalah :Seorang Muslim yang mengarahkan ucapan, perbuatan, dan jihdnya hanya kerana Allah, mencapai keredhaanNya dan mendapat pahalaNya yang baik, tanpa memandang keuntungan dan kebendaan, kebaikan rupa, kehormatan, kepenatan berjuang, kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian dia menjadi seorang (jundi) fikrah dan aqidah, bukan tentera kesenangan”


Dalam tarbiahnya, Ikhwan sangat menekankan nilai-nilai mengikhlaskan diri dan benar-benar memperingatkan agar pendokongnya menghindari sifat suka menonjolkan diri yang jesturu acapkali menghancurkan perjuangan. Ikhlas akan memandu perjuangan yang terhampar dengan ujian yang sengit.


Diantara kesan daripada terbiah ini (meletakkan ikhlas di tempat tinggi) ialah munculnya sekian banyak pendokong yang tidak dikenali dalam jamaah Ikhwan Muslimin dengan kepelbagaian latar belakang, aktivis, ulama, profesional, belia dan orang tua. Semuanya berhimpun untuk menggapai redha Ilahi, sebagaimana yang disebut dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi : ”orang-orang yang berbakti, bertaqwa dan tersembunyi. Jika tidak hadir, mereka tidak dicari. Dan jika hadir,mereka tidak dikenali”


Sebagaimana mereka anggota Ikhwan memiliki sebahagian sifat kaum Ansar. Banyak yang hadir ketika menghadapi kesusahan, tetapi sedikit yang datang meraih keuntungan.


As-Syahid menekankan bahawa gerakan Islam harus berusaha mmberi bekalan kepada hati setelah menjaganya. Bekalan hati dapat diperolehi dengan sentiasa merasakan hubungan dengan Allah SWT, melalui zikir, bersyukur dan beribadah kpadaNya dengan cara terbaik. As-Syahid juga telah meninggalkan jariah yang besar kepada kita apabila menghimpunkan doa dan wirid Nabi SAW yang dinamakan sebagai Ma`thurat. Anggota-anggota pergerakan Islam Ikhwan dan seluruh dunia di waktu pagi dan petang mengamalkan wirid ini.


Maka, Tarbiah adalah tunjang jejuatan jemaah.Di antara unsur-unsur yang menjadi landasan tegaknya tarbiah rabbaniah di kalangan al-Ikhwan adalah ibadah kepada Allah SWT yang merupakan tujuan terbesar dari penciptaan manusia..


Sumber : Petikan dari : Pemuda Yang Merubah Dunia Islam.



Al-Haqirah : sedang bertatih perjuangan dunia realiti~

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...