Jumaat, 17 Disember 2010

Dr. Fadhilah Kamsah : Murabbai Vs Kaunselor Bhg 2


Topik berbahasan:


>>>sambung post>>>


Ketika ini dikatakan, Dr. sudah pun membuat kenyataan rasmi berhubung kes ini.Tetapi memandangkan saya telah siap membuat ulasan, ini sekadar perkongsian kepada sahabat-sahabat sekalian.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Ketika saya membaca post ini di entry salah seorang Blogroll saya beberapa hari lalu, saya tidak bercadang untuk mengulas, entah mengapa mood mengulas itu belum lagi hadir.Mungkin ilham dariNya telah sudi menjengah membuatkan saya terpanggil untuk mengulas serba sedikit berkaitan perkara itu.


Siapa yang tidak kenal Dr. Fadhilah Kamsah.Seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi.Banyak yang saya belajar darinya cara menjadi seorang yang cemerlang hasil dari rakaman kuliah-kuliah dan ceramah-cermah yang sentiasa saya putarkan berulang kali.


Psikologi dan Bidang Dakwah.


Tahun lepas saya berpeluang berkenalan dengan seorang ust yang pada asalnya mengambil jurusan Usuluddin tetapi menyambung Master dalam bidang Psikologi.Hati ini terfikir serta merta apabila merasakan Psikologi adalah satu bidang yang sebenarnya amat dekat dengan dunia dakwah.Dan beliau menceritakan serba sedikit berkaitan dunia psikologi dan dakwah dan cara menambat hati madu` agar dapat menarik perhatian mereka kearah Islam.


Apakah ada kesinambungan antara perkara ini dengan kes Dr. sendiri?


Ada,Ya memang betul Dr. telah menjalankan tugas sebagai kaunselor yang baik.Mendengar , memahami dan menyelesaikan masaalah.

3 perkara ini adalah Key performent utama yang perlu dipratikkan kepada semua kunselor.


Lalu dimana yang dikatakan salah?

Sudah tentu anda ada jawapannya sendiri.

Ya, apabila Dr. memberikan satu jalan penyelesaian tanpa menitik beratkan soal Islam.


Suatu ketika dulu isu pelacur dan jawab persoalannya oleh Dr. Masyitah menjadi perbualan hangat.Mungkin ia lebih hangat lagi memandangkan Dr. Masyitah seorang panel yang memang berkelulusan agama.Berbeza kes kali ini Dr. adalah orang yang bukan berkelulusan bidang agama.


Mengayam masaalah :

1)Fas alu Ahla zikri In kuntum La ta`Lamun.

(Bertanyalah kepada Ahlinya (orang yang pakar dalam bidang itu) jika kamu tidak mengetahui)


Kembali ke fakta kes :Sebenarnya, kita perlu mengenali kriteria nasihat yang diminta oleh wanita itu?

Adakah nasihat yang diminta cenderung dari segi semangat atau keagamaan?


Sebelum membicara dengan lebih panjang lagi, seharusnya kita kembali memahami tugas kansulor itu sendiri,mereka perlu mendengar, memahami dan memberi semangat dan tindak balas diatas apa yang diluahkan oleh pesakit yang datang kepadanya.Dan sebenarnya, Dr. telah menjalankan tugasnya dengan baik.


Seorang wanita berjumpa Dr. Fadhilah Kamsah tentu sekali adalah untuk meminta nasihat yang cenderung kearah mencari semangat.Jika dia inginkan satu nasihat berkaitan halal dan haram (cenderung kearah keagamaan) tentu sekali Dr. bukanlah orang yang terbaik tempat dia meluahkan dan bertanya pendapat.Jelas disini kriteria nasihat yang ingin diminta oleh wanita itu.


Dan pada pandangan saya, sepatutnya adalah lebih baik andai Dr. merujuk kepada pakar dalam bidang agama Islam dalam menjawab masaalah-masaalah yang ada hubung kaitnya dengan agama islam,halal dan haram.Rasulullah sendiri meminta pandangan sahabat-sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masaalah meskipun Baginda pasti tidak akan sekali-kali pun melakukan perbuatan yang salah.


Sepatutnya disini Dr. mengambil peluang menambah amalan sebagai bekalan di akhirat kelak, dengan memasukkan unsur-unsur halal dan haram, supaya menjadi panduan dan gaya hidup wanita itu.Dan seterusnya membantu membuka satu lembaran hidup yang baru dalam hidup wanita itu selepas melahirkan anak.


2)Memastikan mad`u tidak lari.


Saya memandang kisah ini adalah sama dengan sebuah kisah seorang ulama` yang di hantar memurabbikan seorang lelaki yang tekenal dengan kebaikannya akan tetapi dia langsung tidak mengerjakan solat.


Bukan sehari, bukan 2 hari, tetapi beberapa tahun masa yang di ambil oleh ulama` itu untuk memastikan pemuda itu lengkap solatnya 5 waktu.


Kisahnya boleh anda lawati di blog sahabat saya ini>>> http://bicarantaramasa.blogspot.com/2010/11/kesan-berdakwah-bukannya-esok-lusa.html


Jika anda membaca kembali post saya sebelum ini (dalam fakta kes) anda dapat melihat nasihat Dr. secara halusnya adalah salah satu cara dakwah yang sama dimainkan oleh ulama` itu.


. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.


Kesalahan utama Dr. adalah dengan tidak mengayamkan prinsip-prinsip dakwah dengan jelas dan terang yang boleh menimbulkan syak dan prasangka pembaca dan pendengar yang lain.


Tindakan susulan, permohonan maaf dan penjelasan dari Dr. sendiri perlu dibuat kerana ditakuti jawapan Dr. ini akan mempengaruhi dan menjadi hujjah kepada mereka yang lain.Memandang kan Dr. adalah pakar motivasi yang sering menjadi public figure, adalah menjadi kewajipan Dr. untuk mengulas kembali berkaitan jawapan respon ini.



Da`e, Mad`u, Maudu`, Uslub dan Wasilah seorang pendakwah kadang-kadang sukar dilihat dengan mata kasar.Oleh itu sikap melatah pada seorang da`e perlu dijauhi.


Jika dibezakan dengan jawapan Dr. Masyittah dulu berkaitan kes ibu tunggal yang melacur kerana dharurat tiada pekerjaan lain yang dapat menjadi mata pencarian anak-anak adalah memang perlu di tolak sama sekali.Hujjah dan jawapan yang diberikan adalah amat-amat tidak rasional.Masakan Malaysia langsung tidak mempunyai pekerjaan selain pelacur!!!


Kerana Apa, hujjah yang di bentangkan dan jawapan yang di berikan langsung tidak membuka minda ibu tunggal itu kearah mendekatkan diri kepada Allah.


Berbeza dengan jawapan Dr.>>>

. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.


3)Supaya mad`u sayangkan kita.


Pada ketika ini, adalah bukan satu perkara mudah untuk menjadikan mad`u agar berulang kali kembali kepada kita apabila menghadapi masaalah.Dan kadang-kadang Mad`u yang kita perolehi adalah di kalangan mereka yang tidak cair apabila di bentangkan hujjah dengan ayat Al-quran dan hadis.


Dan saya berpendapat, Dr. sepatutnya belajar cara menjawab persoalan berdasarkan sirah-sirah ulama` dan sebagainya, Agar menjadi salah satu jalan dan method dakwah yang berbeza yang mudah di terima mad`u bagi menggantikan hujjah dan dalil dari Nas dan Hadis.


Mad`u sebenarnya umpama kanak-kanak, yang diminta di beri perhatian, belaian dan senyuman mesra.Sememnagnya kanak-kanak gemar andai kita bercerita kisah yang boleh menarik perhatian mereka.


Perkara inilah yang menjadi sebab utama mengapa ramainya mad`u lari dari kita apabila mereka menghampiri dan menceritakan masaalah kepada para Da`e.Kita, Para duat terlalu tegas tanpa memberi ruang dan peluang mad`u itu untuk berubah dan bermuhasabah kesalahan-kesalahan yang telah dia lakukan.


Jelas di sini, Dr. sebenarnya amat-amat masak dalam menangani permasaalahan ini.Sebagai pakar psikologi yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya melihat di situ satu kelebihan yang ada pada Dr. yang tidak ada pada yang lain.Iaitu, mudah mendapat mad`u baru dan mudah di dekati mad`u bagi berkongsi masaalah.



4)Kelebihan Dr. dan tindak balas sepatutnya.


Menjadi public figure adalah satu kelebihan kepada individu tertentu bagi mendapatkan lebih ramai mad`u.Setelah berdekat-dekat menceburi bidang ini, saya mencadangkan dan sepatutnya Dr. dapat melihat kekurangan dan kelebihan ilmu yang ada yang perlu di terokai dengan lebih mendalam lagi.


Tentu sekali, perbahasa hukum fiqh dan aqidah adalah satu lapangan ilmu yang belum pernah di ceburi oleh Dr. sendiri secara lebih mendalam, dan dengan portfolio Dr. sekarang dengan jumlah bilangan mad`u yang ramai sepatutnya Dr. telah lengkap dalam menjalankan tugas sebagai pendakwa yang memperjuangkan nilai-nilai keislaman dalam kehidupan seharian pada setiap mad`u Dr., Meskipun saya tahu, Dr. kadang-kadang menggunakan hujjah yang berkaitan Al-Quran dan hadis.Tetapi ini adalah untuk memperkuatkan dan memperkemaskan lapangan bidang ilmu Dr. sendiri.


Saya percaya, mad`u-mad`u Dr. adalah mereka yang akan berulang kali datang dan sentiasa mendapatkan nasihat kembali dari Dr..Mungkin secara kasar yang tidak dapat dilihat dalam kes ini, Dr. secara perlahan mengajak mad`u kembali mendapatkan nasihat kepada Dr. selepas dia sedar akan maksiat yang dilakukan olehnya.Dan ketika ini, dakwah Dr. telah berjaya.Dari pada seorang kaunselor kepada murabbi.Dan sebelum-sebelum ini pun Dr. sememangnye gemar memberi nasihat dalam bentuk kearah keislaman.


Kesimpulan>>


Saya menyeru agar setiap individu muslim itu belajar cara dan teknik bagaimana berkecimpung dalam bidang dakwah tidak kira anda seorang pakar motivasi, ahli astronomi, arkitek, engineer dan sebagainya.


Dengan keadaan keruntuhan akhlak dan keruntuhan nilai-nilai islam dalam masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim itu mengambil bahagian dalam arena dakwa masa kini.


Bidang dakwah kontemporari perlunya sejajar dengan perkembangan kemodenan masa kini.Dan ia adalah satu bidang yang masih perlu di terokai dengan lebih mendalam.

Waluhu a` lam.


~Menegur tanda ramainya peminat sayangkan Dr..Agar Dr. selepas ini berhati-hati dalam memberikan nasihat kepada pesakit~


Al-Haqirah : Master>>Psikologi---Phd>> Psikologi pembangunan Insan melalui kacamata Al-Quran dan Hadis…Mohon doa kalian~Amin….

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...