Sabtu, 23 Oktober 2010

Program Intensif Saudara Baru

Alhamdulillah,Segala puji baginya atas kesempatan waktu yang diberikan dapat saya melukis dan menyerikan hidup ini dengan dakwah dan islam agar dapat dimanfaatkan kepada orang lain.Selesai sudah Program Intensif Sudara kita selama 5 hari bermula 16hb(sabtu) sehingga 20hb(rabu) di Pantai Remis,Jeram bersama MAIS.Terima kasih kepada Bhg. Pembangunan Insan(BPI) Shah Alam kerana memberi mandat kepercayaaan sekali lagi selaku Fasilator untuk kali ke-3.Rasa seronok,teruja dan terharu apabila saya diajak sekali lagi terlibat berprogram bersama mualaf sekali.

Wajah-wajah bersih dan sejuk menambahkan keimanan dalam hati.Subur iman bersama mereka.Acap kali diri ini berfikir, bagaimana mereka memeluk islam kerana islam agama sebenar sedangkan ramainya orang islam murtad kejalan kesesatan.Ya Allah berikan hidayah kepada mereka~

Mungkin beberapa corat-coret kami-fasi-fasi bersama mualaf saya paparkan supaya dapat menarik minat orang yang mahu masuk islam, sudah tentu anda akan didedahkan dengan pengajaran dan pengenalan islam yang mudah, dan juga kpada orang islam agar dapat membantu menambahkan keimanan serta menjadi da`e yang dapat mengajak kearah islam sebenar.


Hari pertama (16/10/2010-sabtu)

Sekitar Pendaftaran



LDK 1(Huruf Hija`iyyah)

Berlatih menulis huruf jawi buat kali pertama, bagi memudahkan mereka mengenal dan menyebut huruf-huruf Al-Quran dimasa akan datang.


Hari ke-2(17/10/2010-ahad)

LDK 2,3,(Toharaoh-tayamum,istinjak,wuduk dan mandi hadas)

Berlatih menggunakan bahan(tanah)moden dan asal dan cara mencari tanah sebenar)


LDK 4(Bacaan dalam solat)

Peserta sedang menghafal surah Al-Fatihah…

LDK 5(Pergerakan dalam solat)

Latihan pergerakan solat dalam bentuk solat jemaah)


Hari ke-3(18/10/2010-isnin)

LDK 6(Kisah-kisah nabi)

Bercerita berkaitan sirah bagi memperkenalkan nabi dan rasul dan bagaimana penyebaran islam yang ia adalah agama sebenar dari Allah.

Begitulah aktiviti aktiviti yang melibatkan kami sebagai Fasi.Penat dan sampai hilang suara, tapi amanah ini seronok dan amat teruja sekali.Aktiviti lain-lain diteruskan hari-hari selepasnya.


LDK(Kembara dan Kuiz)

Pelepasan kembara dan mencari check point.

Check poin saya kali ini-Huruf hijaiyyah:


Dah tengok,hafal kemudian tuliskan

Antara check poin lain adalah wuduk,kisah-kisah nabi dan sebagainya.Tentu sekali apa yang telah diajar sepangjang program dan istinjak adalah yang paling kelakar sekali bagi menguji kefahaman peserta berkaitan benda kesat.Macam-macam alat yang dibawa dan ditunjukkan.hrrmmm


Malamnya adalah Kuiz


Hari ke-4(19/10/2010-selasa)

Hari penentu: Ujian penilaian:Lisan dan bertulis.



Akhirnya tugas kami sebagai fasi, menanda kertas-kertas jawapan:


Antara candit-candit lain:

Riadah dan Checken Dance..:)


Solat berjemaah.



2 Big Boss BPI,MAIS melawat check point saya.Ust Suhaimi dan Ust Anuar Haq...huhuhu takut gak.




Antara wajah-wajah yang terpancar nur hidayah dari Ilahi.


2 Big Boss program kali ini:Ust Noor Lee(Ketua fasi) dan Ust Daniel Tan(Ketua Jurulatih)



Wajah fasi-fasi dan uriusetia hari terakhir, ceria,letih dan menyeronokkan...


Tentu sekali program dipenuhi ceramah-ceramah yang diisi oleh panel-panel yang hebat, berkaitan Solat-solat fardhu,Rukun Islam, Rukun Iman dan beberapa slot lagi.



Apapun, terima kasih kepada MAIS Bhg Pembangunan Insan(BPI) Kerana memberikan saya peluang sekali lagi,Terutama Ust Anuar haq dan fasi-fasi yang amat-amat menyeronokkan.Tidak janggal bersama kalian.Rasa seperti keluarga besar dan sahabat seperjuangan.Seronok cara dakwah yang ditunjukkan.Dan harapan diberi peluang sekali lagi dan berkali-kali seterusnya dimasa akan datang.:)


Al-Haqirah: Menyambung amanah Allah seminggu lebih lagi di KUIZM,Gombak sebelum pulang menyambung pengajian ditahun Akhir di Mesir…Rindu Mesir..Rindu maSyaikh…:)


Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...