Khamis, 14 Oktober 2010

Bermula satu amanah baru dariNya~


Hampir seminggu berada di Taman melewar.Menjaga Adik-adik Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad.(KUIZM).Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran dengan pentaklifan baru ini.Satu Amanah berharga yang saya hargai.Berkhidmat untuk jemaah.

Bagi sahabat-sahabat yang belum mengetahui, Kolej ini baru pertama kali di buka pendaftarannya pada bulan lalu.I`Allah ada kelapangan saya paparkan sedikit kenangan minggu orentasi kami bersama sahabat-sahabat mesir yang menjadi fasi bagi generasi pertama ini.

Mengambil alih bangunan Markaz Pas Pusat di Taman Melewar yang telah berpindah ke Lorong Haji Taib sekarang ini,Menjadi satu harapan Pas Pusat dengan tertubuhnya Kolej ini sebagai wasilah penyambung perjuangan dan tarbiah Pas Pusat untuk generasai yang akan datang.

Agak gementar menerima pentaklifan ini , diri ini punyai kelemahan berlipat ganda, mungkin sahabat-sahabat ada beberapa cadangan yang boleh kita kongsi bersama bagi menyemarakkan tarbiah dan semangat perjuangan agar dapat ditanam dalam diri adik-adik ini.

Kebanyakan mereka berusia sekitar 16-25 tahun bakal mendukung peranan sebagai pelapis perjuangan Pas akan datang.Pastinya mereka ini sedia berkorban dan berkhidmat memandangkan KUIZM terletak betul-betul dibawah naungan Pas Pusat.
Mohon doa kalian menyemarakkan roh-roh mujahid dan mujahidah disini agar keberkatan dan rahmat Allah melingkari hari-hari mereka disini.

Kunjungan Ketua Muslimat PAS,Umi Salbiah amat-amat kami hargai,dan sapaan salam Ukhuwah dari Nisa` kawasan Batu amat-amat kami nantikan.I`Allah usrah dan Program nisa` Batu akan dimeriahkan dengan kehadiran adik-adik akhawat KUIZM ini.Terima kasih semua.

Tit.Tit.satu sms masuk.Tapi hati ini berduka cita setelah membacanya.Jemputan Usrah malam esok (Jumaan)dari wakil Nisa` Kuala Langat, tempat kelahiranku terpaksa di tolak memandang kan amanah baru ini mengharapkan khidmat di kawasan ini.Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Nisa` Kuala langat, saya amat-amat menghargai undangan kalian.I`Allah di kawasan ini saya akan melibatkan diri dikawasan `sementara` ini, Nisa` Batu bersama ketua nisa` kak syutina telah kami ketemui.Terima kasih semua.Saya menjemput sahabat-sahabat nisa` untuk datang menziarahi adik-adik KUIZM dikawasan ini.I`Allah kami sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan anda.

Al-Haqirah:Balasan SMS Nisa` K.Langat:`Tak mengapa,Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung`~Rasa terharu sngat:'(

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...