Isnin, 4 Oktober 2010

Beban atau membebankan?




Sering kita mendengar : Rasailah bebanan bersama bukan membebankan.

Jika kita memperluaskan skop perbincangan kita akan mendapati kedudukan dan fenomena diri terhadap agama,masyarakat dan keluarga secara khususnya.


Saya beban atau membebankan?

Seorang ibu bercerita kepada saya perihal anaknya yang sedang belajar tetapi dia merasakan ianya satu bebanan tanggungan kepada keluarga.Akan tetapi di pihak anaknya pula merasakan dia terbeban dengan pengorbanan dan tugasannya sebagai khalifah dimuka bumi ini.


Seolah disitu pertembungan pro and kontra dari sudut pandangan sisi.Spontan saya menjawab:Mak cik doa ibu bapa adalah doa yang amat mudah dimakbulkan.Redha ibu bapa adalah penentu kedudukan anak-anak disisi Allah.Kalau ibu bapa sendiri telah berpandanagn begitu rasanya kemana dan bagaimana hasil yang akan dikecapi?Adakah anak mampu Berjaya dan adakah ibubapa dapat merasai nikmat kelak nanti.


Tiada persefahaman.

Begitulah yang mampu saya rungkaikan.Perkara ini bukan berlaku kepada anda sahaja tetapi kepada saya juga.Agak payah bercerita berkaitan pelajaran dan pengorbanan.Apatah lagi perjuangan dan gerakan.Mungkin sepatutnya luahan ini saya catitkan didalam diari peribadi,tetapi saya merasakan betapa ramainya sahabat-sahabat yang perlu menghargai peluang dan ruang yang diberikan ini.Dan sahabat-sahabat seperti saya,anda tidak keseorangan.Saya kongsi sebagai satu motivasi bersama.Pegangan utama anda adalah anda perlu KUAT dan BERJIWA BESAR.


KUAT dan BERJIWA BESAR.

Macam mana?

Memang payah untuk dibicarakan.Bukan sebarangan manusia akan kita halangi.Keluarga dan ibubapa.Doa dan keredhaan kita harapkan sentiasa, moga perjuangan dan setiap titik peluh untuk islam diberkati.


Rahsia?

Saya menasihatkan mereka yang berada dalam situasi ini agar kuatkan hati cekalkan diri.Sulami dengan iman dan ketaqwaan dan mengaduan kepadaNya.Perjuangan yang dihiasi ranjau dan duri pasti akan dibalas semanis cinta abadi dariNya.


Anda mesti berjiwa besar dalam setiap ujian yang diberi.Setiap harapan baru pasti akan menemui.Allah adalah adil dan pastinya ada ganti dariNya.Ciptakan dalam diri cita-cita baru dan harapan yang tinggi dan jangan mudah mengalah.


Harapan panjang dan pendek.

Eh-eh ada ke harapan panjang dan pendek?

Bukan…apa yang saya maksudkan adalah harapan jangka panjang dan harapan jangka pendek.

Bagi para pemimpin dan pejuang pasti sekali anda sering terdedah kepada kaedah SWOT kan?

Dari situ anda perlu mencipta satu idea baru,satu pengharapan jangka panjang dan jangka pendek.


SWOT dan harapan baru.

Anda perlu memilih harapan-harapan terdekat yang boleh anda capai.Contoh yang paling mudah dakwah secara lapangan maya.Ini adalah satu cara yang mudah dan semakin digemari masyarakat.Dari semasa-kesemasa kelemahan dan kelebihan anda dapat ditonjolkan dan perubahan demi perubahan mesti dilakukan.

Yang pasti peranan anda sebagai pejuang agama tidak terhenti kerana desakan keluarga.

Banyak lagi harapan-harapan terdekat yang boleh anda cipta untuk dicapai.Boleh juga anda kongsi bersama teman-teman sekeliling.


Harapan-harapan jangka panjang pula ianya bersangkut paut dengan ketentuan Allah.Jika dikehendakkanNya, Insya-Allah anda memang telah dipilih olehNya sebagai Nasrullah(Pembantu agama Allah).Contoh yang sering kedengaran dalam pergerakan dakwah adalah berdoa moga dipertemukan dengan jodoh yang sefikrah dan sealiran dengan perjuangan dan dakwah.Ayuh kita berdoa…..AMIN~


Suburkan jiwa dakwah.

Jangan matikan jiwa dakwah anda semata-mata kekangan keluarga.Hari ini bukan selama-lamanya.Setiap hari perlunya ada harapan baru.Misi baru dan cita yang perlu dituju.

Ingat anda perlu berjiwa besar dan kuat!!

Islam terletak ditangan anda.Jadilah orang yang merasai bebaban bukan membebankan.



Al-Haqirah:Inni Akhafullaha Rabbal `Alamin~……..

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...