Rabu, 7 Julai 2010

JUDI:Hilangnya Tasawwur islam dalam kepimpinan Malaysia

Kedudukan dan kesan Tasawwur Islamiah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tasawwur diambil dari perkataan (sawwara) yang bermaksud gambaran dan penglihatan.
Islam pula diambil dari perkataaan (sallama)tunduk dan berserah.

Tanpa perlu kita menghuraikan dengan lebih panjang,cukup sudah pengertian dan definisi ini menjadi asas dan dalil utama menolak pandangan beberapa kepimpinan Malaysia berhubung isu JUDI BOLA.
Timbul persoalan disini dimana letakknya islam dalam kehidupan berkerajaan?

Ayuh kita bandingkan beberapa definisi islam sebenar dari segi siasah syariah:

• ` Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw dripada Allah swt, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.`

• Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia.

• Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia; merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan; merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi; memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.

Nah!terang lagi bersuluh kedudukan islam didalam hidup berkerajaan.
Nizhom dan peraturan yang diperintahkan mencakupi segenap urusan kehidupan manusia khususnya.Kesyumulan dan ruang lingkup hayat manusia diambil kira dan dititik beratkan supaya tidak memisahkan antara AdDin dan Hayaht(agama dan kehidupan).

Apakah kita sebagai hamba yang dijadikan Allah dari setitis mani yang hina, layak memberi pandangan dan komentar berkaitan hukum dan syariat islam yang telah termaktub oleh Allah??

Menolak hukum bererti kita tidak mempercayai bahawa segala yang datang dari Allah itu memberi mamfaat dan kemaslahatan bersama.
Menolak hukum,malah memberi pandangan melalui akal yang cetek yang dijadikan oleh Allah itu,bererti kita sedang mengajak manusia memisahkan antara agama dan kehidupan.

Sebagai kepimpinan,peranan menzahirkan dan mentasawwurkan islam dalam kehidupan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan kepada rakyat,Muslim khususnya dan kepada non-Muslim amnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Goyahnya Tasawwur islam dalam kepimpinan Malaysia.

Tasawwur islam yang berkaitan ini terbahagi kepada beberapa aspek utama:
1)Aqidah & Ibadah

`... من سلم تسلم`

Prinsip dan pegangan aqidah islam,beriman,percaya dan yakin syariat yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi Muhammmad itu adalah satu kebenaran haqiqi yang tidak perlu disagkal lagi.
Dengan ibadah kerana Allah,mukmin sejati yang menjadikan islam sebagai cara hidup,Akan menerapkan segala aspek kehidupan dan pekerjaan berlandaskan hukum yang telah ditetapkan tanpa perlu diragui akan mendatangkan kemudharatan kelak.

Ianya seolah-olah kita menggambarkan,Andai kepimpinan merasakan tanpa judi sebagai sumber kewangan tambahan Negara,akan menyebabkan Negara dilanda kerugian dan kemelesetan ekonomi,jelas disitu goyahnya tasawwur islam dari segi Aqidah Islamiah sebenar.


2)Syariaat
Syariat islamiah telah menetapkan perundangan tersendiri bagi memelihara maslahah Ammah(Umum) dan maslahah khassah(khusus).Wajib bagi individu yang mengaku muslim dan beragama islam patuh dan tunduk dengan meletakkan segala aspek pekerjaan dan cara hidup berlandaska syariat islamiah.

Al-Quran yang diturunkan sebagai lambang Syariat Islamiah menyebut:

يٵيها الذين ءامنوا انما الخمر والميسر والأزلم رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون

Maka jelas ayat diatas kesan mudharat sama sekali akan dihadapi.Maslahah ammah dan maslahah khassah yang bakal dihadapi akan datang,lebih mendatangkan bencana dan keruntuhan nilai-nilai penerapan islam dalam diri individu itu.

3)Akhlak& Kebudayaan
Akhlak islamiah bagi individu muslim pula adalah suatu tabiat semulajadi tanpa perlu berfikir sebelum bertindak.Kepatuhan ini datang daripada kefahaman dan penyerahan diri terhadap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah.
Adakah ini menunjukkan hilangnya akhlak islamiah pada kerajaan Malaysia??Nauzubillah.

Budaya islam pula dicipta dan diamalkan perlulah berlandasakn syariat islam.Islam merai non-Muslim yang hidup dalam Negara islam mengamalkan budaya mereka.sikap tolak ansur ini bukan menunjukkan kita,sebagai umat islam bersama-sama mengamalkan budaya ini juga!!.
Sememangnya diketahui,judi adalah menjadi budaya masyarakat India dan Cina diMalaysia.Tetapi,saya tegaskan disini,Ianya bukan budaya Islam dan saya menolak >100%+100% andai budaya ini cuba dihalalkan oleh sesiapa sahaja.

5)Ekonomi &Politik
Ekonomi islam mengambil kira dan menitik beratkan benda yang diambil dan yang diberi daripada kedua belah pihak.Adakah ianya datang dari sumber yang halal atau yang diragui atau yang haram.
Andai kerajaan merasakan dengan judi sebagai salah satu sumber pendapatan Negara,dan ianya dapat mengelak dari keruntuhan ekonomi dan membantu Negara melangsaikan hutang-hutang Negara,jelas disitu bahawa pembawakan dan hukum ekonomi islam yang diajar oleh Rasullullah yang disyariatkan oleh Allah sedang dicabar.

Menggambil duit secara haram kemudian menggunakan duit untuk rakyat dan pendidikan.Makanan rohani dan makanan jazmani telah dicemari dengan perkara haram.dapatkah anda bayangkan betapa dasyatnya kesan yang akan diterima??!!!

Politik yang dijadikan sebagai medan hubungan dua pihak, rakyat dan pemimpin khususnya, Negara dan Negara luar amnya dan adalah warisan khilafah Rasulullah.
Justeru,pemimin-pemimpin yang diamanah perlulah menjalankan pentaklifan ini selari dengan syariat.Sepertimana ekonomi yang tidak boleh dipisahkan dengan agama begitu juga politik tidak boleh dipisahkan dengan agama.

Sirah menunjukkan bagaimana izzahnya kepimpinan Rasullullah,khulafa` Rasyidin,Bani Ummayyah dan Bani Abasiyyah yang menjadikan islam sebagai asas dalam mentadbir Negara.
Kepimpinan Negara perlu mencari mutiara kepimpinan Harun Al-Rasyid dengan ilmuan islam dan kefahamannya,Sultan Al-Fatih Dan Salahuddin Al-Ayubi yang meletakkan islam pada puncaknya.

6)Dakwah& Jihad
Dakwah islamiah yang sepatutnya diaplikasikan dalam kehidupan telah dipesongkan oleh pemerintah.Kerajaan yang sepatutnya menjadi ejen penyeru dan penggerak Negara kearah hidup dengan gaya hidup dan cara islam,malah telah mengajak dan membuka peluang rakyat jauh dari islam.
Itu dari segi dakwah Khassah,dari segi Ammahnya pula,apakah pandangan non-Muslim terhadap agama islam.Sewenang-wenanangnya hukum dan syariat islam boleh dihalalkan dan dibenarkan.

Sepatutnya,kerajaan menjadi contoh dalam berjihad mempertahankan agama islam.Authority yang ada pada kerajaan sepatutnya pemudah dan tiket bagi rakyat supaya mengaplikasiakn islam dalam segala aspek kehidupan.kerajaan juga sebagai penentang utama hal-hal yang melanggar syariat islamiah.
Tetapi hal yang berlaku sebaliknya,malah kerajaan menjadi pemudah cara dan bording pas(pelepasan tiket) dalam melanggar syariat.

Kesan :
1)Kerajaan perlu meneliti dan mengamati bahawa tindakan ini seolah-olah satu tiket kebenaran dan kelulusan judi dikalangan rakyat.Kerajaan yang sepatutnya menunjukkan tasawwur islamiah telah memberi bording pas judi itu halal!!!
Tidakkah tindakan ini satu tindakan dasyat dan melanggar hukum syariat.

2)Rumah-rumah judi akan tumbuh seperti cendawan beracun yang sukar dikawal.
Saya teringat bagaimana beberapa ketika dahulu bagaimana Negara terpaksa mengeluarkan berjuta-juta ringgit bagi merawat masaalah keruntuhan akhlak.Jika difikir dengan teliti siapa sebenarnya dalang utama masalah ini?
Tidakkah duit yang telah dibelanjakan itu merugikan??sedangkan perkara ini boleh dibendung sedari awal lagi??

Dalam isu judi ini,Saya mengamati 5-10 tahun kelak,andai perkara ini masih tetep ingin diteruskan,kerajaaan akan menyesal dan ketika itu masaalah ini sukar dikawal sepertimana masaalah keruntuhan akhlak Negara masa kini.Maka bertambahlah berjuta-juta ringgit terpaksa dikeluarkan bagi merawat masyarakat dari kemaruk judi.
Pada pendapat anda siapakah dalang utama kekemarukan ini???

3)Jika kita teliti dengan lebih jauh illah diharamkan judi.
Arak dan judi adalah ibu segala kejahatan.Dari dua perkara ini,manusia mula melahirkan sikap ketamakan dan kerakusan dalam mengejar kehendak nafsu tanpa boleh berfikir secara waras.
Sudahlah Negara semakin banyak kes-kes pembunuhan,rogol ,rompakan dan sebagainya,apakah yang akan anda bayangkan andai perkara ini masih tetap akan diluluskan?


INGAT!!!: MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..



edit dan ulasan dari text usrah ming.1:
http://dppwp.wordpress.com/usrah/minggu-1-tasawwur-islam/





Al-Haqirah:Bumi mana akan ku sambung zuriatku kalau tidak Tanah Airku..Malaysia oh Malaysia.

2 ulasan:

yassir berkata...

Alangkah seronoknya jika adanya Daulah dibawah Khilafah Islamiyyah

Ketauilah.. Usaha Hizbut Tahrir untuk mengembalikan Daulah Islam / Khilafah Islamiyyah

lihat di..
http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/07/videos-and-photographs-of-khilafah.html

kauthar jiwa berkata...

sememangnye dalam keadaan umat islam yang makin kritikal kini daulah memenag patut ditegakkan.
supaya mengembalikan nilai-nilai dan cara haidup islam.

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...