Jumaat, 16 Julai 2010

Bagaimana menghadapi control?

Fuhh control dalam proses!!
Takutnya..
Apa tu control?control emosi?duit?makan?


Salam ketenangan buat sahabat-sahabat sekalian.
Jangan salah sangka ,control yang saya maksudkan adalah control natijah imtihan dikuliah banat,kaherah.Ianya hari seolah-olah peluang pelajar mera`fah madah(menaikkan markah) pada madah-madah tertentu.Ianya seakan rayuan belas kasihan kepada dokturah menaikkan markah pada madah-madah tertentu.
Inilah lebihnya Azhar.Apa sahaja boleh berlaku tanpa mustahil.

Sedar tak sedar sudah masuk minggu ke-2 imtihan berlalu,ada dikalangan sahabat kita sudah melalu tempoh senang-lenang selepas imtihan.ke Hussien, Atabah, Alex, Mansourah, Matroh dan apa sahaja tempat yang boleh dibuat tempat bercuti melepaskan lelah study yang kononnya pulun semasa imtihan lepas..

minggu ni saya 2 hari berturut-turut berulang-alik kekuliah bertanyakan kepada doktorah
Hal yuftah control?
Laisa.

baru dua kali...teringat tahun lepas seminggu berturut-turut saya menanti didepan pintu control. Alhamdulillah berkat doa dan sabar Najah..
Tapi tahun ini, study agak tunggang langgang.bercelaru.
Ya Allah Permudahkan Urusan Ini.
Amin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Situasai diKuliah..

Buat sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan kekuliah, buat antunna beberapa info terkini. Paling hampir minggu depan kesemua control bakal keluar. Dari tahun satu hingga tahun 4. Dan besar kemungkinan tahun 4 natijah sudah mula keluar minggu hadapan.

Buat sahabat-sahabat yang punyai kekuatan untuk melihat natijah sendiri rajin-rajin datang kuliah setiap hari melihat. Mesti sebelum ZOHOR..

Doa InsyaAllah la kita sama-sama najah.
Amin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara Ra`fah madah

Sedikit perkongsian ilmu buat sahabat-sahabat yang akan memerlukannya.
Ada beberapa cara Ra`fah madah.
Antaranya:

1)Step paling awal(ketika control)

i)apabila ada beberapa madah yang diperlukan untuk di Ra`fah,terus berbincang ketika itu bersama Doktorah yang ada didalam bilik control itu juga, kerana dia telah diberi authority meRa`fah kan madah antunna.

Kemudian,
ii)anda perlu mengenal pasti dahulu madah-madah sedia ada yang telah diRa`fah, adakah telah mengambil markah tambahan 12 markah.

Bagi sesiapa yang masih tidak memahami dan mengetahui, sebenarnya pada setiap pelajar itu diberi markah tambahan percuma sebanyak 12 markah. Dan kerana itulah apabila markah 48/47 akan digenapkan menjadi 50. Jadi jangan terkejut bagaimana anda mendapat ra`fah pada beberapa madah.

Contonya dalam kes begini
1)Aminah:lulus semua madah kecuali satu gagal mendapat 40.
Tiada satu pun madah di ra`fah lagi.maka doktorah akan menggunakan 12 Markah Tambahan(MT) secara percuma tadi menggenapkan menjadi 50.
maka Aminah akhirnya sofy(tanpa membawa apa-apa madah)

faham?
ok.
contoh lagi.
2)Aida:5 markahnya telah diRa`fah menjadi 50.
48=50(2 MT)...46=50(4MT)....45=50(5MT).....48=50(2MT).
sumenya..ehhh 13 la...
Alhamdulillah rezeki dia.(Azhar apa-apa boleh berlaku)
Maka dia telah menggunakan 12MT percuma tadi.:)

kemudian
iii)andai 12MT telah digunapakai, peluang mera`fahkan madah lain adalah sedikit tipis.Tapi bukan tidak ada,InsyaAllah BiiznIllah.

syarat yang utama adalah markah yang tidak lulus berada diatas Doif Jiddan(45 keatas)
Mungkin rezeki antunna disana ada.
Tidak salah andai mencuba.


2)Selepas keluarnya natijah.
Bagi sahabat-sahabat yang terlepas hari control dan melalui hari kurang menggembirakan, InsyaAllah ada beberapa cara lagi.

ketika ini urusan adalah bersama Amid kuliah dan ianya amat menyukarkan kerana kepayahan dan kesibukan Amid kuliah untuk kita bertemu dan memohon meRa`fahkan madah.
Dan saya nasihatkan sahabat-sahabat adalah baik melihat ketika control.

Syarat pada Amid kuliah pula sedikit berbeza

i)Anda perlu mendapatkan surat sokongan daripada PMRAM sebagai rayuan permohonan meRa`fahkan madah.

ii)Madah yang mahu diRa`fah adalah diatas Doif Jiddan (45 keatas)

iii)kuantiti madah yang ingin diRa`fah satu.Ini bermakna pelajar itu gagal 3 madah.
bagi sahabat yang gagal 4 madah anda juga masih berpeluang.apapun tidak salah kalau mencuba.tetapi 5 keatas kebarangkalian adalah tipis.

iv)Markah madah yang tinggal tidak melebihi madah yang diambil.
contohnya.
Ariana:Pelajar usul tahun 2 menghadapi 17 madah pada tahun itu.
4 madah dia telah gagal.(12MT telah digunakan mera`fahkan beberapa madah lain)
45,45,44,46...ini bermakna <50-45=5>...<50-45=5>...<50-44=6>...<50-46=4>
maka markah yang tinggal bagi menggenapkan ke markah lulus(50) adalah 19<5+5+6+4>.
Maka dia tiada rezeki pada tahun itu.
kerana terlebih 3 markah dari madah asal yang diambil.

begitu juga kuliah-kuliah yang lain,andai antunna ada 13 madah sahaja contohnya, maka peluang itu semakin kecil,semakin sedikit madah semakin sedikit markah yang dikira bagi mera`fahkan markah.

Semoga berjaya. Amin.


p/s:Mera`fah madah adalah bukan satu nizhom(sistem) secara rasmi.Ianya hanyalah seperi rayuan dan belaskasihan Dokturah untuk mera`fahkan markah.Tidak sume berjaya.dan tidak sume gagal.apa pun...Kullu Rezki Min Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebahagian dari sahabat-sahabat bercakap tentang kebarangkalian ketidakbenaran control ini.Apapun tidak salah melihat.Tak rugi apa-apa.Yang penting jangan putus doa.
Andai ketika control najah dan natijah sebenar najah maka Alhamdulillah.
Andai sebaliknya ......Semuanya pemberian Allah yang Terbaik untuk hamba-hammbanya.
Mungkin juga ini usaha terakhir kita yang akan dinilai.siapa tahu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Azhar semakin maju:)

Buat sahabat-sahabat di Malaysia,anda juga boleh melihat natijah anda menerusi laman web seperti yang tertera didalam iklan ini.
Doakan sama-sama ya najah.
Amin








Al-Haqirah:Tak tahu nak menggambarkan perasaan ini....

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...