Jumaat, 29 Januari 2010

Futur di tengah jalan…

Salam.salam mujahadah.salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang masih di medan peperiksaan.Kedengaran riuh rendah malam ini meskipun jam menunjukkan 12.45pagi.Mesir meledakkan 4 gol keatas Afrika.begitulah cerita ringkasnya.Tapi hati merah ini sedang riuh mencari semangat yang hilang..

Futur…
4 paper telah saya lepasi tinggal berbaki 2 paper menanti penuh debaran.Seringkali ditengah-tengah medan peperiksaan ini hati mula ingin berpaling kearah lain.Terasa keletihan.Malas.Hilang keyakinan.Saya sering mengeluh sendirian
`bilalah agaknya kami yang usul ni merasa habis cepat imtihan agaknya`
ternyata dari saya tahun satu kamilah syu`bah terakhir meneruskan mujahadah.Lagi-lagi fasa satu dengan ma`rad yang menghantui,melambai dan memanggil.

Dirasat Asanid & Manahij Mufassirin.Madah killer bagi saya.bukan apa hanya mengenangkan dr. yang mengajar adalah syadid.boleh ke kita menggecop dr.sebagai syadid?maaf ya dr.kalau marah….
Rata-rata pelajar i`adah membawa madah ni.Dr. Zaglul (manahij) memang terkenal dikalangan qisim usuluddin.Madah dia tahun lepas syubhat haul quran keseluruhan kami malyzi bawa.Dirasat Asanid pula ikhtibar dari paper lepas takhrij hadis.Dktr Ratibah.Dktr yang sama.Hanya berserah pada Allah the piece of life ini…Rabbuna yusil Ya Rab..

Cari semangat….
Puas membelek buku mencari semangat yang hilang.Akhirnya terpaku pada kalam yang saya tampal didinding.Itulah manusia sering lupa pada yang didepan mata.Padahal ianya terpaku menanti haknya…

“Aku dapat melihat dan membayangkan AL-MUJAHID itu seorang yang sentiasa membuat persiapan,menyediakan bekalan,berupaya menguasai fikiran,memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya.Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus.Apabila diseru dia menyahut.Apabila di panggil dia menjawab.Pulang dan perginya perkataan dan bicara ,kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya.Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletakkan atau dituntut keatasnya.Dia berjihad di jalanNya.Kamu dapat membaca pada garis wajahnya,Melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat kesakitan yang terpadam,keazaman yang benar,cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya…” ~Assyahid Hassan Al-Bana~

Nah! Hati tersentak.terlupa seketika pada `My Project` yang telah kususun tahun lalu.Baru secubit cuma dugaan dan cabaran dunia,mudahnya al-haqirah ini layu kerana nafsu.

Alhamdulillah.Semangat ku semakin pulih.Kepada teman-teman seperjuangan teruskan mujahadah imtihan anda.Pada yang telah mengakhirinya gunakan masa sebaiknya.

Firman Allah :
`…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah.sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang
kafir`

FirmanNya lagi :
`Cukuplah Allah bagiku,Tiada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakal` (At-Taubah 129)


Al-Haqirah = mengharap pada usaha yang tidak seberapa.Inni,Tawakkaltu A`laAllah.Amin.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...