Selasa, 5 Januari 2010

Belum selesai....

antara menjaga ilmu dan menjaga nama??



Assalamualaikum.baru sebentar saya membuka laman berita harian.terkejut dengan iklan yang dipaparkan.kepada sahabat-sahabat jangan lupa menonton tayangan ini hari ini(selasa 5hb) dilaman utama berita harian.

Penting ke?
Ya penting.kerana melibatkan maruah kita sebagai pelajar agama.semakin lama ramainya `pencemar-pencemar` dalam aliran agama yang cuba membawa fahaman puak-puak yang tidak sepatutnya dan cuba meracuni masyarakat kita.
sebagai orang yang betul-betul ingin mengenali mehnah,tribulasi dan ancaman-ancaman yang akan mengelilingin dunia dakwah kita perlu mengenali setiap sudut dan penjuru masyarakat.Baik yang beraliran agama atau pun bukan.Dan tentunya lebih-lebih lagi dalam aliran kita sendiri yang boleh kita ibaratkan `musuh didalam selimut`

Isu tauliah?
isu utama yang dibahaskan adalah sudah tentu isu penagkapan Dr Asri 2 bulan yang lalu.tak lain dan tak bukan adalah isu pentauliah.

Penting ke mengisi borang tauliah?
Emm soalan yang rumit untuk dijawab.tapi pada pandangan saya kita ini ibarat `masuk kandang kambing mengembik,masuk kandang harimau mengaum` begitulah nasihat saya kpada sesiapa yang ingin menjadi penceramah bebas di selangor.
yang peliknya pentauliahan ini telah ditetapkan sejak kepimpinan Barisan Nasional lagi.
maka timbul persoalan ..`kenapa ketika parti pemerintahan yang memerintah sekarang baru nak dibangkitkan isu ini?kenapa tidak parti pemerintah yang dahulu?`....

Borang biru..:)
Alkisah...
4 hari selepas saya pulang dahulu dengan beraninya saya telah mengambil borang itu untuk diisi beserta senarai nama NGO dibawah Jais bagi mengikuti program-program yang menghendaki fasilitator.
yang kelakarnya saya terpergi tingkat 8 dan akhirnya bertemu dengan ust Annuar haq bahagian Pembangunan Insan Mais dan seterusnya mengikuti program Intensif Saudara Baru kita seperti yang saya paparkan sebelum ini.

kepada sahabat-sahabat yang baru pulang dan akan pulang jangan lupa pergi ke JAIS (andai berkeinginan dan berkelayakan) bagi mengambil borang tauliah.Tingkat 9 Bahagian Dakwah dan Pembangunan insan di Jais.
Jangan risau borang masih memberi kita pilihan samaada berkelayakan mengajar fardhu ain,Al-Quran atau kedua-duanya sekali.Kita membuat pilihan berdasarkan tahap dan kesesuaian ilmu masing-masing.Dan ada kursus khas yang akan diberikan yang paling ditakuti adanya TEMUDUGA!dan saya dimaklumkan oleh guru saya Ust Syed Abdul Kadir bahawa antara penal penemuduga adalah Mufti Selagor!!!
akhirnya....saya membatalkan hasrat..dan borang biru itu tersimpan elok didalam laci :).Insyaallah saya tetap bercita-cita mengisi,menghantar dan bertemuduga tapi selepas saya bersedia sepenuhnya..

Buat sahabat-sahabat makluman ini bukan untuk menakutkan kalian tapi sebagai cabaran bagi kita(pelajar-pelajar Azhar)mengorak langkah baru mendominasi bidang dakwah denagn lebih aktif.Dan tentunya dengan melalui jalur dan saluran yang telah ditetapkan oleh pihak yang berautoriti.

Jangan ketinggalan prosiding Asri lawn JAIS esok k.

p/s : Menyusun strategi mendominasi dakwah!!!

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...