Jumaat, 29 Januari 2010

Semangat Yang Hilang...


Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mati hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Api yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Kita cari pulang


Futur di tengah jalan…

Salam.salam mujahadah.salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang masih di medan peperiksaan.Kedengaran riuh rendah malam ini meskipun jam menunjukkan 12.45pagi.Mesir meledakkan 4 gol keatas Afrika.begitulah cerita ringkasnya.Tapi hati merah ini sedang riuh mencari semangat yang hilang..

Futur…
4 paper telah saya lepasi tinggal berbaki 2 paper menanti penuh debaran.Seringkali ditengah-tengah medan peperiksaan ini hati mula ingin berpaling kearah lain.Terasa keletihan.Malas.Hilang keyakinan.Saya sering mengeluh sendirian
`bilalah agaknya kami yang usul ni merasa habis cepat imtihan agaknya`
ternyata dari saya tahun satu kamilah syu`bah terakhir meneruskan mujahadah.Lagi-lagi fasa satu dengan ma`rad yang menghantui,melambai dan memanggil.

Dirasat Asanid & Manahij Mufassirin.Madah killer bagi saya.bukan apa hanya mengenangkan dr. yang mengajar adalah syadid.boleh ke kita menggecop dr.sebagai syadid?maaf ya dr.kalau marah….
Rata-rata pelajar i`adah membawa madah ni.Dr. Zaglul (manahij) memang terkenal dikalangan qisim usuluddin.Madah dia tahun lepas syubhat haul quran keseluruhan kami malyzi bawa.Dirasat Asanid pula ikhtibar dari paper lepas takhrij hadis.Dktr Ratibah.Dktr yang sama.Hanya berserah pada Allah the piece of life ini…Rabbuna yusil Ya Rab..

Cari semangat….
Puas membelek buku mencari semangat yang hilang.Akhirnya terpaku pada kalam yang saya tampal didinding.Itulah manusia sering lupa pada yang didepan mata.Padahal ianya terpaku menanti haknya…

“Aku dapat melihat dan membayangkan AL-MUJAHID itu seorang yang sentiasa membuat persiapan,menyediakan bekalan,berupaya menguasai fikiran,memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya.Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus.Apabila diseru dia menyahut.Apabila di panggil dia menjawab.Pulang dan perginya perkataan dan bicara ,kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya.Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletakkan atau dituntut keatasnya.Dia berjihad di jalanNya.Kamu dapat membaca pada garis wajahnya,Melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat kesakitan yang terpadam,keazaman yang benar,cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya…” ~Assyahid Hassan Al-Bana~

Nah! Hati tersentak.terlupa seketika pada `My Project` yang telah kususun tahun lalu.Baru secubit cuma dugaan dan cabaran dunia,mudahnya al-haqirah ini layu kerana nafsu.

Alhamdulillah.Semangat ku semakin pulih.Kepada teman-teman seperjuangan teruskan mujahadah imtihan anda.Pada yang telah mengakhirinya gunakan masa sebaiknya.

Firman Allah :
`…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah.sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang
kafir`

FirmanNya lagi :
`Cukuplah Allah bagiku,Tiada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakal` (At-Taubah 129)


Al-Haqirah = mengharap pada usaha yang tidak seberapa.Inni,Tawakkaltu A`laAllah.Amin.

Isnin, 11 Januari 2010

Kalam Agung....ALLAH

Adakah membawa masej tersembunyi?

salam.salam Iman.salam ISLAM.dan salam imtihan buat sahabat seperjuangan.
terasa ingin berkongsi fikiran,cetusan minda dan luahan hati terhadap artikal-artikal akhbar-akhbar di Malaysia yang telah saya baca minggu lalu tapi belum berkesempatan menaip dan merencana di di blog ini.Isu kalimah Jalalah ALLAH yang telah di beri kebenaran penerbitannya oleh Mahkamah Tinggi kepada akhbar Herald – The Catholic Weekly.

Ketika saya membaca artikal-artikal akhbar minggu lepas dan bantahan-bantahan baik dari kepimpinan,komuniti dan perseorang beberapa perkara `ajaib` timbul dalam benak hati

1.adakah kepimpinan negara sekarang sedang menuju revolusi baru 2010 dengan menjadi `Hang Jebat` menyelamatkan rakyat dari musuh?
adakah isu-isu syakhsiah dan moral agama islam juga akan diperjuangkan nnti?bagaimana pendirian dan fikrah mereka pula dari pendirian asal?adakah senyap membuta atau merevolusi negara kearah hidup beragama.bukannya islam pada nama semata-mata.
kalau ya.saya bersyukur keatas Ilahi kerana memberi taufiq dan hidayah dengan terbangkitnya isu ini.Ada hikamah dan kebaikannya juga rupanya....

2.Apakah agenda yang sedang ditutup lagi seperti sedia kala dengan membiarkan rakyat terlupa akan ke licikan mereka.Pasti ada seperti biasa?


3.Bukankah kuasa Mahkamah Tinggi dibawah kuasa sultan yang menjaga hal ehwal agama dalam negara?lalu bagaimana boleh terlepas kebenaran ini begitu sahaja tanpa dirujuk oleh mereka yang betul-betul faham akan masaalah ini.Atau adakah ada perkara yang di sembunyikan dari pengetahuan Baginda?

4.Kenapa adanya pihak yang cuba memanipulasikan taklik-taklik orang-orang tertentu kerana kepentingan politik semata-mata.Adakah mereka faham hujah dan dalil sebenar?Tidak habis-habis sentiasa mencari kesalahan dengan niat menjatuhkan dan menjauhkan hati rakyat terhadap kepimpinan.

5.Istihza`(mengejek-mengejek) apa lagi yang cuba di rancang oleh kafir laknatullah.sudahlah Filem 2012 telah meracuni pemikiran masyarakat di Malaysia.
Adakah ini cubaan jarum-jarum mukaddimah langkah menyamakan tuhan-tuhan agama selain Allah?
TIDAK! INNA DINA INDALLAHIL ISLAM!!!

6.Adakah ini salah satu cubaan pertama menyusup kedalam eksekutif pentadbiran yang berkaitan hal ehwal islam?Andai berjaya...Apa pula yang cuba mereka ketengahkan lagi sebagai dakyah halus meracuni fikiran masyarakat?

7.Terbongkarnya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan islam.mungkinkah mereka sudah lama menggunakan kalimah ini sehingga berani secara terang-terangan.Dan ianya telah lama membawa pengkafiran kepada individu kerana kekeliruan dan ceteknya tentang agama.maka dakyah mereka selama ini telah terbongkar.


Buat sahabat-sahabat saya tinggalkan anda dengan satu fakta:
Tidak akan berhenti yahudi dan nasara menghapuskan islam sehingga hari kiamat.Baik dari segi siasah,sosial,penaklukan dan yang utama pemikiran halus.


AL-HAQIRAH:Persediaan bersama menentang musuh ALLAH!TAKBIR!!!

Selasa, 5 Januari 2010

Belum selesai....

antara menjaga ilmu dan menjaga nama??



Assalamualaikum.baru sebentar saya membuka laman berita harian.terkejut dengan iklan yang dipaparkan.kepada sahabat-sahabat jangan lupa menonton tayangan ini hari ini(selasa 5hb) dilaman utama berita harian.

Penting ke?
Ya penting.kerana melibatkan maruah kita sebagai pelajar agama.semakin lama ramainya `pencemar-pencemar` dalam aliran agama yang cuba membawa fahaman puak-puak yang tidak sepatutnya dan cuba meracuni masyarakat kita.
sebagai orang yang betul-betul ingin mengenali mehnah,tribulasi dan ancaman-ancaman yang akan mengelilingin dunia dakwah kita perlu mengenali setiap sudut dan penjuru masyarakat.Baik yang beraliran agama atau pun bukan.Dan tentunya lebih-lebih lagi dalam aliran kita sendiri yang boleh kita ibaratkan `musuh didalam selimut`

Isu tauliah?
isu utama yang dibahaskan adalah sudah tentu isu penagkapan Dr Asri 2 bulan yang lalu.tak lain dan tak bukan adalah isu pentauliah.

Penting ke mengisi borang tauliah?
Emm soalan yang rumit untuk dijawab.tapi pada pandangan saya kita ini ibarat `masuk kandang kambing mengembik,masuk kandang harimau mengaum` begitulah nasihat saya kpada sesiapa yang ingin menjadi penceramah bebas di selangor.
yang peliknya pentauliahan ini telah ditetapkan sejak kepimpinan Barisan Nasional lagi.
maka timbul persoalan ..`kenapa ketika parti pemerintahan yang memerintah sekarang baru nak dibangkitkan isu ini?kenapa tidak parti pemerintah yang dahulu?`....

Borang biru..:)
Alkisah...
4 hari selepas saya pulang dahulu dengan beraninya saya telah mengambil borang itu untuk diisi beserta senarai nama NGO dibawah Jais bagi mengikuti program-program yang menghendaki fasilitator.
yang kelakarnya saya terpergi tingkat 8 dan akhirnya bertemu dengan ust Annuar haq bahagian Pembangunan Insan Mais dan seterusnya mengikuti program Intensif Saudara Baru kita seperti yang saya paparkan sebelum ini.

kepada sahabat-sahabat yang baru pulang dan akan pulang jangan lupa pergi ke JAIS (andai berkeinginan dan berkelayakan) bagi mengambil borang tauliah.Tingkat 9 Bahagian Dakwah dan Pembangunan insan di Jais.
Jangan risau borang masih memberi kita pilihan samaada berkelayakan mengajar fardhu ain,Al-Quran atau kedua-duanya sekali.Kita membuat pilihan berdasarkan tahap dan kesesuaian ilmu masing-masing.Dan ada kursus khas yang akan diberikan yang paling ditakuti adanya TEMUDUGA!dan saya dimaklumkan oleh guru saya Ust Syed Abdul Kadir bahawa antara penal penemuduga adalah Mufti Selagor!!!
akhirnya....saya membatalkan hasrat..dan borang biru itu tersimpan elok didalam laci :).Insyaallah saya tetap bercita-cita mengisi,menghantar dan bertemuduga tapi selepas saya bersedia sepenuhnya..

Buat sahabat-sahabat makluman ini bukan untuk menakutkan kalian tapi sebagai cabaran bagi kita(pelajar-pelajar Azhar)mengorak langkah baru mendominasi bidang dakwah denagn lebih aktif.Dan tentunya dengan melalui jalur dan saluran yang telah ditetapkan oleh pihak yang berautoriti.

Jangan ketinggalan prosiding Asri lawn JAIS esok k.

p/s : Menyusun strategi mendominasi dakwah!!!
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...