Khamis, 12 November 2009

Bersama rakyat.




LATAR BELAKANG

Perlumbaan “Treasure-Hunt” JEJAK AMAL berkonsepkan “Amazing Race” Selangor bertujuan memperkenalkan peserta terhadap kerja-kerja amal yang perlu dilakukan di Rumah-rumah Kebajikan yang menjadi pilihan dari pelbagai kategori.

Setiap tugasan berkonsepkan kerja amal secara sukarela dan bergotong royong adalah berdasarkan keperluan rumah tersebut untuk membiasakan peserta apakah keperluan setiap penghuni di Rumah-rumah Anak Yatim, Down-Syndrome, HIV +/AIDS, Warga Emas, “Shelter-Home”/Perlindungan, Orang Kurang Upaya dan sebagainya.

Disamping itu juga, penyertaan dari syarikat, EXCO, ADUN maupun GLC juga bertujuan mengumpul penajaan sebanyak mungkin untuk disumbangkan terus kepada Rumah Kebajikan yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan ini.

OBJEKTIF:
- JEJAK AMAL bertujuan untuk kutipan amal Rumah Amal/Kebajikan serata Selangor
- Membudayakan sikap gotong royong dan menjaga kebersihan Rumah Kebajikan & masyarakat
- Menggabung jalin tenaga masyarakat dan penghuni Rumah Kebajikan agar sama-sama merasa tanggungjawab membentuk komuniti yang perihatin antara manusia & Alam Sekitar
- Mengumpul dana untuk diberi sumbangan kepada penghuni-penghuni Rumah kebajikan yang berkeperluan.

TARIKH PROGRAM : 21 November 2009

CONTOH TUGASAN
- mengecat dinding/ Mural bangunan /menyusun lanskap;
- bergotong royong mengemas sekitar rumah kebajikan dan sebagainya.

YURAN PENAJAAN
Yuran penajaan minima RM 1000 setiap pasukan / sebuah kereta. Dijangkakan sebanyak 50 pasukan untuk menyertai program ini.

- Laluan dirahsiakan dari peserta kerana ia merupakan salah satu tugasan mereka untuk mencari laluan perjalanan dan rumah amal kebajikan yang terlibat

ATURCARA PROGRAM “JEJAK AMAL”
ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PEKAWANIS

Tarikh : 21 November 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dataran SUK & Bangunan Annex

7.00 pagi : Ketibaan peserta dan tetamu kehormat
7.30 pagi : Pendaftaran
: Ketibaan
Y.A.M. Datin Paduka Hajjah Tengku Puteri Arafiah bt Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj
7.45 pagi : Bacaan doa
7.50 pagi : Ucapan Perasmian oleh
Y.A.M. Datin Paduka Hajjah Tengku Puteri Arafiah bt Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj
8.00 pagi : Senamrobik - di Dataran Dewan Negeri Selangor (dihoskan oleh MBSA)
8.15 pagi : Flag Off oleh
Y.A.M. Datin Paduka Hajjah Tengku Puteri Arafiah bt Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj
4.00 petang :

Peserta dijangka tiba di Dataran Dewan Negeri Selangor
Minum petang - Bangunan Annex
4.30 petang : Pengiraan jumlah markah terkumpul peserta
5.00 petang : Ketibaan Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid b. Ibrahim Dato’ Menteri Besar Selangor
5.15 petang : Ucapan Perasmian Penutupan oleh
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid b. Ibrahim Dato’ Menteri Besar Selangor
: Penyampaian hadiah
: Bersurai

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan sila hubungi :‐
a. Puan Noraini Samsudin - 017‐3199179 (pekawanis@yahoo.com)
b. Puan Noorzaiha Harun - 03-55447915 / 7921 / 7922 (noorzaiha@selangor.gov.my)
c. Puan Nor Saadah Bt Sulaiman - 03‐55447920 / 7156

http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=articles&ArticleID=131&IID=

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...