Sabtu, 6 Jun 2009

SEMANAGAT YANG HILANG...

Dalam menyusuri mujahadah....


Asalamalaikum...:)
Lama menyepi kerana menghadap kitab kuliah berjuang imtihan diAZHAR.Medan pertempuran mengukur kekuatan dalaman beserta kekuatan taqarraub pada Ilahi.Hampir futur.terus futur...
Kepulangan seorang teman bicara yang selama ini menjadi pendengar setia 3 tahun betul-betul melemahkan semangat...tiada lagi nasihat dan teguran tiada lagi tempat mengaduan dan masaalah akan di ceritakan....
Alhamdulillah semalam berkesempatan mengadu di Maqam Imam Syafi`e dan terus ke sultan hassan bersolat jumaat dan berjumpa Syiekh Ahmad meminta nasihat.

Inilah yang hendak dikongsi kepada sahabat-sahabat...

Bagaimana mengatasi tekanan..
Anta yang telah saya lakukan:

1.Mengadu dengan Allah.solat taubat dan solat hajat.pesan sy. Ahmad solat hajat dan baca selawat munjiyyah sebanyak-banyaknya.moga-moga hajat di kabulkan.

2.Buka Al-quran baca dan bertadabbur.Pesan seorang teman.I`Allah hati kembali bersemangat.Al-Quran adalah motivasi yang paling berkesan.

3.Cari mood study baru.Apa yang saya lakukan ,saya menginap di rumah kawan baik (syaifa` n hawa ;)-thanks)makan sama-sama.gaduh.borak n ect...

4.Jumpa kakak-kakak minta nasihat macam mana nak kekal maintain bersemangat sepanjang imtihan.

5.Jumpa adik-adik bagi nasihat(walaupun manis bicara bibir je.hehehe..) teruskan perjuangan bersungguh-sungguh.

6.Jumpa guru-guru kita.Contoh-Saya selalu sms seorang guru meminta nasihat dan saya jumpa SY. Ahmad selepas kelas pengajian.

7.Ziarah maqam Aulia`.Jumaat sebelum ni saya ziarah Maqam Sy. Zaki Ibrahim bersama kak nadia(dah pulang melaysia).Jumaat semalam saya Ziarah Maqam Imam Syafi`e.Minta doakan dan bertawasul kepada nabi sentiasa hadirkan semangat dalam diri.

8.Baca entri blog orang yang bercerita tentang semangat contoh kak fitri http://fit3nan.wordpress.com/.sahabat-sahabat bacalah.Disamping itu baca buku-buku motivasi dan kalam kalam toyyibah.

9.Tel keluarga.Wajib.Dengar suara mak.Mak yang (nenek),kakak sedikit sebanyak membakar semangat.

10.Last.Taqarrubkan diri.Banyakkan selawat.1000x setiap hari(pesan Sy. Ahmad).Jangan tinggal Tahajut(Pesan guru ana-AIB pelajar AGAMA tak bangun qiam)sentiasa berlapang dada dengan semua orang.

Tulah yang saya lakukan.banyak yang saya lakukan sebenarnya.susah jugalah kalau putus semangat ni.untuk sahabat-sahabt kalau sudah mula rasa putus semanagat cepat-cepat naikkan kembali.nanti makan masa nak worm-up kembali.


AL-HAQIR : Jaga ALLAH,ALLAH jaga kita.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...