Rabu, 24 Jun 2009

DIA BERTANDANG KEMBALI.....

Rejab yang dinanti

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


Sebab Dinamakannya.
Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperang dalam bulan ini.

Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan 'Haram' didalam Islam.
Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9 maksudnya : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati" .
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.



Diantara perkara-perkara yang menjadi kepercayaan dan amalan yang dilakukan dalam bulan Rejab iaitu:-

1. Sambutan perayaan sempena Isra' dan Mi'raj pada 27 rejab dengan amalan-amalan tertentu.
2. Puasa Khas pada 27 Rejab Sempena Isra' dan Mi'raj.
3. Puasa Bulan Rejab keseluruhannya atau sebahagiannya.
4. Umrah Dalam Bulan Rejab.

KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan mauhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

sama-sama menyusuri bulan mulia ni sebagai pembuka RAMADHAN yang dinanti.....

Al-Haqirah :Ada yang cadangkan kenapa x Al-Haqir bukan Al-Haqirah?
macam best je cadangan...:)syukran.

Sabtu, 6 Jun 2009

Lagu best...

Kongsi lagu kegemaran

XPDC
Semangat Yang Hilang


Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan


Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya


Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran


Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang



Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam



AL-HAQIR : Orang terpilih mesti lebih!!

SEMANAGAT YANG HILANG...

Dalam menyusuri mujahadah....


Asalamalaikum...:)
Lama menyepi kerana menghadap kitab kuliah berjuang imtihan diAZHAR.Medan pertempuran mengukur kekuatan dalaman beserta kekuatan taqarraub pada Ilahi.Hampir futur.terus futur...
Kepulangan seorang teman bicara yang selama ini menjadi pendengar setia 3 tahun betul-betul melemahkan semangat...tiada lagi nasihat dan teguran tiada lagi tempat mengaduan dan masaalah akan di ceritakan....
Alhamdulillah semalam berkesempatan mengadu di Maqam Imam Syafi`e dan terus ke sultan hassan bersolat jumaat dan berjumpa Syiekh Ahmad meminta nasihat.

Inilah yang hendak dikongsi kepada sahabat-sahabat...

Bagaimana mengatasi tekanan..
Anta yang telah saya lakukan:

1.Mengadu dengan Allah.solat taubat dan solat hajat.pesan sy. Ahmad solat hajat dan baca selawat munjiyyah sebanyak-banyaknya.moga-moga hajat di kabulkan.

2.Buka Al-quran baca dan bertadabbur.Pesan seorang teman.I`Allah hati kembali bersemangat.Al-Quran adalah motivasi yang paling berkesan.

3.Cari mood study baru.Apa yang saya lakukan ,saya menginap di rumah kawan baik (syaifa` n hawa ;)-thanks)makan sama-sama.gaduh.borak n ect...

4.Jumpa kakak-kakak minta nasihat macam mana nak kekal maintain bersemangat sepanjang imtihan.

5.Jumpa adik-adik bagi nasihat(walaupun manis bicara bibir je.hehehe..) teruskan perjuangan bersungguh-sungguh.

6.Jumpa guru-guru kita.Contoh-Saya selalu sms seorang guru meminta nasihat dan saya jumpa SY. Ahmad selepas kelas pengajian.

7.Ziarah maqam Aulia`.Jumaat sebelum ni saya ziarah Maqam Sy. Zaki Ibrahim bersama kak nadia(dah pulang melaysia).Jumaat semalam saya Ziarah Maqam Imam Syafi`e.Minta doakan dan bertawasul kepada nabi sentiasa hadirkan semangat dalam diri.

8.Baca entri blog orang yang bercerita tentang semangat contoh kak fitri http://fit3nan.wordpress.com/.sahabat-sahabat bacalah.Disamping itu baca buku-buku motivasi dan kalam kalam toyyibah.

9.Tel keluarga.Wajib.Dengar suara mak.Mak yang (nenek),kakak sedikit sebanyak membakar semangat.

10.Last.Taqarrubkan diri.Banyakkan selawat.1000x setiap hari(pesan Sy. Ahmad).Jangan tinggal Tahajut(Pesan guru ana-AIB pelajar AGAMA tak bangun qiam)sentiasa berlapang dada dengan semua orang.

Tulah yang saya lakukan.banyak yang saya lakukan sebenarnya.susah jugalah kalau putus semangat ni.untuk sahabat-sahabt kalau sudah mula rasa putus semanagat cepat-cepat naikkan kembali.nanti makan masa nak worm-up kembali.


AL-HAQIR : Jaga ALLAH,ALLAH jaga kita.
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...