Isnin, 9 Mac 2009

DIRI &ILMU

DIRI &ILMU

DIRI : Kenapa engkau sedih ILMU?
ILMU : Aku sedih sebab sekarang ramai yang dah tak rajin menuntut ilmu.kelas-kelas tafaquh mula di tinggal.Pengajian-pengajian bersama ulama` mula dijauhi.Aku sangat sedih…..
DIRI :Bukan aku tak nak pergi tapi aku tidak ada masa.lagilah kelas-kelas tu jauh.penatlah.nak study lagi,persatuan lagi.Takut tak terkejar masa.
ILMU :Jangan jadikan jarak sebagai alasan.Engkau tau DIRI, Ulama`-ulama` dulu nak mengaji kena tiap-tiap hari naik bukit-turun bukit,meredah hutan belantara,merentasi lautan dan benua, tapi engkau dengan kemudahan pengangkutan yang banyak, malah dengan kewangan yang mencukupi pun masih menggunakan alasan jarak jauh itu sebagai alasan utama.
Dan jangan jadikan alasan kerja persatuan sebagai alasan Sepatutnya engkau tau untuk membahagikan masa berpersatuan dan menuntut ilmu.Selangkah ke medan persatuan seribu masalah dan kerja menunggu.Bila engkau telah memilih persatuan sebagai medan engkau, kenapa engkau tidak pula memilih duduk bersama ulama` sebagai medan engkau juga?susah ke?Adakah engkau sorang saja yang menguruskan persatuan?adakah engkau sahaja yang dipenuhi masa dengan kerja?habis kenapa masih ada dikalangan engkau yang berpersatuan tetapi tetap istiqomah dalam pengajian aku?adakah 24 jam masa engkau habis dengan membuat kerja persatuan & berprogram?tidak bukan
DIRI, masa memang tak mencukup…tapi kenapa masih ada yang bijak membahagikan masa hidupnya?itu tanda engkau yang tidak tahu membahagikan masa.engkaukan tahu kewajipan lebih banyak dari masa yang ada ,tapi adakah engkau betul-betul mengisi masa dengan sebaiknya…Berkatlah siapa yang memenuhi masa hidupnya dengan sebaiknya…
DIRI :ILMU Aku bukan tidak mahu, hati ni selalu meronta-ronta tapi aku tidak punya kekuatan seperti org lain....
ILMU :Habis, kekuatan macam mana lagi yang engkau nak aku katakan.sudah dibuktikan dengan Nas-Nas yang banyak malah kalam-kalam ulama` menerangkan kemuliaan berada dimajlis aku.Kekuatan bagaimana lagi DIRI?apakah dengan kesihatan yang ada engkau tidak syukuri?apakah dengan nikmat masa lapang yang engkau ada engkau tak penuhi?apakah dengan nikmat usia muda yang engkau ada sekarang engkau tidak hargai?adakah dengan nikmat hidup berdekatan dengan ulama` engkau tidak mengambil manfaat dari mereka?Rugi DIRI.rugi….
DIRI, engkau ingat orang-orang yang menuntut pada aku tu punya kekuatan supersaya ke?mereka pun selalu merintih kepenatan dan kepadatan masa.tapi tetap istiqomah duduk menghadapku.mereka jugak manusia macam engkau.Tapi INSYAALAH adanya balasan keberkatan pada orang yang ikhlas menuntut aku keranaNya.Aku akan doakan mereka…
DIRI :ILMU engkau doalah aku terbuka hati…..
ILMU :Sampai bila DIRI? Sampai bila untuk aku tunggu kedatangan engkau? Aku tidak menunggu engkau..…bila-bila masa sahaja aku akan dilenyapkan dari muka bumi ini.Engkau sendiri tahu Allah akan mematikan aku dengan mematikan ulama`.Allah akan melenyapkan aku dengan melenyapkan ulama`…..
bila? DIRI, aku hanya menunggu menghadap ilahi.Aku sentiasa berdoa bila akan aku bertemu tuhanku.Akanku doa padaNya sesiapa yang menghargaiku sebaik-baiknya.
DIRI :Aku malu pada engkau sebenarnya….
ILMU :Habis sebab tu engkau tidak hadir kepadaku.bodoh!.lagi memalukan diri engkau sebenarnya kalau engkau terus dengan sifat malu engkau itu.Adakah engkau tidak malu dengan kawan-kawan yang menuntut padaku?Adakah engkau tidak malu pada nikmat dan kesenangan yang Allah beri pada engkau?Adakah engkau tidak malu dengan sedikitnya ilmu yang ada dalam diri engkau?Adakah engkau tidak malu dengan masyarakat yang sedang menanti dan dahagakan ilmu dan tunjuk ajar engkau?habis dengan apa engkau hendak sumbangkan kepada mereka?adakah engkau kaya?berharta?sentiasa muda dan bertenaga sampai akhir hidup?Habis dengan apa ?
DIRI :ILMU bantuku……
ILMU :DIRI, masih belum terlambat lagi,datanglah kemajlisku.Aku sentiasa mengalukan kehadiranmu.Aku akan penuhi dadamu dengan sinaran cahaya ilmu dan ulama`.Ketahuilah DIRI…Bukan aku yang nakkan engkau sebenarnya tapi engkau yang mengharap padaku …ingat DIRI….ilmuku akan tetap terus meluncur laju di bibir-bibir ulama` tanpa menanti kehadiran engkau…engkau yang rugi…
Diri,sekarang memanglah engkau tidak nampak lagi kehebatan aku, tapi bila engkau dah habis belajar nanti, dah bekerja, engkau akan tahu betapa ruginya waktu sekarang ni yang sikitpun engkau tak bahagikan untuk diriku.Engkau akan rasa ruginya waktu sekarang ni engkau tak pernah duduk dalam majlis-majlis ilmu.Tambahkan sedikit istiqomah kuatkan sedikit mujahadah. INSYAALLAH adanya keberkatan kelak.
DIRI :ILMU,terima kasih.
ILMU :Sama-sama.Ingat DIRI, Kita adalah milikNya juga.kita akan kembali padaNya.Persembahkanlah padaNya nikmat-nikmat yang engkau telah syukuri.


Al-Haqir :untuk sahabat-sahabat masih belum terlambat….
`bukan ilmu yang nakkan kita,tapi kita yang nakkan ilmu…..`
ALLAHUMMAFTAH ABWABA QULUBINA.AMIN…
JOM TALAQI SAMA-SAMA :)

(RALAT CATATAN SEBELUMNYA)

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...