Isnin, 9 Mac 2009

DIRI & ILMU

DIRI &ILMU



DIRI : Kenapa engkau sedih ILMU?
ILMU : Aku sedih sebab sekarang ramai yang dah tak rajin menuntut ilmu.kelas-
kelas tafaquh mula di tinggal.Pengajian-pengajian bersama ulama` mula
dijauhi.Aku sangat sedih…..
DIRI : Bukan aku tak nak pergi tapi aku tidak ada masa.lagilah kelas-kelas tu
jauh.penatlah.nak study lagi,persatuan lagi.Takut tak terkejar masa.
ILMU : Kalau setakat jarak yang menjadi masaalah lekehlah pada pandangan
aku!.Engkau tau DIRI, Ulama`-ulama` dulu nak mengaji kena tiap-tiap hari
naik bukit-turun bukit,meredah hutan belantara,merentasi lautan dan benua,
tapi engkau dengan kemudahan pengangkutan yang banyak, malah dengan
kewangan yang
mencukupi pun masih menggunakan alasan jarak jauh itu sebagai alasan
utama.tak masuk dek akal engkau tau!.
Kalau sebab kerja persatuan yang menghalang engkau tidak bertemu dengan
aku, aiblah diri engkau.Sepatutnya engkau tau untuk membahagikan masa
berpersatuan dan menuntut ilmu.Selangkah ke medan persatuan seribu masalah
dan kerja menunggu.Engkau tau tukan?Bila engkau telah memilih persatuan
sebagai medan engkau, kenapa engkau tak nak pilih duduk bersama ulama`
sebagai medan engkau jugak?susah ke?Adakah engkau sorang saja yang
menguruskan persatuan engkau?adakah engkau sahaja yang dipenuhi masa
dengan kerja?habis kenapa masih ada dikalangan engkau yang berpersatuan
tetapi tetap istiqomah dalam pengajian aku?adakah 24 jam masa engkau
habis dengan membuat kerja persatuan & berprogram?tidak bukan…habis kenapa
aku tak nampak muka engkau dimajlis-majlis aku?…engkau tau,.Aku sentiasa
menanti kehadiran engkau...setiap detik…setiap saat….malah semasa
pengajian aku pun, aku merintih memanggil nama engkau.semakin hari semakin
aku rasakan engkau semakin jauh pada aku.
DIRI, masa memang tak mencukup…tapi kenapa masih ada yang bijak
membahagikan masa hidupnya?itu tanda engkau yang tak tau bahagikan
masa.engkaukan tau kewajipan lebih banyak dari masa tapi adakah engkau
betul-betul isi masa dengan sebaiknya…Berkatlah sapa yang memenuhi masa
hidupnya dengan sebaiknya…
DIRI : ILMU Aku bukan tak nak, hati ni selalu meronta-ronta tapi aku tak kuat
macam orang lain…
ILMU : Habis, kekuatan macam mana lagi yang engkau nak aku katakan.sudah
dibuktikan dengan Nas-Nas yang banyak malah kalam-kalam ulama`
menerangkan kemuliaan berada dimajlis aku.Kekuatan bagaimana lagi DIRI?
apakah dengan kesihatan yang ada engkau tidak syukuri?apakah dengan nikmat
masa lapang yang engkau ada engkau tak penuhi?apakah dengan nikmat usia
muda yang engkau ada sekarang engkau tidak hargai?adakah dengan nikmat
hidup berdekatan dengan ulama` engkau tidak mengambil manfaat dari mereka?
Rugi DIRI.rugi….
DIRI, engkau ingat orang-orang yang menuntut pada aku tu punya kekuatan
supersaya ke?diaorang pun selalu merintih kepenatan dan kepadatan
masa.tapi tetap istiqomah duduk menghadapku.Diaorang jugak manusia macam
engkau.Tapi INSYAALAH adanya balasan keberkatan pada orang yang ikhlas
menuntut aku keranaNya.Aku akan doakan mereka…
DIRI : ILMU engkau doalah aku terbuka hati…..
ILMU : Sampai bila DIRI? Sampai bila nak aku tunggu kedatangan engkau? Aku tak
tunggu engkau..…bila-bila masa sahaja aku akan dilenyapkan dari muka bumi
ini.Engkau sendiri tahu Allah akan mematikan aku dengan mematikan
ulama`.Allah akan melenyapkan aku dengan melenyapkan ulama`…..
bila? DIRI, aku hanya menunggu menghadap ilahi.Aku sentiasa berdoa bila
akan aku bertemu tuhanku.Akanku doa padaNya sesiapa yang menghargaiku
sebaik-baiknya.
DIRI : Aku malu pada engkau sebenarnya….
ILMU : Habis sebab tu engkau tidak hadir kepadaku.bodoh!.lagi memalukan diri
engkau sebenarnya kalau engkau terus dengan sifat malu engkau itu.Adakah
engkau tidak malu dengan kawan-kawan yang menuntut padaku?Adakah engkau
tidak malu pada nikmat dan kesenangan yang Allah beri pada engkau?Adakah
engkau tidak malu dengan sedikitnya ilmu yang ada dalam diri engkau?Adakah
engkau tidak malu dengan masyarakat yang sedang menanti dan dahagakan ilmu
dan tunjuk ajar engkau?habis dengan apa engkau nak sumbangkan kepada
mereka?adakah engkau kaya?berharta?sentiasa muda dan bertenaga sampai
akhir hidup?Habis dengan apa ?
DIRI : ILMU bantuku……
ILMU : DIRI, masih belum terlambat lagi,datanglah kemajlisku.Aku sentiasa
mengalukan kehadiranmu.Aku akan penuhi dada-dadamu dengan sinaran cahaya
ilmu dan ulama`.Ketahuilah DIRI…Bukan aku yang nakkan engkau sebenarnya
tapi engkau yang mengharap padaku …ingat DIRI….ilmuku akan tetap terus
meluncur laju di bibir-bibir ulama` tanpa menanti kehadiran engkau…engkau
yang rugi…
Diri,sekarang memanglah engkau tak nampak lagi kehebatan aku, tapi bila
engkau dah habis belajar nanti, dah bekerja, engkau akan tahu betapa
ruginya waktu sekarang ni yang sikitpun engkau tak bahagikan untuk
diriku.Engkau akan rasa ruginya waktu sekarang ni engkau tak pernah duduk
dalam majlis-majlis ilmu.Tambahkan sedikit istiqomah kuatkan sedikit
istiqomah. INSYAALLAH adanya keberkatan kelak.
DIRI : ILMU,terima kasih.
ILMU : Sama-sama.Ingat DIRI, Kita adalah milikNya juga.kita akan kembali
padaNya.Persembahkanlah padaNya nikmat-nikmat yang engkau telah syukuri.





Al-Haqir :untuk sahabat-sahabat masih belum terlambat….
`bukan ilmu yang nakkan kita,tapi kita yang nakkan ilmu…..`
ALLAHUMMAFTAH ABWABA QULUBINA.AMIN…
JOM TALAQI SAMA-SAMA :)

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...