Selasa, 16 Disember 2008

Kata....Perjuangan katanya.....


;) salamalaik...

Seakan ada benda mendesak untuk menulis berkaitan ini...
macam biasalah sume ada dah dalam kepala tapi dek kerana sibuk stydo(study & tido) :)...
ditambah kelas-kelas luar maka tidak diizinkan memperbaharui blog beberapa minggu ni..

Ramai sahabat-sahabat di sini memperkatakan tentang pejuang/perjuangan...

sama ke?
ke ada beza?
apa tu?
faham ke apa itu perjuangan?
kata perjuangan katanya....

Ada tu kata perjuangan tapi apa sumbangan yang telah di taburkan???
ada lagi....
yang sibuk ke sini dan ke sana memperkatakan tentang perjuangan
tapi ...
sejauh mana kesan dan samarah dalam diri
= zero,kosong.0

Ha sejauh mana pemahaman anda dengan istilah "perjuangan"
betul ke aku ni pejuang seperti yang dikatakan
atau mainan manis menutur bicara bangga???

nak tau bukalah kamus dewan bahasa.......... hahaha :D
dekat sini cuma nak cerita pengaplikasian yang menjurus ke pada perjuangan..jee

Teringat perbualan dengan seorang sahabat(berpangkat abang) ketika di Malaysia suatu ketika dulu..
katanya:
'Perjuangan itu datang dari hati....
disimpul mati dengan iman dan ketaqwaan
untuk melahir jiwa pahlawan'

tersemat kukuh segala nasihat membakar jiwa mencari jalan sempurna menuju cinta ilahi...
antara kalam nasihatnya...

1.Gugur title pejuang kalau tak sanggup bangkit mengabdi diri ketika dinihari
2.Gugur title pejuang kalau masaalah hati tak settle lagi
3.Gugur title pejuang kalau Nur Muhammadi bukan hiasan iri
4.Gugur title pejuang kalau duniawi melebihi ukhrawi
5.Gugur title pejuang kalau hidup tak memberi erti

5 Nasihat sangat bererti.....

tapi aibnya sekarang......
semua mengaku pejuang........
tapi...
apa hasil???
apa langkah yang telah di buat??
asyik kata IN THE MAKING jee....


lagi aib terutama pelajar agama sendiri
banyaknya sunnah-sunnah Muhammadi tidak di ikuti
qiam jauh sekali
puasa sunnat lagi la.....
banyak lagi sebenarnya cara meneliti apa makna perjuangan..
tapi
disini ana sangat-sangat menekankan di sini pada QIAMULLAIL..
seribu satu rahsia telah disingkap sebegitu ramai ulama` tapi....
alahaiii insan yang nisyan....

>Rasanya semua mengetahui kisah bagaimana pemilihan barisan tentera hadapan yang dipilih Salahuddin al-ayyubi ketika ingin menawan kota Qostantinopale.
bukan calang-calang barisan pahlawan sejati yang dipilih untuk mengabdi diri mendamba cinta ilahi...
>Maklum lagi makruf Rasulullah pernah mengkhabarkan kepada sahabat bahawa Allah telah menhina seorang sahabat yang dulunya istiqomah qiamullail tapi telah meninggalkan nawafilnya itu..
>dan banyak lagi kisah-kisah betapa Qiamulail boleh membentuk jiwa pahlawan sejati...
Ada satu kitab
kitab tasauf kisah tangisan-tangisan sohibullail(penghuni malam)
Sahabat-sahabat,
carilah Nur Muhammadi melalui rabitan kita dengan ilahi
malukan diri pada ilahi
jangan malukan diri membangga diri pada sang abdi..

betulkah kita ni pejuang nurani?
ingin mengabdi diri?
jihad tak takut mati?
maka wahai sang pejuang katanya...
saya tinggalkan beberapa soalan pada diri antum sekelian..
1.sejauh mana ibadah mengabdi diri?
2.cinta mana yang lebih di utamakan?
3.adakah sunnah Muhammadi menghias diri?
4.Berapa kali antum berdoa kepada pejuang-pejuang islam dalam sehari?
5.adakah bersedia menghadapi perang salib yang ke 7?
carilah wahai PEWARIS MUHAMMADI.....
كفى بالله ربى
ليجعلى الارض معبدى
محمد حبيبي خليلي
"ادخلني من "امّتي
P/S: muhasabah diri............................

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...