Isnin, 29 Disember 2008

Israel terus mengganas









KEKEJAMAN ISRAEL... Sebuah keluarga berlari menyelamatkan diri apabila peluru berpandu tentera udara Israel memusnahkan bangunan di kem pelarian Rafah, Genting Gaza, dalam serangan terbaru rejim zionis di wilayah berkenaan, semalam. - AFP



BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.
Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.
Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.
Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.
Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.
Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.
Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.
Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.
Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.
Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.
Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.
“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.
– Agensi

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Kanak-kanak korban serangan terbaru Israel di Gaza

GAZA: Pesawat pejuang Israel yang menggugurkan bom di kawasan Hamas di Tebing Gaza untuk hari ketiga berturut-turut hari ini, menyebabkan beberapa kanak-kanak menjadi korban. Pada masa sama, kereta kebal Israel kini bersiap sedia untuk melancarkan operasi darat dengan dilihat memehuni sempadan Palestin, sejak tengah malam tadi. Di New York, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon terus mendesak agar keganasan itu dihentikan dan mahu Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah Hamas yang dikuasainya.
Serangan Israel pada Sabtu dan semalam menyaksikan lebih 310 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 1,400 cedera. Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindakan balas mereka terhadap serangan roket dan motar militan Hamas. - AFP

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Seksyen/index_html?mysec=Dunia





Map: [MAP] Menurut sumber setakat ini, jumlah penduduk Palestin yang syahid meningkat ke angka 290, manakala 800 lagi cedera termasuk yang kritikal. Sekarang Israel sedang menyerang Jabaliya yang merupakan benteng terkuat bagi pejuang Palestin di Gaza. Sementara itu, di Khan Yunis, Selatan Gaza Israel mengebom sebuah bangunan. Menurut sumber, Israel melakukan serangan udara ke atas beberapa buah yang dihuni oleh salah seorang pimpinan Kataib Izzuddin Al-Qassam, beliau syahid dalam serangan tersebut. Masjid juga dibom, menurut salah seorang tentera Israel..mereka mendapat maklumat masjid itu digunakan oleh pejuang Palestin bagi menempatkan senjata. Selain itu, Yayasan Kebajikan HAMAS turut dibom. 28/12/08


اللهم مُنزل الكتاب مُجري السحاب هازم الأحزاب ويا سريع الحساب.. اهزم اليهود والأمريكان والأحزاب.. اهزمهم وانصرنا عليهم ، أهزمهم وزلزلهم...بفضلك وجودك يا جواد



P/s :sahabat2 yang prihatin minta membuat solat hajat mendoakan keselamatan.
Jangan lupa qunut nazilah ketika subuh.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...