Rabu, 31 Disember 2008

Israel enggan berdamai

اللهم مُنزل الكتاب مُجري السحاب هازم الأحزاب ويا سريع الحساب
.. اهزم اليهود والأمريكان والأحزاب
.. اهزمهم وانصرنا عليهم ، أهزمهم وزلزلهم
..بفضلك وجودك يا جواد
GENTING GAZA 30 Dis. - Israel hari ini menolak sebarang perjanjian damai dengan Hamas dan menegaskan ia bersedia untuk "bertindak selama berminggu- minggu", yang masuk hari keempat berturut-turut serangan udara paling dahsyat Israel ke atas Genting Gaza, sejak sedekad.
Ketika kereta perisai, kereta kebal dan anggota tentera darat negara Yahudi itu ditempatkan di sempadan dan dilihat bersedia melakukan pencerobohan, bedilan jet pejuang Israel terus melakukan pembunuhan yang setakat hari ini meragut 10 lagi nyawa penduduk Palestin, termasuk pasangan adik-beradik perempuan berusia 10 dan 12 tahun dan 40 lagi cedera.
Pegawai perubatan meletakkan angka kematian sejak serangan Israel bermula Sabtu lalu pada 374 orang dan 1,690 yang lain cedera.
Sementara itu, pejuang-pejuang Hamas di Gaza meningkatkan serangan roket, walaupun ia hanya berjaya membunuh lima orang Yahudi di Israel sejak serangan Israel pada Sabtu lalu.
Serangan terbaru Israel dilancarkan awal hari ini, selepas serangan roket oleh pejuang Palestin membunuh seorang anggota tentera Israel dekat sempadan Gaza dan mengorbankan seorang lagi penduduk Israel di bandar Ashdod.
Tinggal enam minggu sebelum Israel berdepan dengan pilihan raya yang diramalkan dimenangi oleh Parti Likud, kerajaan Israel menyatakan bahawa serangan dilakukan bertujuan menamatkan serangan roket oleh pejuang Hamas.
Menteri Dalam Negeri Israel, Meir Sheetrit berkata, "tiada ruang untuk gencatan senjata" dengan Hamas sehinggalah serangan roket Hamas dihentikan.
"Tentera Israel tidak akan menghentikan operasi selagi tidak menghancurkan semangat penduduk Palestin daripada menyokong Hamas dan selagi mereka terus melancarkan roket ke atas Israel," katanya kepada Israel Radio.
- Reuters
Israel terus dikutuk

PARIS 30 Dis. - Negara-negara Islam semalam mengutuk Israel kerana melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza, ketika diplomat Eropah sedang mengusahakan cadangan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis di Genting Gaza, yang telah mencetuskan protes anti-Israel di benua ini.
Kenyataan Kementerian Luar Perancis menyatakan bahawa Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) akan bersidang di Paris hari ini untuk melihat langkah yang boleh diambil oleh EU bagi meredakan krisis tersebut dengan usaha bersama masyarakat antarabangsa, terutamanya Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ban Ki-moon.
Ketika angka korban di Gaza akibat bedilan tentera Israel meningkat kepada 374, usaha rundingan antara Syria dan Israel juga turut ditangguhkan.
Rayuan dunia Arab ditolak oleh sekutu paling rapat Israel, Amerika Syarikat (AS) yang terus mendesak Hamas agar bersetuju terhadap "gencatan senjata yang kekal."
"Bagi menghentikan keganasan, Hamas perlu berhenti melancarkan roket ke arah Israel dan bersetuju menghormati gencatan senjata yang kekal dan berpanjangan," kata jurucakap White House, Gordon Johndroe.
Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice meminta pemimpin dunia dan para diplomat termasuk Ban Ki-moon; Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert; Ketua Dasar Luar EU, Javier Solana serta rakan sejawatan dari Britain dan Arab Saudi untuk membantu memulihkan gencatan senjata di wilayah itu.
Raja Jordan, Raja Abdullah II dalam perbualan telefon dengan Presiden AS, George W. Bush menyatakan bahawa usaha antarabangsa perlu dilancarkan bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan menamatkan penderitaan penduduk Palestin.
Negara Islam lain seperti Indonesia, Afghanistan, Malaysia dan Pakistan turut mengutuk Israel.
- AFP
From Map (12/29/2008 6:48:41 PM): [MAP] Setakat ini jumlah palestin yang syahid akibat serangan ganas Israel meningkat ke angka 345, manakala 1650 cedera termasuk kecederaan yang kritikal. 29/12/08
From Map (12/29/2008 6:57:36 PM): [MAP] Menurut sumber, sebanyak 60 roket pejuang Palestin telah dilancarkan ke Israel semenjak pagi tadi. 6.20 malam (waktu Mesir)
From Map (12/29/2008 7:24:09 PM): [MAP] Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Ramallah) mengatakan Kerajaan Palestin mengajak kumpulan- kumpulan pembebasan Palestin untuk mesyuarat dan perbincangan termasuk HAMAS dan JIHAD ISLAMI. Bagaimanapun jurucakap HAMAS, Fauzi Barhoum menjawab perbincangan dan mesyuarat setelah dihentikan serangan Israel ke Gaza.
P/S :DOAKAN SAUDARA2 KITA THABAT DALAM PERJUANG SETIAP WAKTU!!!!

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...