Rabu, 5 November 2008

Talaqi VS Persatuan...alahai....

salam..
;D dah lama nak cerita bab ni..asyik tak kesampaian je...
saja nak buka fikiran dan juga...
melepaskan apa yang terkandung dalam hati...:D

Saya ni boleh dikira orang yang ta`sub talaqi la..
tapi itu hanyalah pandangan mata orang
tak kenal maka tak.....(apa ya) ;)
satu asrama tau susahlah tengok dia ni lekat dekat umah
tak ada memanjang.
Bukan apa bila mengingatkan kite ni mahasiswa/wi azhar zahmahkanlah masa dengan sebaik-baiknya
takkan nak memerap dalam rumah.

Ha timbul pulak kalam..
kite ni perempuan kan lebih elok duduk rumah...

ALLAH apa cetek sangat pemikiran macam tu.
kalau bagi orang kampung yang tak belajar mau`l la sahabat-sahabat ooi.
saya bukan hina orang kampung sebab saya sendiri orang kampung.
Kite ni mahasiswa perlu mencari & mujahadah bukan menadah menanti je.
ok ;)

La ni di Mesir satu gelombang gep antara orang talaqi dan persatuan...
kalau yang talaqi tu dengan talaqi je
yang persatuan pulak penuh jadual persatuan sampai tak de masa nak talaqi langsung.
yang talaqi condamn orang persatuan dan begitulah sebaliknya.
dah nampak sangat dah.

saya lah sebagai orang talaqi dan juga kepimpinan(bukan tinggi mana puun)menganggap ini juga adalah salah satu bentuk perpecahan secara tak langsung.
Kite sibuk memikirkan macam mana nak menyatukan mahasiswa-mahasiswa di bawah satu kesatuan yang mantap tapi lupa kapal yang di bawa `senget` sebelah dek kerana orang dalam sendiri.Tak payah nak salahkan angin yang bertiup dah...

kepimpinan dan talaqi adalah dua benda yang tak dapat di pisahkan.Memang letih untuk mengejar kedua-duanya,tapi selagi kite berusaha Allah akan tunjuk hasilnya.

ha antara kalam-kalam orang talaqi;
`orang persatuan sibuk suruh ikut persatuan,join program tapi dia tak p talaqi.macam mana kami nak join apa yang depa buat`
`Program-program tiap-tiap minggu.Bila masa nak tadah kitab.Kalau macam nilah alamat balik Malaysia pandai berprogram je lah...`
`Buat program macam sama je sume.dah pergi dah masa adik baru.tak yah la p lagi`
`balik Malaysia orang nak tengok ilmu kite banyak mana.bukan nak tengok program banyak mana kite ikut`
=>ha itulah antara kalam-kalam yang keluar dari mulut-mulut orang talaqi.

Orang persatuan pulak kata;
`asyik talaqi je.program ni penting untuk ukhuwah kita bersama`
`program pun ada manfaatnya ada thaqofah.tak bolehlah asyik pergi talaqi je`
`ala balik mesyuarat/program semalam lewat letih la nak pergi talaqi hari ni`
`asyik talaqi je bila masa nak bermasyarakat/berukhuwah`
`Balik malaysia kite nak masuk masyarakat,dengan program/persatuan lah medan curah bakat`

Putar belit-putar belit,tolak tambah darab bahagi saya rasa sama je dua-dua.
yang talaqi hilang sayap kanan dan persatuan hilang sayap kiri.

Ana nasihatlah kepada orang talaqi.
Ilmu penting.kepimpinan penting.kemasyarakatan pun penting.
Curahkan ilmu dan praktikkan ilmu yang antum dapat dari talaqi melalui lapangan persatuan dan program.

Untuk orang persatuan pula.
Kholikanlah sesetengah waktu anda mencari ilmu tafaquh untuk cari berkat kepimpinan dalam berdakwah kelak.

Keberkatan ulama` kite perlu.
kekuatan ukhuwah kite cari.

Rugi duduk mesih zahmahkan diri hanya pada satu-satu benda
balik kelak adalah mulut-mulut berbunyi

Persatuan =`malu nak balik ilmu masih kosong.Rugi tak pergi talaqi`
Talaqi = `macam mana nak bercakap depan orang tangan menggeletar habis ni..`

dua-dua sama penting.
Pulang dengan ilmu tafaquh dan kepimpinan.
Hebat la antum kelak.
ok sume.
salam.

p/s: perrg pedas sihhh.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...